Sabtu, 3 Oktober 2015

cerita hantu 1

Cerita hantu yang aku nak sampai kan bukan lah seperti cerita hantu dalam  filem tapi cerita yang agak ganjil yang pernah terjadi kapada aku.Kebanyakan cerita yang terjadi semasa aku pergi memancing dihulu2 sungai,tempat yang paling popular  memancing sekitar 20 tahun lepas ialah diterengganu mati,hulu terengganu.Semua cerita hantu yang terjadi kapada aku kebanyakan didalam hutan tebal.


Dimasa waktu muda,aku seorang yang sangat miskin,kerja aku hanya lah kerja kargo,semua yang boleh dapat duit aku buat,salah satu yang aku buat ialah mencari rotan jauh kedalam hutan.Aku memang seorang yang mulut celupar,tak heran dengan hantu2 dan binatang buas,cuma yang paling aku takut hanya ular sahaja walau pun hanya sebesar kelingking,Binatang2 lain tak menjadi hal kapada aku.Kalau jumpa pun aku cuma sengeh jer kat binatang2 tu,kalau yang degil sangat sebab halang perjalanan aku biasanya aku hambat,sama ada gajah,harimau atau binatang2 lain,Aku tak cakap besar tapi memang aku tak takut,Walau macam mana pun aku bukan lah seorang yang samseng dan berani dalam semua bab,aku sangat takut kapada orang sama ada orang jahat atau orang baik,aku langsung tak cari masalah dengan orang,kerana mempunyai masalah dengan orang akan terjadinya perkelahian dan terjadilah dendam mendendam dan sebagainya tetapi bermasalah dengan binatang tak akan berlarut2 sampai dendam2 dan sebagainya.

Atas sebab2 tak takut lah aku biasanya berjalan sendirian didalam hutan semasa mencari rotan.Pencari2 rotan biasanya akan berjalan secara jamaah,dua atau tiga orang dalam satu kumpulan,kerana bimbang sesat jalan, kerana sesat didalam hutan akibat nya sangat buruk,mungkin tak ditemui sehari suntuk atau pun lebih.Kejadian sesat akan membawa masalah kapada semua ahli kumpulan.Biasanya antara satu kumpulan dan kumpulan yang lain tidak berjauhan sangat,sekadar boleh dengar antara satu dengan yang lain apabila kita memanggil jika ada sesuatu kecemasan atau telah berjumpa dengan rotan yang dicari,semua ahli kumpulan akan berkumpul dan mengambil semua rotan dan mengumpul disatu tempat atau diangkut ketempat berkhemah.

Semasa aku melalui satu denai binatang buas aku terdengar orang bercakap2 bertentangan dengan aku,bunyi nya seperti ramai,bergelak ketawa seperti orang sedang santai,semakin lama semakin dekat sehinggalah aku bertembung dengan orang2 tersebut yang berjalan bertentangan dengan aku,Semasa bertemu ini lah aku terkejut kerana orang yang aku jumpai itu memakai jubah berwarna putih dan berserban putih,Oleh kerana cara2 berpakaian mereka seperti orang baik,aku menjadi berani untuk menegur dan berselisih dengan mereka,

"Assalamualaikum" Aku memberi salam..

Tapi tak dengar sama ada mereka menjawab salam atau tidak,mungkin aku terasa takut atau memang aku tak dengar..

"Nak pegi mana ni" Aku tanya lagi..

Dan salah seorang ahli kumpulan tersebut menjawab soalan aku.
"nak pegi cari mas" (emas)

Aku tersengeh tak boleh nak kata apa,sebab setahu aku kawasan hutan tersebut memang tak ada emas atau aku tak pernah dengar ada emas dikawasan tersebut.Ahli kumpulan tersebut bercerita selanjutnya kapada aku,

"Atas bukit tu ada sebuah gua berbatu,dalam gua itu lah ada emas,dalam gua itu ada semua kelengkapan seperti sebuah rumah,Ada batu yang berupa kerusi,ada batu seperti meja dan bla bla bla"

Aku diam seketika tak boleh nak kata apa,sebab seluruh puncak tersebut telah aku jelajahi,memang tak ada gua batu atau apa2 seperti gua,jauh sekali rumah kayu atau rumah batu,binaan seperti istana jauh panggang dari api,

"Nak tipu aku lah tu,macam dia tau sangat tempat ni,nak berbohong,tak padan pakai serban jubah"...,kata aku jauh dalam hati.

Mula2 cerita tadi aku akui bahawa aku memang celupar.Cakap orang berserban jubah ni sungguh mengjengkelkan pada pandangan aku,.Aku pun bertanya,

"air teh ada tak,senang saya kerja kat sini pergi minum air kat situ"

 Padan dengan muka orang berserban jubah tu,dia ingat senang2 nak buat lawak dengan aku,hahahahaha....Setelan dengar aku cakap macam tu,aku tenguk muka orang berserban jubah tu menjadi merah seperti marah (aku agak jer merah,mungkin juga tidak,sebab aku tak bertentang muka sangat dengan dia orang ni).Selepas itu aku rasa dia orang ni seperti terbang atau berjalan laju melalui jalan yang aku lalui tadi,Yang paling penting aku tak menoleh kebelakang untuk tenguk samada orang2 itu ada kaki atau tidak atau kaki dia orang menyentuh tanah atau tidak,Dimasa ini lah rasa takut telah menyelinap,rasa macam seram2 sejuk.Dengan keadaan yang macam tu lah aku terus kekhemah tempat aku dan kawan2 bermalam,.Kisah aku dan orang berjubah tadi aku cerita kan kapada kawan2 aku dan kawan aku telah mengubah jadual dengan membatalkan pencarian rotan dan terus balik kekampung,kata mereka itu petanda yang tak baik,sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan