Kawasan ini kurang musnah.
Aku sengaja kepantai teluk lipat, Dungun untuk melihat sendiri kemusnahan yang terjadi akibat dari fenomena ombak besar yang melanda pantai timur semenanjung malaysia dan beberapa tempat disabah.Dikatakan kebanyakan pantai diterengganu dan kelantan telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat dari fenomena ini.Salah satu pantai yang teruk dilanda bencana ini ialah pantai tok jembal yang berhampiran lapangan terbang sultan Mahmud dikuala terengganu.Kejadian ini adalah yang paling buruk sejak 50 tahun yang lalu...
Aku kesitu hanya lah untuk melihat ombak besar yang dikatakan sangat besar,rupa2nya aku telah diberitahu olih orang2 dipantai itu bahawa ombak2 yang terjadi hanya lah pada waktu malam sahaja iaitu pada pukul sepuluh malam dan keatas.Dan yang aku lihat adalah kemusnahan pantai yang sangat teruk tak seperti aku kunjungi pantai ini beberapa minggu yang lalu.
Pasir pantai memenuhi jalan raya dan memasuki kedai2 perniagaan.
Pantai teluk lipat merupakan kawasan rekreaksi bagi bandar dungun,Saban pagi dan petang serta malam memang tak lekang menerima kunjungan orang ramai sama ada dari dekat atau jauh.Panjang pantai ini disekitar 3km,Dimasa2 yang tertentu akan diadakan petandingan memancing olih beberapa penganjur.Selain tempat rekreasi pantai teluk lipat merupakan kawasan penempatan penduduk dan juga tempat tempat perniagaan makanan dan kedai2 runcit.Dengan terjadinya bencana ini telah mengakibat kan kerugian yang bukan sedikit kapada perniaga.Dimasa ini pantai teluk lipat sedang giat dibaiki dengan membina benteng penghalang ombak serta membersih kawasan yang dipenuhi dengan sampah sarap...
Kemusnahan yang terlalu ketara yang mungkin memerlukan belanja yang sangat besar untuk memulihkan nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan