Sabtu, 13 Ogos 2011

Hehehehe saja-saja je...

Ditepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun disanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

 Diatas adalah sebahagian lirik lagu nyanyian allahyarham p.ramlee.

LIRIK PENUHNYA
Dihari raya terkenang daku kapada sidia,
kampungku  indah nun jauh disana,
ayah serta bondaku
ditepian mandi
danau ku hijau yang damai selalu
nun disana tempat ku bertemu
AKU DAN DIA
Apakan daya masa takkan kembali
hancur musnah lah semuanya
impian yang murni
tinggal menjadi kenang2anku
hanya rangkaian kata dengan lagu
dendang perantau..


Apabila nak masuk syawal kita akan didendangkan dengan lagu-lagu raya yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi baru dan lama.Salah satu yang kerap diputarkan dicorong radio adalah lagu-lagu allahyarham p.ramlee iaitu dendang perantau.

Lagu ni amat menusuk kalbu,terasa tak tentu arah dibuat nya Lebih2 lagi kapada perantau.Bagi aku tak ada lah nak kata apa2 bab menusuk kalbu ni sebab aku tak de lah nak menusuk kalbu (hahahaha).

Yang aku sangat tertarik hati dengan lagu ni adalah tentang lirik kat atas tu,
DITEPIAN MANDI
DANAU KU HIJAU YANG DAMAI SELALU.
Danau tu apa sebenarnya,danau maksudnya satu lengkungan dibumi yang berisi air didalam nya dan disekelilinya adalah daratan,Klu nak senang cerita maksud danau ni adalah tasik.

Contoh2 danau..
Danau sarygamysh,turkemestan

Aku nak menarik perhatiaan ialah macam mana rupa danau yang dimaksudkan oleh allayarham,Tempat itu mesti lah cantik sangat bersesuaian dengan tempat pertemuan AKU DAN DIA,Tak lojik langsung dengan danau sarygamysh yang berada di turkemestan.
Danau toba,indonesia.
 Serasa aku danau toba  pun tak lojik jugak sebab dia dah pun mengaku danau tu kepunyaan DIA.Bukankah danau toba ni hak Indonesia,hehehehe..
volcan irazu,costa rica.
Volcan irazu ni pun langsung tak lojik,akai tak boleh terima langsung.Macam mana AKU DAN DIA nak turun kat bawah tu,Dah lah berbatu teruk,kalau tergelincir luka parah lah nampaknya,silap2 haribulan boleh out terus dan tak sempat nak nikah pun,Dah lah air kat dalam danau tu mcm tu,mungkin ada asid yang boleh melencurkan kulit,huduh pulak DIA tu,ya menyamai dengan lagu tadi adalah warnanya yang hijau. 
Ini danau kat kampungaku,kalau yang ni macam menesabah,lojik untuk mandi manda,Tapi air nya agak keruh banyak pulak rumput kat tepi tu,Kedua2 AKU DAN DIA tu dah lah miang,Dengan rumput ada kat tepi tu akan bertambah lah miang AKU DAN DIA.
Gambar ini tak sesuai pada  pandangan aku sebab ada sikit permodenan.
 
Kalau tempat yang macam ni aku rasa sesuai sikit,Ada tempat duduk,agak menesabah lah,
Aku boleh agak danau yang dimaksud oleh lagu ni,Airnya jernih,mungkin kemerah2an sikit sebab danau yang dimaksudkan tu kawasan yang bertanah,Dipelihara baik sebab kawasan permandian orang setempat.Langsung tak mempunyai unsur2 permodenan,tak ada simen,mungkin bergelegarkan buluh sahaja.Didalam danau terpelihara ikan kalui seperti cerita bawang putih bawang merah.Amat sesuai tempat AKU DAN DIA dan aku dan dia yang lain bertemu.(mengurat lah tu)


Bagi aku lagu ni sangat baik,Lirik nya simple sangat,Tak payah nak pikir apa2,Mudah faham maksudnya,Aku ni tak pernah merantau dan tak tau rasa macam mana berhantunya lagu ni bila didendangkan bila nak raya,Walau macam mana pun terasa juga kapada yang mendengarnya mungkin asakan dari melodinya yang mendayu2....
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI  RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan