Rabu, 9 Mei 2012

Bomoh...

 Hari ini aku membawa pak cik aku untuk berubat secara tradisional,Masalah pak cik aku ni ialah kurang pendengaran,Bagi aku tak lah percaya sangat bab2 bomoh ni tapi untuk tidak mengencilkan hati aku pergi jugak jumpa bomoh ni,Lagi pun cara pengubatan nya tak lah menjurus kearah yang bukan2,cuma hembus air dan limau purut..Bagi aku kalau masalah yang macam ni sepatutnya doktor yang mempunyai pakar tentang pendengaran yang patut menyelesaikan masalahnya.Walau macam mana sekali pun pakcik aku ni dah beberapa kali berjumpa dengan doktor pakar tapi hasilnya, kosong...(sebenarnya sebab dah tua,huhuhuhu)

Kadang2 aku tak boleh menolak terus cara pengubatan jenis ni kerana cara2 yang dilakukan amat menakjubkan hingga tak terfikir oleh otak aku,Aku ada beberapa pengalaman tentang pembomohan, 


Pada satu malam,melepasi pukul 12 tengah malam aku mengikuti satu rombongan untuk membuang minyak dagu  yang telah diguna oleh seseorang yang tidak dapat dikawal,Sebenarnya aku cuma memehati dari jauh sahaja cara2 yang dilakukan oleh pengamalnya.Apa yang sangat menakjubkan kapada aku ialah peralatan yang digunakan,sesuatu yang tak terfikir oleh fikiran telah terjadi,Peralatannya ialah besi2 yang tah apa maksudnya,Aku tenguk besi yang digunakan telah merah menyala seperti bara,Mulut terkumat kamik,berpeluh, mengeletar dan meraung adalah rutin kapada pengamal dan mangsa,Kita yang memerhati tentu lah relek sebab tak ada kena mengena dalam kes ni,huhuhuhu....


Akhirnya hasil dari perubatan membuang minyak dagu hendak lah dibuang kelaut atau sungai,Aku telah dipilih untuk membuang bahan sisa tersebut,Aku pergi bertiga kesungai yang berdekatan setelah diberi petua dan ayat2 untuk dibaca,masalah nya semasa dalam perjalanan aku seolah2 diekori oleh sesuatu yang tak jelas,pandang kat depan seolah2 ada kat belakang dan pandang kat belakang seolah2 benda yang menganggu ada pula kat depan.hampeh betul,huhuhuhu..Setelah dibuang sesuatu yang pelik terjadi,air sungai bergelombang besar,berputar2 sedang benda yang dibuang kecik tapi bunyi nya sangat kuat dan besar.Aku bergegas tinggalkan tempat tu saja malas nak tenguk apa yang terjadi,huhuhuhu...
Sebelum aku pergi membuang hasil sisa pembomohan aku telah diberitahu oleh pengamalnya bahawa apa yang aku bawa itu sangat kuat kuasanya,kalau yang dirempuh itu jambatan,jambatan akan runtuh,kalau tebing sungai,tebing sungai pula yang akan runtuh,AMBOIII macam ultra man taro pulak,huhuhuhu.Dengan takdir ALLAH setelah aku bergegas pergi setelah membuang hasil sisa perubatan hujan turun dengan lebat,pada keesukannya aku telah diberi tahu sebuah jambatan telah pun runtuh akibat hujan yang lebat serta air sungai yang besar,Berderau darah aku sebab apa yang dikatakan oleh bomoh semalam adalah benar,sama ada sebab air yang besar atau pun akibat dari hasil buangan pembomohan.Aku melawati tempat jambatan yang runtuh tapi air sungainya telah pun tiada,(kembali asal)..(aku telah dimandikan (tapi tak dikafankan tau,huhuhuhu)0leh bomoh setelah aku dan kawan aku balik dari membuang sisa pembomohan nya) 


 Cerita kedua:Pada suatu masa aku pernah mengikuti satu upacara menghalau hantu syaitan @iblis @orang bunian @penunggu disebuah sekolah,Sering terjadi budak2 sekolah tak sedarkan diri bila datang kesekolah,jadi seorang bomoh telah dicari dan upacara dijalankan pada waktu malam selepas isyak,Cara yang digunakan terlampau simple sehingga tak boleh diterima oleh akal apabila difikir2..Cara yang digunakan sangat mudah,yang pertama bomoh telah mengadakan satu majlis doa selamat dan solat hajat,selepas solat hajat bomoh, memerentahkan supaya meletakkan tanda disekeliling kawasan sekolah dengan mengikat mengunakan kain warna kuning,selepas semuanya beres bomoh dan semua yang hadir berkumpul ditengah padang sekolah,bomoh akan membaca doa dan membuat satu peristiharan seperti dalam filem tahun 60an,aku masih teringat lagi kata2 bomoh tu seperti ini,"dengan perintah duli yang maha mulia al sultan terengganu, aku menyampaikan perintahnya kapada semua makhluk yang mendiami kawasan ini supaya kamu semua lari @pindah dari kawasan yang bertanda dengan kain kuning,baginda memberi tempuh kapada kamu supaya berpindah dalam masa 3 hari,jika kamu degil akan menjadi kemurkaan beginda sultan dan kamu akan menerima akibatnya"Terasa lucu sangat mencengkam,Aku seperti ingin ketawa seperti nak pecah perut,lojik ke semuanya ini tapi perlu dingat setelah perintah dikeluarkan oleh bomoh terbabit sampai sekarang perkara yang tak diingini sudah tak terjadi lagi.Satu yang aku fikirkan betapa ilmu yang tersangat luas sehingga akal kita yang kerdil ini tak boleh memikirkan nya,(pengunaan nama sultan terengganu dalam upacara ini tak lah aku ketahui telah diberi tahu kapada sultan atau pun tidak, samaada suka2 bomoh sahaja nak cakap macam tu,walau macammana sekali pun aku tak rasa pulak menjadi keberatan bagi bomoh untuk mengadap sultan untuk  meminta kebenaran,tapi itu lah yang aku dengar dalam perintah bomoh kapada makhluk ghaib tersebut)
 Sekian,Wallahualam......



2 ulasan:

  1. ejah no telefon bomoh cerita no1 sekali abe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita kat atas tu sudah blaku 20 thn yg lepas,bomoh pun sy tak tau siapa,sy cuma ada dlm majlis tu kerana kawan yg ajak,jadi sy mntk maaf banyak,hrp saudara fhm....

      Padam