Isnin, 5 Oktober 2015

cerita hantu 2

Cerita hantu yg ke-2 ini telah terjadi diterengganu mati iaitu tempat aku dan kawan2 pergi memancing.Telah aku bagi tau behawa cerita hantu yang aku ceritakan bukan lah seperti cerita hantu dalam filem tetapi cerita keanihan yang pernah terjadi kapada aku.Cerita yang payah juga untuk difikirkan.

Sungai terengganu mati tempat yang baik untuk memancing ikan kelah sebelum terbina nya empangan kenyir ke-2,Sering dikunjungi oleh pemancing di terengganu dan luar dari terengganu.Dimasa itu laluan untuk ke terengganu mati hanya dengan mengunakan pancuan 4 roda dan motosikal sahaja.

Aku dan kawan2 mengunakan motor scrambler untuk keterengganu mati.Motor yg digunakan telah di ubah suai untuk kesesuaian tempat,Untuk sampai keterengganu mati memerlukan masa selama 4 jam paling singat dari bandar kuala berang,Masa yang diambil bergantung kapada laluan,Kalau laluan kering,masa yang diambil menjadi singkat,kalau jalan basah mungkin mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat memancing.Pergi memancing ketempat yang jauh memerlukan masa yang lama,sekurang2nya 3 hari 2 malam.

Kejadian yang terjadi kapada aku semasa aku dan kawan2 dalam perjalanan balik setelah berada 2 malam 3 hari di sungai terengganu mati.Biasanya waktu bertolak balik diawalkan sedikit bimbang dalam perjalanan hujan akan turun,hujan turun mengakibatkan jalan jadi basah dan menyukarkan untuk menunggang.Biasa nya selepas waktu asar.Ditakdirkan pada petang itu waktu maghrib masih didalam hutan dan sembahyang maghribnya mesti ditempat yang tak selesa.Aku penunggang yg agak kebelakang dan ingin sembahyang maghrib disatu alur sungai yang agak kedalam sedikit dari laluan yang sebenar,aku menunggang perlahan ditanah yang berlopak sehingga berjumpa dengan air yang bersih untuk berwuduk,semua kawan2 aku yg lain telah pun jauh dihadapan dan aku pasti mereka akan tunggu aku dijalan yg sudah bertar,pada agakkan aku sejauh 20km dihadapan aku......

Setelah aku solat dan ingin memulakan perjalanan balik aku telah didatangi oleh seorang tua yang memakai serban dan berbaju melayu,Waktu itu hari pun dah pun malam atau nampak tak nampak,ditambah pula hutan tebal disekeliling.

"makan air madu,"

katanya kapada aku sambil menghulur sebungkusan air madu didalam  satu bekas.Orang tua ni tak kata minum air madu tapi dikatanya makan air madu.Ketika itu aku telah hidupkan enjin motor scram aku.Aku capai bungkusan itu dan ucapakan terima kasih dan terus berlalu.Diketika ini lah aku terasa sangat pelik,macam mana ada seorang tua didalam hutan rimba bagi kapada aku sebekas air madu,Rasa seram dah pun ada tetapi aku enggan menoleh kebelakang bimbang akan terjadi hal2 yang tak diingini,seperti terkejut atau sebagainya,Apa yg jelas kapada aku ialah perwatakan orang tua yang beri air madu kapada aku seperti menteri besar kelantan dimasa itu,Tuan guru Nik Aziz bin Nik Mat,Besar kecil,tua muda nya seperti itu,tak lebih tak kurang tp bukan rupa macam TGNA..

Setelah aku sampai kelaluan sebenar (mungkin 200 meter jauh nya) rupa2nya dua orang kawan aku telah menunggu aku kerana mereka telah lihat aku membelok masuk kedalam hutan,dia orang memang maklum tempat itu memang ada alur untuk wuduk dan dia orang dah jangka aku nak bersolat,jadi mereka tunggu aku kerana kawan2 yang lain dah pun jauh kedepan.Aku beritahu mereka ada orang bagi air madu lebah,tapi tiada respon langsung dari kawan aku,sama ada dia orang rasa pelik atau sebagainya,oleh kerana tiada respon kami menunggang untuk kejalan tar yang sejauh 20km didepan dan disitu lah kawan2 aku berkumpul pada kebiasaan nya...

Sesampai kejalan tar yang aku maksudkan aku dapati semua kawan2 aku memang ada disitu,dan dah pun solat maghrib dan hendak bertolak balik tetapi aku menarik perhatian mereka dengan cerita air madu lebah oleh orang tua tadi,Aku memang macam lawak dengan mereka dan mereka tak nampak pun air madu yang aku bawa kerana hari dah pun gelap,malah dah pun lebih dari masuk waktu isyak.

"mana!!! ish mung ni mengarut,jangan buat karut dalam hutan rimba neh,"

Kata seorang kawan yang dah rasa pelik dengan cakap aku,aku memberi mereka sebekas air madu dan semua kawan aku berkerumun untuk melihat,sebelum terlupa semua kawan aku ialah 7 orang termasuk aku.Kawan aku yang tadi macam terbeliak mata tenguk kapada aku,Keluar dari mulut nya macam2 nama yang pelik2,seperti roro mendut,diponegoro,Wali songo dan macam2 nama.huuuuuu

"ish mung ambik mana ni,ish aku tak percaya lah,pelik mung ning," kata nya lagi.

Aku bercerita dari A sampai Z apa yang terjadi,tapi yang paling lucu,kawan2 aku tak berani untuk meminum nya,bimbang kut2 terjadi apa2 yang tak diingin,Aku dengan celupar berkata,

"biar aku minum dulu dan selepas 5 minit kalau aku tak mati atau tak muntah atau apa2,mung semua boleh minum,"

Aku memerah air madu dalam bekas peralatan memasak kami dan mula meminum nya,Semua mata tertumpu kapada aku,mungkin dia orang nak tenguk apa yang terjadi,Selepas seminit aku relek melahap air madu yg sgt sedap itu kawan2 aku dah mula berebut memerah serta meminum nya,Riuh rendah kami meminum semua air madu kerana sememang nya kami sangat lapar kerana menunggang dah pun melebihi 2 jam.

Kawan aku yang bermulut riuh, merasa sangat pelik dengan apa yang terjadi dari dulu sehingga sekarang,sehingga aku tulis blog ni pun dia masih lagi pelik,dan kalau dia tau aku naik kan cerita ni dalam internet dia masih lagi pelik.Bagi aku kejadian yang terjadi ini boleh dikatakan sebagai pelik dan memang aku tak faham,Cerita aku ini masih ada saksi kerana semua kawan2 aku masih lagi hidup dan kami akan bercerita kembali kalau berjumpa,Kawan aku yang paling tua berumur lebih dari 80 tahun pada tahun 2015 ni dan yang paling muda berumur dalam 30 tahun,..SEKIAN...



8 ulasan:

  1. Skrang boleh mancing ag ke kat sungai tu?

    BalasPadam
  2. Skrang boleh mancing ag ke kat sungai tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungai tempat sy memancing tu telah di buat empangan hidro letrik,empangan tu diberi nama empangan sungai puah,(empangan kenyir 2)luas empangan tu ialah 6000 hektar dan tak boleh mancing lagi,sungai pun dah xde..#pokmak barak

      Padam
  3. Molek molek...boleh tunggu tasek tembat buka lu ork..nnt bleh gi ngail situ....mesti byok ikang tu...

    BalasPadam
  4. Molek molek...boleh tunggu tasek tembat buka lu ork..nnt bleh gi ngail situ....mesti byok ikang tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. en nazri sedo...dgr cerita empangan tembat dan empangan sungai puah tak dibuka kpd umum tp klu nk masuk secara curi2 boleh saja..tak jadi halangan,saya sendiri tak pernah sampai sejak empangan tu siap...TQ

      Padam