Sabtu, 10 Disember 2011

hantu2 batu kapal..


 (Gambar ini aku rakam dekat dengan batu kapal,yang aku nampak pada gambar ni ialah seorang perempuan yang menutup aurat sambil galas bag dan memakai baju sejuk,Rilek je dia,mungkin dia ni datang dari negara sejuk,England agak nya).

Batu kapal yang telah aku kunjungi telah di war-warkan sebagai tempat yang ada penunggu,sama ada bolih dipercayai atau tidak terserah kapada yang ingin mempercayainya.Sama ada percayai benda2 yang seperti ini merupakan sebagai langkah undur kebelakang atau tidak juga terserah kapada mereka yang ingin hirau kapada nya.
 (Dia ni plk agak malu2 bila gambar nya diambil,Selamba je dia. Agaknya dia pun tau aku nak isi  gambar nya dalam facebook.Dia pun nak tumpang glumour jugak.Maklum lah dialam dia mana ada facebook dan berinternet,Kesian dia)...


Setelah aku membelek gambar yang aku ambik maka muncul lah gambar2 yang agak aneh pada pandangan aku,Payah juga aku nak mempercayainya sama ada gambar yang aku ambil merupakan kesilapan percahayaan yang tak sempurna atau memang dah nak jadi macam tu.Bagi aku yang sentiasa keras kepala akan mencari macam2 alasan  untuk menidakan apa yang terjadi.Walau macam mana sekali pun mempercayai benda2 ghaib merupakan salah satu rukun iman dan kita tak bolih menolak sedkit pun,Namun begitu kemunculan benda2 macam ni sehingga bolih dirakam memang bolih dipertikaikan dan ianya tak ada kena mengena dengan rukun iman,Bagi aku mana mungkin benda yang berjisim bolih dipotretkan atau pun gambar2nya bolih diambil.

(Pak cik tua ni plk sangat suka bila aku datang,tersengeh dia menyambut ketibaan aku,Lojik juga lah sebab aku tak rasa takut langsung pergi kat situ rupanya penunggu kat situ baik2 belaka dan nak glumour sangat2,hehehehe)...

Gambar yang aku ambik diatas merupakan gambar biasa dan aku fikir tak ada kena mengena langsung dengan jin atau pun syaitan,jauh sekali itu adalah gambar malaikat,Ianya hanya lah kebetulan sahaja dan dinampakkan seperti itu. Bodoh lah kita sebagai manusia kalau takut untuk pergi kesatu2 tempat, apabila tempat itu dikaitkan dengan penunggu,Tak patut langsung kita berfikir seperti itu dan tak patut langsung ada yang bersikap takut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan