Rabu, 9 Mei 2012

Kampung Temir

Temir,nama sebuah kampung yang terletak di hulu terengganu,Kampung temir mempunyai sejarah nya yang tersendiri.Kampung ini merupakan kampung tradisional melayu sejak dahulu.Disuatu masa yang lalu dikampung ini terdirinya sebuah kerajaan yang gagah dan besar.Sebuah kerajaan yang dibina oleh sultan Muhammad 1 sehingga wafat nya dan diteruskan oleh tiga pewarisnya...
(Masjid kampung temir)
Sepetang aku mengunjungi kampung ini kerana aku tak pernah menjejaknya kerana kampung ini tersorok jauh kedalam sehingga ketebing sungai terengganu yang mengalir untuk melengkapkan pusingan nya.Pada pengamatan aku kampung temir sangat tradisional dari segi persekitaran nya tapi mempunyai rumah2 yang sama dengan kampung2 lain.Kampung temir juga aku dapati sangat kecil kerana dalam masa 10 minit aku berjalan dah pun habis semuanya(dgn kereta).Dalil2 yang lain ialah masjid nya sangat kecil yang menandakan penduduknya sangat sedikit..Aku kesini juga kerana ingin menjejaki waris2 aku yang dikatakan sangat berkait rapat dengan orang tua aku,tapi aku terasa malas pula untuk bertanya2 kerana bimbang juga dikatakan sebagai ingin mengendeng2 kerana dikampung ini pendudukannya dikatakan bersusur galur dari waris2 orang alim dan raja2,jadi hasrat aku terpadam begitu sahaja...
Selain dari itu aku berhasrat untuk pergi melihat pasir dan lubuk kampung temir yang dikatakan sangat popular sejak zaman dahulu,Dikatakan pada zaman dahulu lubuk kampung temir telah didiami oleh buaya putih,satu jenis buaya yang mendiami alam khayalan dan dikatakan juga buaya2 ini pernah menangkap mangsanya.Selain itu lubuk kampung temir mengeluarkan macam2 jenis ikan dari jenis kelah hingga ikan baung.
Pasir kampung temir sangat luas dan lebar,sangat luas kerana pasirnya didatangi oleh sebatang  sungai,Pasir nya sangat popular tempat tuntung bertelur.Tuntung salah satu haiwan yang dilindungi,Pasir kampung temir telah dijadikan satu kawasan yang dilindungi dari pencari telur tuntung,
(Pasir temir yang sangat popular tempat tuntung bertelur,panjangnya lebih kurang 1.5 km dan lebarnya 150meter)
Pada pandangan aku kampung temir sangat berpotensi untuk dijadikan tempat perlancungan berdasarkan sejarah silam nya dan pakej yang ada dikampung tersebut,Bagi aku kampung temir mempunyai pemandangan yang sangat indah,tradisional kampung nya,kerbau yang makan rumput,burung2 bangau yang terbang memutih,sungainya yang indah,pasir sungai yang luas dan lebar,Sekian...........
 
(Pemandangan yang cukup tradisional)
(Perahu fiber yang digunakan oleh penduduk kampung temir untuk memancing secara menghiliri sungai,ikan2 yang dipancing biasanya ikan lampam)..
(Satu-satunya perahu kayu yang ada,terlingkup kat pasirnya yang panjang)..
(Pelantar tempat rilek2)
(Pelantar buruk ni sangat indah pada pandangan mata aku)..

4 ulasan:

  1. salam tuan, saya dilahirkan disini... rumah arwah datuk dekat sungai, kalau masa kecik2 dulu nak sampai ke gigi air kena lalu atas pasir halus macam tepi pantai

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana baca tulisan saya ni,sy dah beberapa kali datang kepasir temir,sy suka tenguk2 dan ambik gmbr,bg sy kg awak ni sgt mempunyai sama citarasa dgn sy,sg terengganu sgt menarik kpd sy dan terima kasih lah..>>>>>>> tapi perkataan TUAN tu kena slow2 sikit,sy hanya kaki lepak jer,hehehehe...

    BalasPadam
  3. Saya dipostingkn di Pahang dan tinggal di sana selama 23 tahun...2019 akhirnya sy kembali ke kg Temir....sebuah kg yg aman..terasa kedamaian di sini...

    BalasPadam
  4. kami plan weekend ni nak ke sini bersama group basikal kami. nak kayuh basikal.

    BalasPadam