Khamis, 29 Oktober 2015

hantu lebuh raya...


Sejak akhir2 ini kita sering dgr tentang kemalangan di LPT2.Kita sering dgr tentang penyebab kemalangan tersebut berpunca dari tertenguk benda2 pelik dilaluan tersebut.Ada yang kata kemalangan yang terjadi disebabkan oleh makhluk yang mengerunkan..Akibat dari tenguk makhluk yang bermuka hudoh itu lah kemalangan terjadi.

Bagi aku kemalangan terjadi disebabkan oleh kelalaian manusia ditambah dengan keadaan jalan di LPT2 sangat tidak baik.Walau mcm mana pun aku tak dapat menolak kemalangan yang terjadi disebabkan oleh benda2 yang seperti dicakapkan.

Setelah banyak terjadi kemalangan di LPT2 kerajaan negeri terenggganu dgn kerjasama pejabat ugama telah mengadakan solat hajat pada 23-10-2015 yang baru lalu,solat hajat merupakan satu ikhtiar,memohon keselamatan daari Allah,Dirasakan sejak itu kemalangan sudah pun reda dan mungkin ikhtiar itu berjaya..

Aku memang merumuskan bahawa kemalangan yang terjadi disebabkan oleh kelalaian manusia tetapi tidak menolak akibat dari  mainan hantu syaitan,Dari sudut itu banyak yang aku dgr tentang makhluk2 ini.Aku rasa tak payah aku cerita tentang ini panjang2 kerana umum sudah pun mengetahui nya,Kerana banyak diceritakan dalam blog2,facebook dan whasapp.

Yang aku nak tarik perhatian ialah tentang cerita baru yang aku baru dengar yang terjadi baru2 ini,kawan aku telah bagi tahu dilaluan ajil-bukit besi telah terjumpa satu makhluk raksasa yang duduk terkangkang atas jalan.Bagi kawan aku dia dah tak berani untuk lalu di LPT2 diwaktu malam,takut makhluk tu muncul,Secara berseloroh aku katakan makhluk tu adalah utraman,dia sengaja nak menonjol diri ditengah2 situasi yang macam ni,Kawan aku memang tak senang bila aku cakap macam tu,celupar katanya.Tapi biasa lah syaitan ada dimana2,dia akan mengangu manusia hingga hari kiamat.Kita tak perlu melihat sendiri untuk mempercayainya kerana memang jin,iblis memang ujud,tak payah nak pertikai apa2

.Kesimpulan nya,Kita tak payah nak takut2 nk lalui LPT2,Pandu jer kereta tu ikut standard yang sepatutnya,Pandu 120km sejam habis laju,Baca fatihah,baca ayat kursi,dan bismilah terus je pandu,Inshallah hantu tak jumpa,kita akan disaji kan dengan permandangan yang indah diwaktu malam walau pun nampak berbalam2,hahahaha  Sekiannn

.Cerita orang dulu2 benda yang dilihat itu ialah hantu kopek,dikatakan tingginya setinggi pokok kelapa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan