Assalamualaikum...
Kita dah dekat nak raya.Bila nak raya kita akan dengar banyak cerita tentang raya,kueh raya,baju raya,sembahyang raya,duit raya yang paling menyayat hati adalah kemalangan jalan raya.
Yang paling menarik pada fikiran aku ialah cerita2 orang nak balik raya ke kampung,Ada2 tu sampai berkelahi suami isteri sebab nak balik kampung.Kampung isteri kah atau kampung suami.,Padahal balik kampung bukan lah sesuatu besar kalau nak dibandingkan dengan ibadat puasa,Balik lah kekampung mana pun asalkan mendapat keredhaan ALLAH,Aku ada dengar jugak ada yang berpatah arang berkerat rotan kerana kes nak balik raya ni
Aku tak lah nampak sangat hebatnya balik raya kat kampung kalau nak dikira dengan perbalahan dan sengketa yang terjadi kerana nya,Apa lah sangat yang dikejar kat kampung, tak ada benda apa pun jugak, saja je buat heboh dan sibuk untuk beraya dikampung.Kalau macam tu tak boleh balik lah perantau ni?Boleh!!! Ni kan kampung mereka,:)
Aku perhatikan budak2 perantau yang balik kampung tak hirau pun kapada kita yang sedia ada kat kampung,Kapada aku ni tak kisah lah, tapi aku perhatikan kapada yang lain pun sama jugak,kalau yang tua2 tu lebih2 lagi lah tak dihirau oleh budak2 perantau ni.
Kalau orang tua ni,aku pikir perantau2 yang balik tu tak usahkan nak bersalam,tenguk pun tak sudi..
Berjerbek, buat apa!!!
Disini lah kita kena ingat kita pun macam ni jugak kalau dipanjangkan usia,
Orang tua ni telah melepasi tahap dia sendiri,ketahanan dia ni sudah pun melepasi yang sepatutnya,mungkin kita tak kan dapat sampai ketahap dia,oleh itu kunjungi lah dia...
Pengkalan mandian yang telah lama ditinggalkan,sungainya masih mengalir seperti dahulu cuma sudah tak ada yang mengunjunginya,Kadang2 sedih juga apabila aku mengunjunginya jarang2 sekali,Mungkin atas sebab2 ini lah perantau2 sampai berkelahi hendak pulang beraya dikampung.. .
Statement aku kat atas merupakan sebahagian kecil dari ramai2 perantau yang balik beraya dikampung,Masih ramai yang pulang dengan ikhlas,Masih ramai yang mengunakanya untuk memenuhi kehendak harinraya.
Ada jugak yang pulang beraya ni untuk memperingati kenangan yang mereka kecapi semasa mereka tinggal kat kampung,Tempat mereka berkubang dan menimba ikan,hehehe
Aku paparkan gambar2 yang mengembalikan ingatan masa lampau perantau2
Sungai ini yang mungkin membawa macam2 kisah...
Kampung ku yang indah dan permai,yang mengalir sungai ini ditepinya.
Gambar2 kat atas adalah kawasan statejik kat kampung aku yang banyak meninggalkan kenangan kapada mereka yang lama tak balik ke kampung.
Ada orang kata seronok nak balik kampung ni ada yang sampai tak makan dan tidur.Tah apa yang dikejarnya aku pun tak reti.Walau macam mana pun aku berharap semua yang balik kampung tu dapat lah memenuhi tuntutan balik kampung,Kunjungi lah yang tua2 yang usia nya masih lagi bersisa.Dapat berkenal-kenalan sahabat taulan waris warah...
Satu perkara yang sangat harus di peringatkan supaya perantau2 ni dapat balik dengan selamat,Jangan lah terjadi perkara yang tak diingini,Beraya hanya lah sebahagian dari minit hidup kita,Jangan lah terkejar2 benda yang tak sekian mana.Keselamatan diri mestilah sangat2 dititik berat,...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan