Ahad, 14 Ogos 2011

SEBUAH KEHIDUPAN

assalamualaikum,
Aku telah menerima satu mesej dari friend facebook aku yang bertanya ditempat aku  ada tak orang miskin,Beliau ingin membuat program bakti ramadan,satu program menziarah sambil menhulur bantuan yang termampu dengan kapasiti mereka yang ada.Berbekal dari situ aku terkial2 berfikir apa katagori yang dikehendakinya.Miskin yang macam mana kah maksudnya,Nak cari yang miskin memang tak payah langsung,tapi kalau yang amat miskin rasanya memang tak ada.
Dalam mencari2 aku jumpa dengan yang tak bernasib baik seperti di pic yang sempat aku snap,Adakah org ini miskin?Aku fikir ini adalah orang miskin,Walau macam mana pun aku menerima kritikan kerana tak senang beberapa pihak tentang program ini,setelah diterangkan pemberi kritik dapat menerima dengan baik.Biasa yang pengkritik ada mempunyai kepentingan politik mereka.Mungkin mereka merasa malu sebab kampung mereka ada yang miskin dan diketahui olih orang luar.
 Apa yang aku nak utarakan bukan lah bantuan yang diberikan atau siapa yang memberi bantuan,,ada agenda tetentu atau pun tak.Yang aku maksudkan  adalah orang miskin tu sendiri,SEBAB APA MISKIN SAMPAI MACAM TU.Bodoh ke bunyi statement aku ni,Kalau nak jawab dengan mudah tentu lah kita kata macam ni,DAH KEHENDAK ALLAH.Tapi tuhan memberi kita akal dan fikiran,memberi daya dan sebagainya.Bukankah ada satu ayat yang bermaksud,"tuhan tak kan mengubah nasib seseorang melainkan kita sendiri yang mengubahnya"
Ada orang kata orang miskin seperti ini ada beberapa golongan,Yang pertama pemalas.kedua yang sentiasa mengharap yang ketiga memang benar2 tak bernasib baik.

Golongan ketiga patut dibantu,mereka telah berusaha bermacam2 cara tapi nasib memang tak menyebelahi mereka.Biasa nya mereka2 ini akan sentiasa berusaha sedaya upaya,Mereka2 ini kalau diberi sedikit bantuan biasa nya mereka dapat lari dari kemiskinan mereka.

Aku banyak mendengar cerita katagori pertama dan kedua,Mereka2 ni memang benar2 pemalas,kalau diberikan modal untuk berniaga,mereka akan habiskan begitu sahaja,Kalau ada program2 yang nak menaikan ekonomi, biasanya mereka payah nak ikuti,Kalau kita nak berbahas dengan dia orang ni,memang tak kan menang kita,ada je hujah dia orang nak menghalalkan  mereka,Individu macam ni sama dengan watak p.ramlee dalam cerita nujum pak belalang..

Contoh terbaik mereka yang sentiasa mengharapkan bantuan,adalah pemberian wang ehsan kapada penduduk kat terengganu ni,Dua bulan lagi duit tu akan dapat mereka akan berungut2 tentang kelambatan pemberian tersebut,padahal dengan sekadar wang ehsan yang sedikit tu kalau mereka berkerja tah berapa ribu yang mereka dapat,Kerja yang ada kat tempat aku ni tak lah payah sangat,Contoh2 kerja yang ada tempat aku ni seperti menoreh getah, sabit sawit, bertanam,kerja buat rumah,kerja kontrik,kerja ladang dan banyak lagi.Kalau orang Thailand dan Indonesia boleh hidup dan pendapatan sehingga beribu2 ringgit sebulan mengapa tidak mereka2 ni,Dalam pengetahuan  aku sendiri, orang Thailand dapat sehingga 8ribu sebulan dengan hanya menoreh sahaja,Nah disini malas nya orang2 tersebut.

Walau macam mana pun penerima bagi program kawan facebook aku tu memang benar2 miskin.Aku telah bertanya dan selidik supaya pemberi tak kecewa bimbang kut terkena yang jenis nombor  satu dan dua,Penerima berkerja sebagai jaga disebuah sekolah dan dimasa2 tertentu berkerja menoreh getah dikebun orang kampung tersebut.Dimasa sekarang dia mendapat bantuan dari jabatan ugama islam untuk membuat rumah,Rumahnya dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung dibelakang rumahnya yang ada sekarang,Semuga beliau dapat lari dari kemiskinan yang ada...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan