Aku ke mesin terapi hari ni,tapi bukan lah aku yang sakit tapi membawa kedua orang tua aku untuk mencuba rawatan ini dalam siri pengubatan kedua2 mereka yang sangat panjang, Aku dah memang putus asa untuk meneruskan usaha kerana bagi aku setiap usaha kita kebanyakan nya tak akan berjaya, Itu adalah hakikat,Kita tenguk lah dimerata2 tempat memang itu yang terjadi Aku dah pun puas mengubat mereka kesana dan sini,Duit dah habis banyak,Kebanyakan cara berubat yang aku buat untuk keduanya tak membawa apa2 perubahan,Mungkin faktor usia menyebabkan pengubatan yang dijalankan tidak membawa hasil,tapi kita sebagai hamba kena lah berusaha dengan apa yang termampu
Bagi aku mesin terapi ni hanya lah sebahagian daripada perniagaan,Kalau lah perniagaan bukan lah apa2 sangat,Mesin ini dikeluarkan hanya lah untuk mengaut keuntungan sahaja dan tak lebih dari itu.Walau macam mana pun untuk mencuba memang tak menjadi salah walaupun keyakinan memang tiada,Menjadi kebiasaan kapada penjual ubat akan memperomosi barangan mereka secara yang berlebihan walhal apa yang dipromosi tidak lah seperti apa yang dicakapkan.
Setelah difikir dan setelah dikaji aku rasa company ni ada sedikit tanggung jawab sosialnya dengan memberi rawatan percumanya,Mungkin juga dengan kerbekesanan cara rawatan ini sehingga mampu untuk diberi rawatan dengan percuma,dari situ lah perniagaan telah bermula sebaik2 sahaja rawatan memberi kesan kapada pesakit,Pesakit yang mempunyai kemampuan tentu akan membeli mesin ini untuk peribadi mereka.Macam mana sekali pun aku tak perlu sangat berperangsaka buruk keatas mana2 company seperti ini,Mungkin dengan kajian mereka menjadikan lojik untuk membina pealatan yang macam ini lagi pun ada hadith yang bermaksud tiada penyakit yang tiada ubatnya,jadi yang perlu kapada aku hanya lah berusaha sahaja dan tak bolih sangat memikirkan benda yang bukan2.sekian..
Mereka yang berjaya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan