Jumaat, 9 Disember 2011

empangan kenyir...

 Ini je gambar yang aku berani siarkan, kerana aku fikir gambar2 ini tak bolih mengancam keselamatan negara.


Setelah dua tahun aku tak pergi keempangan hidroletrik sultan mahmud,kenyir. Beberapa hari ini aku terasa nak berkunjung ke situ,bila aku sampai, aku telah diberitahu bahawa empangan sultan mahmud tidak bolih dikunjungi lagi,Terkejut juga aku,tapi apa bolih buat undang2 mengatasi segalanya.Aku telah diberitahu olih polis yang menjaga laluan masuk., bahawa empangan sultan mahmud telah dua tahun ditutup kapada umum atas sebab2 keselamatan.Aku sangat bersetuju dengan tindakan tersebut tapi yang menjadi pertikaian aku ialah masih ada yang bolih memasukinya terutama nelayan tasik.(nelayan tasik bolih mengambil gambar dan bolih memberikan kapada sesiapa sahaja.Kalau pihak musuh perlu kapada gambar2 empangan kenyir tak menjadi kesukaran kapada mereka untuk mendapatkan nya,Ejen2 mereka bolih sampai kemana sahaja walaupun ketempat yang paling sulit,Mereka bolih menyusup masuk kedalam sistem negara dengan begitu senang.Kalau setakat empangan kenyir tak kan menjadi kudis kapada mereka) Pada pandangan aku perkara tersebut tak sepatutnya terjadi kerana alasan nya ialah keselamatan.Atas sebab2 itu lah sepatutnya pengurusan empangan mesti bertegas kapada sesiapa sahaja  kecuali kaki tangan empangan..Alasan yang diberikan olih pegawai yang bertugas dibimbangi pengunjung mengambil gambar dan mengisi kedalam facebook atau pun membuat blog,padahal gambar empangan kenyir tersebar luas diinternet sama ada di google map atau pun blog..Kata pegawai tu lagi, dengan gambar2 tersebut tersebar dan jatuh pula ketangan pihak musuh ianya bolih mengancam keselamatan negara,Perhhhh,macam baru sedar pihak TNB ni dengan perkara tersebut, padahal aku telah membaca didalam internet bahawa sistem pertahanan negara telah pun banyak yang bocor kalau setakat empangan kenyir ni gambar nya dah tersebar luas dimerata tempat.Aku sendiri masih menyimpan gambar2 tersebut tapi untuk menghormati keputusan pihak tersebut aku tak isi didalam blog aku ni. (dam kenyir telah dibuka pada tahun 1984,sejak itu pengunjung bebas keluar masuk keatas dam dan bolih mengambil gambar diseluruh teluk rantaunya,,Aku sendiri pernah sampai keturbin dam, ditingkat yang paling bawah,Sejak tahun 2009 Dam ini ditutup kapada umum setelah 24 tahun dibuka dan pengunjung bebas keluar masuk,Hairan kan cara orang2 tertentu berfikir)

Mungkin gambar ini bolih disiarkan..Aku sendiri tak pernah dengar amaran khas dari TNB bahawa gambar logo TNB tak bolih disiarkan atas sebab2 keselamatan,Tepuk lah perut,tahu lah kita apa yang bolih dimakan dan apa yang tak bolih dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan