As salam,hari ni dah lapan hari umat islam berpuasa,dan diucapkan selamat berpuasa kapada semua,Puasa mengingatkan kita kapada banyak kenangan,kenangan yang sentiasa bermain apabila tiba nya bulan ini,bulan yang penuh keampunan,
Salah satu benda yang menjadi kenangan yang memang sentiasa bermain didalam ingatan aku adalah persediaan orang dulu2 apabila nak menyambut bulan yang mulia ini,Kedatangan bulan ramadan seolah2 dihampar permaidani merah,dimulia dan disebut2.Rumah dibersihkan,laman disapu,segala dibuat dengan sempurna pada kadar semasa itu.Ikan pekasam setempayan disediakan,kelapa siap dikupas dan disimpan,Kopi ditumbuk,gula diisi kedalam tin,Padi sekepuk.Mancis diisi kedalam tin supaya tahan lama..
Kemesraan sesama jiran semakin bertambah,kunjung mengunjung dimulakan sebelum ramadan bermula lagi,Kadang2 tertanya juga mengapakah kita melihat mereka yang dulu2 sangat baik sesama mereka tak seperti sekarang,masing2 membuat hal masing2,Ada yang berpendapat hubungan itu terjadi kerana kemudahan yang ada sangat terhad,TV radio memang jarang2 sahaja yang memilikinya,Jalan raya yang teruk membuatkan pergerakan menjadi terhad,Jadi jiran2 akan berbaik sesama mereka sahaja.........(mungkin jugak fitnah ni,hahahaha)
Pada awal2 lagi kayu api telah dicari dan disimpan rapi dibawah rumah,Segala2nya disediakan seperti nak kenduri.Dimasa dulu2 kemudahan seperti sekarang memang tak ada,Dapur yang paling modem pun hanya lah dapur minyak tanah,itu pun kapada mereka yang benar2 berada sahaja.
Aku sangat tertarik susunan kayu nya,sudah lah sedia dikerat ditudung pula,seolah2 tak mahu diguna,Setelah dilihat dan mengingatkan perkara tersebut mungkin kita akan jadi sayu,kesian kapada orang terdahulu tentang jerih perih mereka menhadapi hidup dimasa itu.Mereka2 yang berumur mungkin sangat terasa tentang kedaifan dimasa tersebut..Walau macam mana pun kata seorang cerdik pandai kita tak sepatutnya menyalahkan zaman kerana zaman yang kita dilahirkan adalah masa terbaik untuk kita,AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan