Ahad, 11 Disember 2011

ubi

 (Ubi kayu rebus)

Dimusim hujan ni tiba2 terasa pula nak makan ubi kayu.Menjadi satu pertanyaan mengapakah tiba je musim hujan, cara  dan selera makan akan menjadi berubah(orang miskin dan sederhana saja yang macam tu,orang kaya tak pandang pun benda2 macam ni,dan ianya tertakluk kapada penduduk sebelah pantai timur sahaja, orang pantai barat hidup nya cukup stardard dan dikatakan makan ubi kayu sebagai langkah mundur kebelakang) Pergi lah kemana sahaja diterengganu, kita akan dapati penjual ubi kayu dan macam2 jenis ubi akan tumbuh dimerata tempat.Kadang2 terfikir juga dimana kah penjual2 ubi ni menanam ubi sedangkan sepanjang yang dilihat tak ada sebatang pokok ubi kelihatan. Mungkin lah jugak mereka menanam nya dikawasan yang terpencil dan kawasan yang berbukit yang tak tercapai olih kita kalau sekadar berjalan ditepi2 lebuh raya dan kampung2 sahaja.
Bagi aku banyak sangat kenangan yang melibatkan ubi2 ni.Dimasa kecil ku ubi memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pembesaran aku,Ianya menjadi makanan rutin selain dari nasi.Rata2 kebanyakan penduduk dimasa itu adalah yang terdiri dari keluarga yang miskin,Mungkin ekonomi dimasa itu tak mengizinkan penduduk nya mempunyai kekayaan.
(ubi seteler rebus)
Dimasa itu aku terasa sangat sebak didada bila menjamah ubi2 ni,Bayangkan bila nak kesekolah aku terpaksa makan ubi kayu yang dicicah dengan nyiur yang dikukur.Dimasa itu bila kita kesekolah cikgu mesti tanya  apakah  yang dimakan pagi2 dan rata2 murid2 dimasa itu akan menjawab makan ubi kayu,makan lempeng atau pun makan nasi sejuk sahaja,begitu lah malang nya nasib penduduk/orang diketika itu.Aku masih ingat pada tahun2 dimasa itu makanan yang paling mewah ialah mee segera,menjadi sangat pelik bila kita mampu membeli nya dan budak2 diketika itu menjadi sangat bangga bila memakannya...
(
(Ubi seteler-orang terengganu panggil macam tu,bahasa standard nya ialah ubi keledek)
Semua cerita aku kat atas tu dah jadi kenangan yang amat indah,terasa juga sebak didada bila mengingatinya,Bayangkan dipagi2 hari sebelum kesekolah kita dah pun cabut ubi kayu untuk dimasak dan untuk dibuat bekal kesekolah.(ubi ditanam ditepi2 rumah je.Pokok bunga orang tak tanam lagi,pasu bunga pun dikira barangan yang mewah,yang nak menunjuk2 je yang beli pasu bunga ni)Tapi pada masa ini hal2 tersebut sudah tak jadi masalah, makan ubi dah jadi sesuatu yang dibangga,dah tak ada sebak didada,Kadang2 pergi membelinya pun dah terasa bangga dan langsung tak ada rasa rendah  diri,Kadang2 terfikir jugak aku benda yang kita makan,makanan yang ni hebat,makanan yang ni pulak koman,padahal apa yang kita makan akan dikeluarkan dalam bentuk yang sama,bau yang sama dan warna yang sama,walau pun kita  mempunyai pangkat yang paling besar dan mempunyai rupa paras yang paling cantik diatas muka bumi ni.
 Ubi Jawa,(Mungkin asalnya dari jawa)

Setelah dewasa baru lah kita ketahui bahawa ubi kayu dan ubi2 lain banyak sangat khasiat nya,Ubi kayu juga merupakan bahan utama utuk membuat serbuk perasa.Kalau kita nak fikir dengan mudah semua benda atas muka bumi ada kelebihan dia yang tersendiri.Dikatakan ubi kayu mempunyai kandungan galiannya yang tersendiri dan dapat mengawal beberapa penyakit seperti kencing manis dan beberapa jenis penyakit yang lain.


(Ubi gadung )

Satu jenis ubi yang sangat menarik perhatian aku sejak dari kecil ialah ubi gadung.Gadung dikatakan sejenis ubi yang sangat beracun(Sejenis ubi yang sangat selamat ditanam dimana sahaja kerana babi pun tak sanggup untuk memakan nya sebab racun yang ada didalam kandungan ubi ni) dan untuk memakan nya, ada beberapa langkah yang patut dibuat untuk membuang racun nya,Aku mempunyai kemahiran untuk membuang racun yang bertakhta didalam ubi ni,Cara nya cukup mudah dan senang, hanya memerlukan sedikit pengetahuaan tentang cara2nya.

Walaupun macam2 tanggapan sesetengah orang tentang ubi,ianya merupakan makanan seluruh dunia,dari eropah sampai ketempat yang paling tak ada tamadun ia merupakan makanan kapada penduduk nya..Ubi juga dikatakan sejenis makanan yang paling awal dimakan olih manusia,Jadi tak ada istimewa kapada yang tak memakan nya dan tak jadi hina kapada yang memakannya......

PELBAGAI JENIS UBI:
UBI KELING
 UBI KELADI
UBI KELEDEK
UBI TOROK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan