Khamis, 22 Oktober 2015

Cerita lebuh raya pantai timur 2 (LPT2)



Sejak akhir2 ini LPT2 telah terjadi banyak kemalangan yang meragut nyawa,Kemalangan yang paling akhir melibatkan seorang anak 21tahun dan ayah 53 tahun pada 18-10-2015,pukul 11 malam..Empat hari sebelum itu LPT2 telah meragut nyawa enam sekeluarga.Sehingga 18-10-2015, LPT2 telah meragut nyawa seramai 75 orang mangsa.
keratan kosmo

Banyak andaian yang dibuat sebab2 kemalangan ini terjadi,dikatakan pemandu2 yang terlibat dengan kemalangan memandu terlalu laju,ada yang kata LPT2 mempunyai jalan yang kurang baik, jalan yang tak menepati standard sebuah lebuh raya,Dikatakan banyak tempat jalan nya terlalu beralun iaitu pumping.Yang paling popular yang selalu diperkatakan diperingkat ramai ialah LPT2 ini berhantu,samaada benar atau tidak itu terserah kapada pemikiran masing2.

a)    Memandu terlalu laju
Mungkin juga kerana aku pernah memandu selaju 180km sejam,dengan tiba2 ada yg memotong aku dikelajuan aku,aku fikir kereta yang memotong aku sekurang2 nya dipandu selaju 200km sejam atau lebih dan kereta yang memotong aku berjenama BMW dan kereta aku hanya proton BLM..Kalau aku pandu hanya 140km sejam hanya sebuah Myvi sahaja pun berdesut meninggalkan aku,kereta2 jenis lain tak payah disebut,kesimpulan nya,kebanyakan kereta yang dipandu di LPT2 memang dipandu laju..huhuhu…

    b) Jalan yang beralun..
Memang LPT2 jalan terlalu beralun terutamanya dari susur keluar kemasek hingga ke susur keluar cheneh,Dikawasan ini sekurang2 nya ada dua tempat seperti batas,kereta aku pernah terangkat dengan kuat bila melanggar batas ini,dengan kata lain kereta aku pernah melambung rendah ditempat ini.kalau jalan basah mungkin boleh terjadi kemalangan..tempat lain seperti dibukit berapit iaitu dikampung kua,melepasi tempat ini ada beberapa tempat yang beralun (nmpk sudah dibaiki),..Antara R&R ajil hingga ke sungai nerus boleh dikatakan beralun walaupun telah diturap lain,..Dihujung2 jambatan selalu terjadi jalan mendap,disini juga sangat bahaya jika memandu laju walaupun memandu ikut standard lebuh raya iaitu 110km sejam…

Sebab2 terjadi jalan beralun kerana pembinaan lebuh raya ini mungkin tak ikut standard.Aku pernah dengar kontraktor yang membina lebuh raya ini telah diberi kapada kontraktor untuk dibina pada kali kedua kapada kontrator yang sama setelah gagal membina pada kali yang pertama,Disini nampak jelas (kalau benar)kontraktor jenis yang tak ada pengalaman dalam pembinaan lebuh raya, kalau ada pengalaman mana mungkin gagal membina semasa tempuh yang telah diberikan,oleh kerana tak ada pengalaman yang luas dalam pembinaan lebuh raya maka terjadilah jalan beralun atau sebagai nya..
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..Puteri Nabila menjadi yatim dalam sekelip mata apa bila semua keluarga nya maut dalam kemalangan di LPT2.(gambar dari Facebook)

    c) Angin lentang..
Angin lintang mungkin salah satu sebab terjadinya kemalangan,Kawan aku pernah bercerita,dia menyaksikan sendiri sebuah kereta vios terangkat dengan sendiri semasa memotong kereta nya,kereta tersebut telah berguling2 beberapa kali sehingga berhenti di pengadang besi tapi semua penunpang nya selamat dan keluar dari kereta dengan terketar2.boleh diberi credit kapada kereta vios (sebenarnya Allah yg menyelamatkan mereka,kalau beriktikad kereta vios yang menyelamat kan mereka (atau kita) boleh jatuh khufur..(Ceramoh pulok doh)}

Aku sendiri pernah terkena angin lintang semasa pergi tenguk race motor di gong badak kuala Terengganu.Aku bersama dengan dua anak saudara aku ketika kejadian tersebut,anak saudara aku yang menyedarkan aku bahawa kereta terangkat,aku cepat menarik kedua2 kaki aku dari pedal minyak,(yg sebelah lagi relek kan) Setelah itu aku dapat rasakan kereta dah pun jatuh.Kejadian itu berlaku hanya lima atau enam saat sahaja,yang menyelamatkan kami ialah Allah bukan kereta blm aku,Ingat tu hahahaha…Semasa kejadian, aku memandu 160km sejam…

d) LPT2 berhantu
Tak ada komen apa2 tentang tajuk ini tetapi cerita aku kat bawah ni mungkin ada kaitan dengan hantu,hua hua hua…


Gambar sumber dari whasapp



Lebuh raya pantai timur 2 (LPT2) sudah biasa aku lalui.Aku telah tulis cerita LPT2 dalam blog aku yang lalu.http://azramsulong.blogspot.my/2015/02/lebuh-raya-pantai-timur-2.html  Kali terakhir aku lalu di LPT2 pada 30hb.september 2015, iaitu lima hari selepas kemalangan yang melibatkan seorang pengawal keselamatan yang berumur 51 tahun..Aku dah beberapa kali lalui sepenuh nya lebuh raya ini dari tol jabor hingga ke hujung LPT2 di kuala Terengganu atau dari plaza tol jabor hingga ke plaza tol Ajil.Aku ke LPT2 hanya untuk memandu kosong sahaja atau pun untuk ke kuala lumpur atau melawat kawan2 atau pun kerumah saudara mara aku yang berselerak tarak atas muka bumi ini khas nya ditepi2 LPT2 (huhuhuhu)


Gambar sumber dari whasapp

Pada 30-9-2015 aku ke Felda Cerul kerana pergi kerumah saudara aku yang menjadi peserta disitu.Aku kesitu atas sebab2 kunjungan biasa,Aku bertolak dari tol ajil pada pukul 4 petang,aku sampai kerumah saudara aku difelda cerul pada pukul 5 petang lebih kurang,Masa yang aku ambil dari tol ajil hingga kerumah saudara aku di Cerul ialah 1 jam 5 minit sahaja,bermakna aku dilebuh raya hanya 45 minit.Purata aku memandu sekitar 140 km sejam -160 km sejam..


Aku sengaja lewatkan balik kekuala berang kerana ingin merasa mood pemanduan diwaktu malam seorang diri dan ingin singgah ditempat yang berlaku kemalangan pada 25-9-2015 yang melibatkan seorang pengawal keselamatan.Aku ingin merasa ketakutan yang seperti diceritakan didalam facebook dan blog serta cakap2 orang tentang LPT2 yg dikatakan sebagai berhantu.Aku ingin mengetahui sendiri sikap pemandu2 lain akibat dari perbuatan aku.Aku sedar berhenti dilebuh raya menjadi kesalahan kerana akan membahayakan kita dan pemandu lain.Walau macam mana pun aku ingin cuba juga.Aku dah banyak kali berhenti dimalam hari dilebuh raya semasa kurang kes kemalangan seperti akhir2 ini,Aku mempunyai banyak gambar2 kemalangan yang terjadi antara tol ajil dan tol bukit besi,semasa LPT2 belum  siap seperti sekarang.Aku berhenti atas sebab2 terlalu mengantuk,sengaja berhenti dan hujan yang terlalu lebat.

Gambar kereta aku yang berlakun buat2 susah ditempat kemalangan susur keluar Kerteh

Atas ingin  merasa mood itu lah aku bertolak balik dari Feda Cerul pukul 9.30 malam dan terus kePekan cheneh yang terletak 7 km dari Cherul.Lepak dipekan Cheneh lebih kurang sejam setelah makan dikedai yg berhampiran stesen minyak shell aku terus memandu balik melalui tol cheneh yang terletak 6km dari pecan Cheneh.Setelah ambik kad tol free kat plaza, aku mengelunsur laju memandu 120km sejam dan sampai kesusur keluar kerteh dalam pukul 11.00 malam iaitu tempat seorang pengawal keselamatan yang maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta..Aku berhenti disitu dan keluar dari kereta serta membuka lampu keselamatan,aku buat2 susah konon nya ada sesuatu yang tak kena pada kereta aku,aku buka bonet depan dan belakang,buat2 tenguk,aku buat2 susah untuk menarik perhatian pemandu lain.ketika itu aku hanya berkain pelekat dan berkopiah (orang alim kan,kahkahkahkah).Malang seribu kali malang,tak ada sebuah pun kereta yang berhenti,semua nya memandu dengan laju,kebanyakan kederaan memberi hon serta lampu tinggi,semua nya mengelunsur laju,yang aku paling heran sebab apa kebanyakan kederaan memberi hon yang mengila serta api tinggi,aku pun heran.berhenti tidak jugak.Adakah pemandu2 menyangka aku orang jahat atau pemandu nampak aku seperti hantu atau penguna LPT2 nampak hantu berhampiran aku atau nampak hantu bertengek atas kereta aku atau penguna LPT2 tahu apa pelan aku ingin mencuba main2 di LPT2,hanya tuhan saja yang maha mengetahui.

Sepuluh minit kemudian nya aku memandu balik selepas yakin memang tak akan ada sebuah kereta pun yang akan berhenti.Aku tiba diPlaza tol ajil pukul 12.30 malam selepas memberi kad tol free (malam slow2 je pandu kereta,bimbang kut ada yg tercongok kt belakang dan jadi gelabah)

Kesimpulan aku...memang penguna LPT2 memandu sangat laju walau pun diwaktu malam dan terjadi kemalangan kerana bukan sebab2 hantu tetapi sebab2 memandu terlalu laju ditambah dengan jalan yang tersangat kurang baik.Itu yang sebenarnya (pandangan aku lah ni....Nok ambik hantu mana gak).Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan