Isnin, 19 Oktober 2015

cerita hantu 3



Cerita hantu aku kali ini berkisar tentang pengalaman aneh aku yang terjadi ditempat  memancing di sungai terengganu mati,disungai tembat,sungai pentuang dan didalam tasik kenyir sendiri iaitu ditaman negara...
 sungai terengganu mati tahun 1995

Biasa nya pergi memancing ditempat yang jauh di hulu sungai mesti ramai peserta nya.Hulu sungai yang aku maksudkan ialah hulu sungai tembat. (sekarang ni tahun 2015,kawasan itu telah pun tengelam kerana terbinanya empangan kenyir ke-2,tempat itu dah jadi sejarah dan tak mungkin dapat dilihat lagi untuk selama2nya dan dinamakan sebagai Tasik Tembat) Sekurang-kurangnya 5 orang.Telah menjadi kebiasaan, aku akan pergi memancing seorang diri, jauh dari khemah yang kami buat,kawan2 yang lain, aku nasihatkan supaya pergi berkumpulan,sekurang2 nya dua orang,kelaziman nya aku yang paling atas dan paling jauh,memancing seorang diri mempunyai potensi dapat ikan yang banyak kerana kalau seorang diri suasana akan jadi senyap,tiada percakapan.tiada percakapan bermakna senyap,senyap mempunyai potensi ikan meragut umpan,bermakna dapat ikan.walau macam mana pun,memancing dihulu sungai tak perlu kapada senyap kerana ikan tetap akan meragut umpan walaupun bising tetapi nafsu pemancing berlainan dari kebiasaan,pemancing akan buat apa yang difikirkan patut.Sebelum keluar memancing aku nasihatkan kawan2 supaya jangan memanggil atau melaung untuk memastikan dimanakah kawan kita.Sebab itu digalakan pergi memancing dalam kumpulan dan mesti kenal pasti  tempat memancing kumpulan yang lain atau memancing hanya dalam satu kumpulan saja.Memancing ramai2.Tujuan dilarang memanggil kuat2 antara rakan dengan rakan kerana ditakuti akan diajuk oleh makhluk yang berada disekitar tersebut,sekurang2 nya itu yang dibagi tahu kapada aku,


Disatu lubuk yg dalam air nya, aku berhenti dan menetapkan disitu tempat yg paling sesuai untuk mencuba nasib,Sangkut umpan dan lempar ketempat yg difikirkan ada ikan,tak berapa lama, kail dan berenjut2 menanda kan ikan dah pun makan,Tarik dan dapat seekor ikan kelah,dan begitu lah seterus nya hingga beberapa lama.

Dua jam dah disitu aku terdengar kawan aku memanggil aku dengan kuat,jelas suara salah seorang dari kawan aku,Aku mendiamkan diri tak menyahut balas, kerana sakit hati pesanan aku tak di ikut.Satu jam kemudian nya kawan aku sampai dan memancing ditepi aku.Setelah bercakap2 seketika dan bertanya mengenai hasil pancing samaada dapat atau tidak.

Aku menegur nya dengan kata,"Ish!! sebab pe yg panggil kuat sangat,bukan aku dah cakap jangan panggil mcm tu,"

Kawan aku menghampiri aku dan  bertanya,"betul ker ada orang panggil tadi,"

Aku jawab.. "betul dan mun yang panggil aku,"

Dengan agak terbeliak mata kawan aku kata,"ish!! ni baru aku sampai dan terus turun kelubuk ni dan aku tak panggil2 langsung".

Aku bertanya balik,"Saing2(kawan) lain mana,"

Kawan aku jawab,"semua dibawah,tak sorang pun naik,aku sorang jer naik,"

Dengan wajah yg agak berubah kawan aku berkata,"kita balik lah,"

Kawan aku terus gulung pancing nya dan terus balik ke khemah dan diikuti oleh aku dibelakang,Aku ikut balik kerana aku dah terasa seram,

Mungkin cerita aku tak ada standard dan tergolong dalam klass yang paling koman tapi apa yg terjadi seperti tak mungkin,Ada orang memanggil2 nama kita yang sangat jelas serta dekat,Nak kata kawan aku berbohong,aku rasa tak mungkin kerana dia salah seorang yang sangat minat memancing,kalau tak rasa apa2 tentu dia akan memancing, kerana diwaktu itu kelah sedang mengila makan dan dimasa itu hari masih awal petang,Kalau dia berbohong mana mungkin wajah nya sedikit pucat ketika bertanya kapada aku tentang panggilan tadi melainkan dia pelakun dah dapat award,Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan