Isnin, 1 Ogos 2011

bazar ramadan

Ramadan datang lagi,Kedatangan nya disambut dengan rasa syukur yang teramat sangat dan kapada  yang lain kedatangannya mungkin akan menyusahkan mereka.Perbezaan penerimaan tersebut disebabkan oleh keimanan seseorang dan takwa kapada allah.Ada sesetengah orang apabila datang bulan yang mulia ni mereka akan mencari alasan untuk tidak melakukan ibadat ini.

Dari pengalaman aku sendiri masih ramai orang yang mengatakan dirinya islam masih ramai yang meninggalkan ibadat ini,Dimana2 kampung  masih ada yang menyediakan atau membekalkan makanan untuk mereka2 yang tak puasa ini.
Walau macam mana pun itu masalah dia orang dengan pencipta nya ALLAH taala.Baik yang kita buat maka baik lah balasan nya di sisi ALLAH.Semoga orang2 yang macam in cepat sedar dari silap tersebut..

Kapada kita yang biasa2 ni salah satu perkara yang sangat menarik perhatian ialah bazar nya,Pada bulan ini lah segala jenis makanan yang jarang ada dipasaran akan keluar dan dijual oleh peserta bazar,pergi lah kemana2 mesti ada bazar yang didirikan untuk keperluan setempat,Aku biasa mengunjungi bazar2 yang jauh dipendalaman,hanya sekadar merasa indah nya puasa dan indah nya kawasan yang jauh dari bandar.Walau macam mana pun kemeriahan bazar2 dipendalaman sangat berbeza dengan dibandar2 atau pun pekan,.
Salah satu yang mrmikat selera adalah air yang dijual,bermacam2 jenis dan bermacam2 warna.salah satu yang sangat biasa dijual dan menarik perhatian ialah air tuak atau nira dan air kacang soya.Cara2pembungkusan nya memang menarik untuk dibeli dan kerenah penjualnya salah satu sebab pembeli akan tergoda..


Digerai ini lah biasanya ramai pengunjung akan berkumpul untuk menunggu turn,Bau makanan yang dijual boleh dikesan dari jauh.Dan ayam putar ini salah satu yang menjadi rebutan dibazar2.Harganya benar2 boleh tahan, dijual pada kadar rm20 dan keatas bagi satu ekor.
Sebenarnya dibazar2kita boleh melihat terlalu banyak kerenah dari pengunjung yang datang,Ada macam2 aksi yang ditunjuk,kapada aku sendiri,disini kita akan berjumpa dengan rakan2 lama kita yang sudah lama kita tak bertemu,kalau bukan kita yang tak bernasib tu mungkin kapada orang lain.Sangat mudah untuk mengesan nya...


Walau macam mana pun ada juga pengunjung yang datang untuk mengurat,Kegiatan yang serupa ini memang langsung tak baik lebih2 lagi pada bulan ramadan yang mulia..
Kesimpulan nya bazar2 ini didirikan untuk menaikan taraf hidup penduduk setempat dan memeriahkan lagi suasana berpuasa di samping menujudkan peluang perniagaan kapada penduduk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan