blog ini aku catitkan sekadar ingin berkongsi apa yang aku lakukan,apa yang aku dengar,apa yang aku faham,apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir, tiada berhajat kapada apa-apa kecuali ingin kepuasan diri semata-mata....
Isnin, 8 November 2021
Bunga dalam hutan.
Khamis, 21 Oktober 2021
CATITAN PERJALANAN KE-PULAU KAPAS,SELEPAS PKP TAMAT
Pada mula nya aku nak bagi tajuk makan angin ke pulau kapas,dalam bahasa inggeris,bila aku guna google terjemahan,maka nyer terbit perkataan ni,EAT THE WIND OF THE COTTON ISLAND,Macam pelik je terjemahan tu,jadi aku bagi tajuk seperti yg diatas,hehehehe...
Pulau kapas terletak dalam daerah marang terengganu,Jauh pulau kapas dengan tanah besar sekitar 6 km sahaja,Pulau kapas panjang nya dalam 2.4 km dan lebarnya 1 km tempat yg paling lebar,bentuk pulau kapas macam karipap yg kena goreng,hehehehe.
Untuk sampai ke pulau kapas hanya mengambil masa sekitar 10 minit dengan menaiki bot laju yang disewa dari pengusaha bot kepulau kapas.Pulau kapas merupakan salah satu tempat perlancungan yang terkenal. Pulau kapas merupakan sebuah pulau yang tiada penghuni.Banyak juga kemudahan yang disediakan oleh syarikat2 yang diberi amanah untuk perlancungan.Ada chalet,Ada surau,wakaf2 disediakan,tempat berkhemah,ada kedai makan yg mahal jualan nya,Kalau orang miskin memang tak payah pergi kepulau ni,Kalau nak pergi juga mesti bawa bekalan dari rumah,Kalau tak bawa bekal dari rumah memang tak mampu nak beli makanan kat pulau ni,Kebulur lah nanti..Mahal disini hanya kapada aku sahaja mungkin tidak kapada orang lain.Pendapat aku tentang pulau kapas ialah,kita tak sepatutnya pergi sampai dua kali kepulau ni,sebab tak ada mender pun,Yang ada hanya pantai putih,air laut tu je yg ada,kemudahan macam nak tak nak sahaja,wakaf hanya ada beberapa buah sahaja,kemudahan tandas memang menyakitkan,tak ada air yg cukup..
Selain itu kemudahan untuk hiking tak ada lansung,Pulau kapas ada tempat hiking yang agak terkenal iaitu batu singa dan batu kapal,Tempat ni memang sangat curam,ada laluanya sehingga 80 darjah tapi tak ada tempat berpegang sama ada tali atau pagar,Mungkin juga tempat ni tak digalakan untuk pergi, sebab tu lah kemudahan tak dibuat,Bagi aku lah tempat mcm ni mesti dibuat kemudahan kerana tempat ni sangat laris untuk dikunjungi.
Tambang bot pula berdasarkan kapada pakej yg kita ambik,Pada asas nya tambang bot ialah RM50,Pakej lain yg ditawarkan ialah snorkling,hiking dan beberapa lagi perkhidmatan,Setiap perkhidmatan itu dikenakan bayaran sebanyak RM10..,Syarikat bot yg aku ambik ialah Ombak kapas...ok perkhidmatan nya..Selain itu harga chalet untuk sewaan bergantung atas kecik besar chalet,mewah dengan yang biasa,mewah pun tak lah sekian mana,..
Syor aku ialah,sepatutnya pihak pengurusan buat trek untuk hiking dari sepanjang puncak pulau kapas yg panjang 2.4 km.Bina tempat persinggahan setiap 500 meter untuk berehat,selain tandas dan surau...Tu je lerrr dari aku..
Pada 16-10-2021 aku pergi kepulau kapas,Pergi pun hanya daytrip je,Aku pergi dengan team one family,One family ni team keluarga aku yang terdiri dari ahli keluarga aku sendiri,Seramai 18 orang peserta telah ambik bahagian..Team one family ni bukan sekadar pergi tempat2 macam ni je tapi daki gunung,main motor,Main air sungai seperti berkayak dan sebagai nya yang berbentuk bermain....Pada pukul 8.00 pagi naik bot,8.15 pagi sampai,selepas tu kegiatan bebas,ada yang mandi ada yang hiking..Pada 5.00 petang bertolak balik..
SEKIAN
GAMBAR2 DAN VIDEO2
Sabtu, 7 Ogos 2021
Aku takut cocok vaksin covid
Selasa, 23 Mac 2021
Hiking gunung sarut 1229 mdpl.
Gunung sarut terletak dihulu Setiu Terengganu iaitu dikampung payung Setiu.Tinggi gunung sarut ialah 1229 mdpl, Gunung sarut boleh dikatakan sebagai gunung yg sederhana sahaja.Untuk mendakinya tak lah susah sangat.Siapa sahaja boleh daki gunung ni asalkan boleh berjalan, asalkan ada kemahuan dan minat,budak2 yg berumur 10 tahun pun boleh daki gunung ni asalkan dibawa oleh ibu bapa mereka..Had umur untuk daki gunung sarut lansung tak ada,50 thn kah,60 thn kah atau 70+,Jadi gunung sarut boleh didaki oleh sesiapa saje.
Laluannya menegak dari 30 darjah hingga 60 darjah sahaja dan kebanyakan kecerunan nya lebih kurang dalam 35 darjah purata.Permulaan pendakian gunung sarut ialah pada 850 mdpl.Laluan sebelum nya utk kegunung sarut Bkn lah gunung sarut pada keseluruhannya,Laluan yg digunakan ialah bukit2 yg ada namanya yg tersendiri.Hal itu telah diberitahu kpd aku oleh guide kami..Gunung sarut berdiri ditapak nya sendiri dgn bergaya walaupun dulunya disokong oleh bukit2 yg lain
Tempat yg menarik dilaluan gunung sarut ialah blue pool,blue pools sebuah kolam yg berwarna biru.dia berdiri disebuah aliran sungai yg bernama sungai payung anak..Selain itu ialah melalui bukit bonsai,bukit ini ditumbuhi oleh pokok2 yg kecil dan rendah2,pemandangan disini boleh dikatakan menarik..Rasa sangat berlainan dgn suhu dingin yg sederhana..
Atur cara hiking gunung sarut dgn team One family.
Day One 21-3-2021
1) start mendaki pada pukul 8.45 pagi dgn 15 org peserta,di jambatan gantung air terjun payong
2) pada pukul 10.00 pagi sampai diblue pools
3) Sampai di kem bonsai pada pukul 2.14 petang
4) bermalam untuk day One.
5) menikmati malam dikem bonsai yg indah dan sejuk,kem bonsai diparas 850 mdpl,kem bonsai boleh dikatakan sebagai island in the jungle..
Day two..22-3-2021
1) seawal jam 6.30 pagi mendaki untuk tgk matahari terbit.
2) Sampai puncak gunung sarut 1229 mdpl pada pukul 8.30 pagi.
3) bertolak dari atas gunung ke kem bonsai pada pukul 9.20 pagi
4) sampai kem bonsai pada pukul 10.50 pagi
5)bertolak balik pada pukul 11.30 pagi..
6) sampai di blue poll pada pukul 2.00 petang..
7) bertolak dari blue poll ke jambatan gantung pada pukul 3.10 petang
8) sampai dijambatan gantung pada pukul 3.40
9) bersurai dan balik rumah pada pukul 4.00 petang.
Perincian perjalanan.
1) lapan empat lima pagi bermula dijambatan gantung air terjun payung.kecerunan kat sini hanya 10-20 darjah..Pada pukul 10.00 pagi sampai di blue pool,blue pool ada lah salah satu penanda dipendakian gunung sarut.. Biasanya kat sini,pendaki2 akan bergambar dan melihat kebiruan kolam blue ni.
2).10.15 pagi meneruskan perjalanan,pada peringkat ini lah pendakian benar2 memenatkan kerana kecerunan nya boleh dikatakan gila juga,Kecerunan dalam 30- 60 darjah..Keseluruhan pendakian ini dalam 2.5 km menegak,Sikit2 je landai..
3) Selepas melepasi 2.5 km pendakian yg tak ada ampun nya,tiba dikawasan yg agak melandai dan ada pulk laluan nya menurun, tapi yg banyak mesti lah menaik,Laluan ini pula dalam 2 km.Kat sini lah hutan bonsai,tiba disini pada pukul 2.15 petang,Kat sini lah tempat untuk bermalam,Biasanya pendaki2 akan buat mcm tu,tapi ada juga pendaki yg buat pendakian sehari tanpa tidur di kem bonsai.Kem bonsai ini boleh dikatakan sebagai "island in the jungle" sebab tempat nya tu...Kat hutan bonsai ni ketinggian nya 850 mdpl..Keseluruhan pendakian pada hari pertama dari bawah hingga kem bonsai ialah 5 jam 20 minit,sejauh lebih kurang 6.5 km..
4) Start mendaki pada hari kedua dari kem bonsai ialah pada pukul 6.30 pagi,Kecerunan laluan ini hingga puncak dalam 30-40 darjah untuk dua kilo meter yg pertama,Selepas itu merupakan laluan puncak yg kebanyakan kecerunanan nya dalam 10 darjah sehingga puncak 1229 mdpl.Sampai puncak pada pukul 8.30 pagi..Pendakian dari kem bonsai hingga puncak melalui hutan bonsai yg cantik menawan..Seluruh pendakian hari kedua dalam 3 km
5) Turun dari 1229 mdpl ke kem bonsai pada pukul 9.10 pagi,Bertolak balik dari kem bonsai kebawah pada pukul 11.30 dan sampai ke blue pool pada pukul 2.00 petang..Dari blue pool hingga sampai rumah,masa nya tak boleh diambik kira lagi sebab di ruangan ini dah banyak bermain,mandi2,minum kat kedai dan santai2 dengan guide yg hensen dari kampung payung.
Kesimpulan pendakian dan penurunan:
1) pendakian 7 jam 20 minit
2) Menurun 4 jam...
Jarak antara jambatan gantung hingga puncak gunung sarut lebih kurang 9.5 km,Jarak diambik mengunakan aplikasi strava...
SEKIAN
dalam hutan bonsai
Jumaat, 19 Mac 2021
aku terpesona dengan bukit maras..
Bukit maras terletak di batu rakit daerah nerus terengganu.Tinggi bukit ni 329 mdpl,Walau pun setinggi itu tapi pendakian nya setinggi lebih dari 300 mdpl kerana permulaan pendakian diketinggian 14 mdpl..Bukit2 yg lain yg terletak jauh dari laut biasanya tempat mula daki ditempat yg sudah tinggi seperti bukit2 dihulu2.Laluan dibukit maras ialah jalan tanah merah atau jalan kekebun kerana disepanjang laluan nya terletak kebun2 penduduk berdekatan.Panjang laluan ini ialah lebih dari 3 km sehingga puncak.Kecerunan sepanjang laluan ialah 30 darjah hanya ada tempat2 kecerunan nya dalam 40 darjah..Dilaluan nya ada tempat rehat dan gerai,sekurang2nya ada satu gerai dipertengahan bukit,Gerai yg sangat menarik..Dipuncak ada penjual yg berniaga,agak2 nya penduduk tempatan,Jualan berupa makanan ringan dan minuman,Standard lah,Bukan nak jual kereta kat atas bukit..
Ini lah warung yg aku maksudkan,Ada macam2 juga jualan kat warung ni,Seperti air minum dan coklat2,Jeruk pun ada..Best sangat.
Aku kebukit maras pada 18-3-2021.Masa yg aku abik untuk kepuncak bukit ialah satu jam lima minit,Dah kira ok tu sebab kat pertengahan perjalanan banyak berhenti2 serta melencung tenguk batu kajang,Kat batu kajang pun dah ambik masa sedikit,Menarik juga batu kajang ni sebab keadaan batu yg bersandar macam tu,Agak2 nya siapa lah yg tolong sandarkan batu tu,Mungkin mat asan kelembai atau jin..hahaha.
Pada aku bukit maras mempunyai pontensi besar untuk maju kerana senang untuk pergi dan mempunyai banyak kelebihan..Salah satu kelebihan ialah kita akan dihidangkan dengan pemandangan yg sangat indah,Laut china selatan terbentang luas dengan menampakan pulau2 yg popular seperti pulau redang,pulau bidong dan pulau kapas yg sayup2 kelihatan.Selain itu boleh juga santai2 mendaki sambil minum2 digerai yg ada walau pun tak mampu untuk kepuncak,(orang tua2 lah ni hahaha)..Selain itu bukit maras sangat sesuai untuk berkhemah sambil menikmati permandangan malam bandar kuala terengganu yang indah..Kapada aku gerai ditengah2 perjalanan sangat indah,menarik sangat,aku rasa macam nak tidur kat gerai tu,Kat situ plk ada aliran air yg jernih..Kira nya cukup pakej hendak dinamakan sebagai sangat menarik..Begitu lah cerita aku tentang bukit maras pada pandangan aku..Sekian
Rabu, 10 Mac 2021
Hiking bukit tok gunung...765 mdpl
![]() |
Bukit tok gunung dilihat dari atas jambatan kampung dusun |
Selasa, 9 Mac 2021
Hiking bukit tawang 605 mdpl
Bukit tawang terletak dikampung kuala pueh.Kuala Berang terengganu..Tinggi bukit tawang 605 mdpl.Walau pun hanya setinggi itu, untuk mendaki nya sangat memenatkan, Bahagian atas bukit tawang ialah tanah kerajaan tp bukan hutan simpan,Tanah dipinggiran bukit nya kepunyaan penduduk kampung.Pada 100 meter di bahagian atas nya,laluan tersangat nipis lebih kurang hanya 2 meter sahaja sedang kan kecuraman dikedua2 belah laluan sangat curam,70 hingga 80 darjah yakni macam dinding bangunan..Kalau ketiadaan pokok menjadi sangat sulit untuk melaluinya.Kalau tiada pokok yang mengabui mata,sangat mengerunkan.
Bukit tawang dilihat dari jauh
Pendakian bukit tawang mempunyai tiga peringkat,Peringkat pertama ialah laluan dalam tanah rancangan felcra dan tanah orang kampung..Laluan nya macam dalam kebun2 biasa.Dilaluan ini boleh dilalui dengan kereta sehingga kekaki bukit tawang.Jarak dalam satu kilometer lebih2 sikit.
Laluan yang kedua ialah laluan jalan balak lama.Laluan balak boleh dilalui oleh pancuan 4 roda dan motosikal yg sesuai.Kecerunan laluan balak antara 20-30 darjah.Panjang laluan ini jgk dalam sekilo meter lebih2 sikit.Laluan balak ini dah cukup memenatkan tapi kalau mengunakan motosikal atau pancuan 4 roda mungkin kepenatan daki bukit tawang boleh diselesaikan separuh2..hahaha
.Laluan ketiga ialah laluan hutan,Laluan hutan mempunyai kecerunan antara 40-50 darjah.Laluan hutan sangat memenatkan walaupun laluan nya tak lah panjang sangat untuk mencapai puncak..
Dibawah pencawang TNB.Kat sini boleh dikatakan hampir separuh utk capai puncak
Pada pandangan aku bukit tawang akan menjadi tarikan baru untuk pendaki2.Bukit tawang merupakan sebuah bukit yang sederhana.Sesuai didaki oleh ramai orang yg sihat.Orang yang mempunyai penyakit memang kurang sesuai.hahaha.Kalau orang sakit lebih baik duk dirumah je,layan sakit...hehehehe..
Baru2 ini aku dan team keluarga aku telah mendaki bukit tawang.Team keluarga aku dinamakan sebagai One Family.Semua peserta terdiri dari kelurga aku sahaja.Team kelurga aku tak ingin mendaki kalau ada orang asing yg mendaki disebabkan malu,hahahaha..Malu bermaksud tak ingin menyusahkan peserta lain yg gagah perkasa,Malu maksudnya takut kena tinggal, Kalau dengan keluarga sendiri tak jadi masalah untuk lambat atau pun cepat,Ikut suka untuk berehat walaupun banyak kali, Tak jadi masalah kalau nak berehat selang beberapa langkah.
Pergi ramai2 ni memang suka,lebih2 lagi dengan kelurga,tiada tekanan..
Atur cara pendakian aku dan team One Family..
1) Bermula dekat pejabat felcra kampung kuala pueh pada pukul 8.32 pagi..Naik motor dan pancuan empat roda didalam rancangan felcra kg kuala pueh sehingga kelaluan balak dikaki bukit tawang....
2) Mendaki dilaluan balak sehingga ke pencawang TNB..Sampai betul2 disempadan laluan hutan dibahagian atas pada pukul 9.40 pagi..Pendakian ni berkecerunan dalam 20-30 darjah.
3) Mula mendaki laluan hutan pada pukul 9.45 pagi setelah rihat sekejap..Dilaluan akan melintasi jendela pandang dan permatang palas.Laluan ketika ini dalam 40-50 darjah..Permatang palas boleh dikatakan sesuatu yang menarik kerana banyak nya pokok palas yg tumbuh,mungkin dibukit2 ada pokok palas tapi tak banyak yg berkumpul seperti dibukit tawang..Kamcing sangat pokok2 tu antara satu dengan lain...hehehe.
4) Sampai kekemuncak pada pukul 11.10 pagi..
5) Setelah menikmati awan putih yang menghiasi alam serta kabut tebal kerana hujan turun dengan lebat,Kami menuruni bukit tawang pada pukul 12.00 tengah hari..
6) Sampai dikenderaan pada pukul 1.30 tengahari
7) Makan didalam hujan serta mandi manda dilata dibawah bukit tawang..
8) Bertolak balik pada pukul 3.00 petang..(Punya lah lama makan dan mandi manda diair yg keruh ditengah hujan)..
Air terjun dikaki bukit tawang..Air terjun ni menjadi salah satu tempat yg mesti disinggahi bila mendaki bukit tawang.Biasa nya guide akan bawa ketempat ni setelah aktiviti mendaki tamat,tapi sayang tempat ni tak ada kemudahan asas lansung,mungkin tiada kemudahan asas disebabkan tempat ni masih sangat baru..Harap pengurusan akan buat sesuatu...
Untuk kebukit tawang memerlukan perkhidmatan guide,Sangat penting mengunakan khidmat guide kerana untuk keselamatan dan menempuh tanah orang kampung.Biasa nya guide orang tempatan yg mahir dibukit tawang.Bayaran guide boleh ditentukan dengan guide sendiri,mungkin ada tawar menawar dengan sebab2 tertentu,Team aku ni kena rm 10 untuk seorang,Kami pergi seramai 20 orang..Oleh kerana bukit tawang hanya tanah kerajaan yg bukan hutan simpan,kelulusan pejabat hutan tak perlu...
One family diatas puncak bukit tawang..
Perjalanan pendakian mengambil masa 2 jam 40 minit dari pejabat felcra kuala pueh sehingga puncak..Menuruni bukit mengambil masa selama 1 jam setengah.Semua pendakian dan menuruni bukit didalam hujan yg lebat,Masa yang diambil mungkin sangat lewat dari pendaki2 yg gagah perkasa.Mungkin pendaki2 lain boleh buat masa yg lebih cepat,mungkin sejam setengah atau lebih cepat lagi,Bagi aku masa dua jam 40 minit itu dah cukup cepat..Semua pendakian yg tak termasuk mengunakan kenderaan mungkin dalam tiga kilometer...Sekian cerita hiking bukit tawang...
Jumaat, 5 Februari 2021
aku sebagai contact rapat covid 19..
Sebulan yang lalu hulu terengganu merupakan daerah yg tak ada jangkitan covid 19 .Hulu terengganu dapat bertahan sehingga ke tarikh itu tanpa covid 19,Covid 19 telah ada dihulu terengganu bermula dari seorang pelajar disebuah pondok yg pulang ke kampung nya diselangor tp ada yg kata pelajar itu telah mengikut rombongan dakwah ke sebuah markas mereka diselangor.Rombongan itu balik ke mukim aku pada hari selasa 5-1-2021.Seramai 5 orang dari tempat aku sendiri merangkap kawan aku sendiri,Di tarikh itu penduduk kampung aku serta aku sendiri tak tau apa2 tentang rombongan tersebut dan khas nya seramai lima orang kawan aku.Cuma dari pihak penduduk kampung tahu yg semua mereka berlima telah menyertai rombongan balik keterengganu dari selangor,Ramai yg berjaga2 tapi ramai yg tak tau cerita lima orang yg balik dari selangor,
Yang berkaitan sangat dengan aku tentang tajuk kontek rapat ialah diketika aku kekedai untuk berkopi nescaffe,Kat kedai tersebut salah seorang dari lima orang ada dikedai tersebut,Aku tak kisah sangat bab kawan aku ni,aku tak syak apa2,bercakap seperti biasa.Masa tu hari kamis 7-1-2021,tarikh itu pkp dan dharurat belum lagi diumumkan.Kali pertama aku berdekatan dengan salah seorang yg baru pulang dari selangor,kali kedua pada hari jumaat ketika solat jumaat yakni 8-1-2021..Masa tu aku masih tak tau lagi status covid 19 nya.Pada hari sabtu pecah lah berita mengatakan kelima2 kawan aku telah diminta kehospital untuk saringan covid 19 kerana ada beberapa orang dalam rombongan bas yg balik dari selangor telah positif covid 19..Pada hari isnin dapat lah berita yg mengatakan tiga dari lima orang kawan aku telah positif covid 19..Salah seorang yang positif ialah yg paling rapat dengan aku..
Masa aku tahu cerita tu aku macam seolah2 nak demam,tekak rasa sakit walau pun lansung tak sakit.Badan rasa lemah lesu walau pun masih gagah perkasa,Aku talipon kesana kesini bertanya kabar tentang sikap kawan aku yg juga rapat dengan kawan yg positif,Ramai sebenarnya yg rapat,maklum lah dah dikedai tentu ramai kontak nya,tiga plk yang positif.Macam2 cerita yg keluar,ada yg cakap akan disaring beberapa buah kampung,kerana yg positif telah berjalan merata2 sehingga sampai kebandar.,BESAR PUNYA CERITA..Aku semakin mengeletar takut,lagi pun aku memang takut kehospital,aku takut kena cocok dan aku tak pernah sampai pun kehospital untuk terima rawatan kerana aku memang tak pernah sakit,sehinggakan sampai aku tua ni pun aku masih tak ada kad hospital,kalau aku deman2 je,aku keklinik swasta,aku kehospital pun kerana bawak mak aku menerima rawatan bulanan nya,tak lebih dari tu.Dimasa sekarang ni pun,masa aku karang cerita ni,aku telah berkira2 macam mana aku nak terima vaksin corona virus yg akan diberikan seluruh penduduk malaysia sehinnga march tahun 2022 ni,,Aduhhh takut betul aku kena cocok.
Berbalik kapada cerita aku...Setelah yakin kawan aku positif dan ditahan dipusat kuaratin,aku talipon kawan aku yg berkerja lansung pasal covid 19..Dia menerangkan prosedur yang berkaitan dengan covid..Dia cakap,setelah covid positif kapada seseorang,orang yg kedua yang akan disaring/swab ialah ahli keluarga yg positif,kalau ahli keluarga juga positif,orang yang akan disaring lagi ialah kontek rapat nya,salah seorang kontek rapat itu ialah aku dan ramai lagi..Begitu kata nya ,kawan aku menasihatkan aku supaya berkurung dulu,jangan rapat dengan sesiapa sehingga langkah di ambik oleh pihak KKM,KKM tau apa nak dilakukan nya.Kawan aku juga bertanya,berapa hari kah aku rapat dengan kawan yg positif,Aku cakap dah lima hari,Dia juga tanya sama ada aku ada sakit tekak,demam,batuk2,Aku cakap tak ada dan sememang tak ada pun..kawan aku meminta bersabar sehingga diberitahu kemudian oleh pihak KKM,Kawan aku jgk cakap dalam masa sepuluh hari covid akan ada simpton nya kalau dlm masa tersebut tak ada simpton,kita tak dijangkiti..Masa yang benar2 tepat ialah empat belas hari....
Oleh kerana rasa takut dengan covid,ada dari kawan aku serah diri kat pusat covid kat tempat aku ni,Serah diri untuk disaring dan sebagainya.Dipusat covid mesti dah sedia maklum akan semua kes,Doktor kat situ menyuruh kawan aku balik je dengan nasihat kurang kan rapat dengan sesiapa walaupun tak tau status covid,berjaga2 dahulu..
Dalam aku kuaratin diri sendiri tanpa disuruh oleh KKM aku dapat berita yg keluarga yang positif semua nya negatif kecuali seorang dipakai gelang putih,Pada waktu aku terima berita tu,aku dah masuk sembilan hari rapat dengan kawan aku yg positif..Dengan cerita tu aku yakin aku tak kena jangkitan,Bukan aku saja tapi semua kawan2 aku yang lain.
Pada hari ini 5-2-2021 iaitu sesudah dua puluh lapan hari aku rapat dengan positif covid, semua yang positif telah ada dirumah,maksudnya dah boleh balik,mungkin dah sembuh..Walau macam mana sembuh pun aku tenguk tak ada orang yg dekat dengan kawan aku tu,termasuk dengan aku juga.Walau pun sadis tapi hakikat mesti diterima,bak kata kawan aku yg kontek rapat,
"saper suruh mu gi tempat zon merah,kesihatan orang lain kena jaga juga,jgn mementingkan diri sendiri,"
Bab ni aku malas nak cakap apa tp menurut kata seorang doktor:
"kita jangan sesekali pulaukan orang yg dah sembuh dari covid,kerana orang dah sembuh itu pasti tak akan jangkitkan virus kpd orang lain,kita hendak lah risau kpd orang yg kita tak tau status nya,".Dr malar santhi...
SEKIAN...
Khamis, 4 Februari 2021
SOP Pkp yang berat sebelah...
Yang jadi tanda tanya aku ialah tentang SOP nya,Kapada aku SOP yg dilaksana kan sangat berat sebelah.SOP nya plk sangat bermacam2,Sekali begitu dan sekali plk begini.Berat sebelah maksudnya tak adil.Sop yg menjolok mata kpd aku ialah kehadiran ke masjid untuk menunaikan solat,sama ada untuk solat berjemaah atau solat jumaat,Ada aku dengar solat Jumaat dihadkan makmumnya hanya 40 ahli jemaah je,yakni cukup bilangan.Solat berjamaah nya plk ada yg kata 5 org ada yang kata 12 org pada satu2 waktu..Pergi bersolat diminta supaya mematuhi SOP dengan sebaik2nya,dikawal plk oleh angota rela,ada masa nya plk anggota polis pun ada untuk memantau orang yg bersolat,sama ada patuh atau tak patuh SOP,Kalau tak patuh masjid akan ditutup,Terdengar mcm menjadi salah yang besar apabila hadir kemasjid,Ada yg cakap macam negara israel plk.Setakat ni aku tak dengar lagi masjid ditutup kerana para jamaah melanggar SOP.Mungkin sbb patuh lah masjid tak jadi masalah.. Dimasa yang lain SOP pkp lansung tak dipatuhi terutama nya dikedai2,dipasar2 atau tempat yg ramai orang,Warga berpusu2 untuk berbelanja,sedangkan masjid di had kehadirannya..Apa salah nya masjid dibuka macam biasa semasa solat jumaat atau solat jamaah,Kedua2 solat tu mengunakan masa yang sikit,terutama solat jamaah,lagi pun solat jamaah berapa kerat sangat ahli jamaah yg hadir,kalau dikampung2 biasa nya dalam 20 orang sahaja jamaah yg hadir,sehabis ramai pun hanya 50 orang,tu pun masjid yg benar2 maju.Solat jumaat pun begitu jgk,walau pun jamaah ramai tetapi untuk mengerjakan solat jumaat supaya jadi pendek,imam dan bilal boleh ejas,contoh nya,baca khutbah singkat,imam berimam,baca ayat yg pendek2,doa pun pendek2..rasa nya tak sampai 30 minit solat jumaat boleh selesai..Solat berjamaah lagi lah boleh ejas
Ada orang cakap,SOP dimasjid2 diketatkan sebegitu rupa supaya intitusi masjid dijaga,dibimbangi akan ada virus corana tersebar dikalangan orang yang pergi masjid,dibimbangi plk akan ada kluster masjid,Dengan ada kluster masjid,nama ugama akan tercemar,Imej ugama mesti dijaga,Tapi bagi aku kalau SOP lain dibiar sebegitu longgar apa salah nya kedatangan masjid untuk bersolat jumaat dan jamaah dibuat seperti biasa kerana aku yakin ahli jamaah akan jaga dengan sebaik2nya tentang tata tertib dimasjid,Dah dari dulu lagi semua ahli jamaah yang nak datang masjid mesti ambik air sembahyang dirumah,bawa sejadah sendiri,pakai masker,SOP jarak,Aku yakin semua akan selamat.
Sepekara lagi tentang kegiatan masjid iaitu tazkirah dan kelas semasa menunggu isyak,apa salah nya kalau diadakan seperti biasa,biasa nya yg datang masjid hanya beberapa kerat sahaja,Semasa ceramah diberikan,jamaah nya boleh jaga jarak,bukan semeter lagi dah tapi bermeter2 jauh nya dari seseorang,dah lah duduk berjarak,pakai masker plk tu..Kadang2 aku pikir takut yg tak bertempat...Sekian,
Catitan; hanya pendapat aku je,tapi ramai yg berpendapat macam tu,ada yg cakap,klu nak mati masa solat berjamaah,apa salah nya,hahahahaha...maaf banyak2 kalau ada yg tersinggung...
Khamis, 28 Januari 2021
berkayak disungai tersat
Sabtu, 23 Januari 2021
mak aku dan ubat sakit lutut..Doxte joint
Aku pernah cerita tentang sakit mak aku pada penulisan yg lepas,sakit nya ialah sakit kurang darah atau anemia,Tanda2 sakit kurang darah ialah lesu seluruh badan atau tak larat,mencucuk2 disebahagian badan,Cara mengubatnya sangat senang iaitu dibawa ke hospital dan masukan darah.Setelah masuk darah,semua nya ok..untuk mengekalkan darah supaya cukup,pemakanan mesti dijaga,dengan memakan makanan berkhasiat,Yang berkhasiat ni lah yg aku tak faham,aku pikir makan dgn banyak itu pun boleh menyokong sakit kekurangan darah..Walau macam mana pun sakit kekurangan darah merupakan satu jenis penyakit,makan banyak atau makan sikit dan makan berkhasiat atau tak,penyakit ni mesti akan datang kembali,bukti nya mak aku dimasuk darah pada bulan 7 tahun 2019 dan dimasukan darah plk pada bulan 7 tahun 2020,Makna nya setahun sekali,untuk tahun 2021 ni tak sampai masa lagi,lagi 6 bulan.
Isnin, 18 Januari 2021
hiking bukit jalin..
Bukit jalin terletak dikampung lebak..Kampung lebak terletak diulu terengganu.Tinggi bukit jalin hanya 133 mdpl.Diceritakan kawasan bukit jalin kepunyaan pusat daging tersat tapi ada juga yang cerita bukit jalin kepunyaan jabatan bekalan air negeri terengganu.Mana satu yang betul walahuaklam,Pening kepala kalau ambik cerita dari sumber yg tak pasti..Dibukit jalin ada sebuah tangki air yg dibuat sejak lama dahulu,Kalau dari segi lojik,bukit jalin kepunyaan Jabatan bekalan air terengganu berdasarkan tangki air yg dibina dibukit tersebut...Untuk kebukit jalin mesti memerlukan perkhidmatan guide dengan bayaran yg dipersetujui oleh kedua2 belah pihak,mungkin bayaran yg dikenakan untuk dimasuk kedalam tabung MPKK kerana pengurusan bukit jalin dibawah MPKK kampung lebak dan mungkin sebahagian lagi dibayar kpd guide yg berkhidmat...
Rasanya tak payah sibuk pasal owner bukit ni yg penting bukit jalin salah satu distinasi baru untuk yg suka mendaki secara kecil2an..Bukit ni merupakan sebuah hutan yg masih mempunyai pokok yg besar,Salah satu pokok yg dikenali sebagai meranti,besar dan gagah berdirinya,Rasa juga pelik sebab apakah bukit jalin tak diambil kayu balak nya sedangkan bukit dan kawasan disekitar nya telah habis dilicinkan..
Aku kebukit jalin pada 12-1-2021 iaitu sehari sebelum pkpb diwartakan dinegeri terengganu,Seramai 10 orang peserta termasuk guide memulakan pendakian pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 9.40,dalam 40 minit..Pendakian mula seperti bukit2 lain juga,Menaik dalam 30 darjah sehingga membawa 60 darjah apabila nak sampai kepuncak nya,Kat kecerunan ini lah boleh dikatakan agak leteh juga,Sampai puncak kegiatan yg seperti biasa,iaitu bergambar,Pemandangan dipuncak boleh dikatakan menarik juga.Duduk dipuncak dalam 40 minit dan turun balik pada pukul 10.30 pagi.Sesampai dibawah bukit dalam 20 minit sahaja dan semua peserta berihat di pengkalan jerat semata..Pengkalan jerat semata seperti pengkalan mandi kat kampung2..Dibina mungkin untuk kemudahan kapada pendaki bukit jalin untuk mandi manda.Pengkalan ini juga boleh dijadikan tempat berkelah dimasa2 tertentu,contoh nya dimasa air sungai kecik.Untuk kepengkalan ini harus datang beramai2 kerana tempat nya agak tersorok walau pun berdekatan dengan kampung.Sekian cerita bukit jalin..
Gambar2
Ahad, 17 Januari 2021
hiking bukit ajil
Bukit ajil terletak di kampung ajil baru dihulu terengganu.Tinggi bukit ni sekitar 292 mdpl..Kebanyakan tanah dibukit ajil dipunyai oleh penduduk sekitar nya..Kebanyakan dari seluruh kawasan perbukitan ditanam dengan pokok buah2an..Terkenal dengan dusun durian nya dan kebun duku,boleh dikatakan penduduk sekitar bertanam pokok buah2an.
Sejak pkp berlansung bukit ajil telah menjadi tempat beriadah oleh penduduk hulu terengganu,Sangat dikenali kpd peminat mendaki,Boleh disertai pelbagai peringkat umur,Sangat sesuai sebagai tempat latihan mendaki sebelum mendaki gunung yg tinggi..Untuk daki bukit ajil memerlukan guide kerana untuk memudahkan pendakian,dengan ada guide memudahkan perjalanan program kerana tempat yg nak dilalui melalui tanah pesendirian,tanah pesendirian memerlukan kebenaran dari tuan tanah.Bayaran yg dikenakan sebanyak 10 ringgit untuk satu orang.Panjang trek ialah 2 km sehingga puncak.
Aku kebukit ajil pada hari pertama tahun baru iaitu pada 1-1-2021,Seramai 26 orang peserta telah mengambil bahagian,Kebanyakan nya ialah dari family aku sendiri.Bermula pada pukul 8.30 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi kesemua peserta tapi ada peserta yg sampai lebih awal lagi iaitu pada pukul 9.30..Ada peserta yg lambat disebabkan oleh kurang stamina,cepat letih dan kebanyakan peserta lain dan guide terpaksa ikut rentak peserta lambat,Selambat mana pun, guide tetap layan sehingga semua peserta sampai ke puncak..Sebenarnya mendaki bukit ajil tak lah mengambil masa yg lama,sekadar dalam 45 minit sahaja untuk perjalanan 2 km.Kalau dah 2 jam untuk sampai puncak yang sejauh 2 km,itu menunjukan betapa amaturnya peserta.
Setelah bergambar sepuas hati dipuncak,pada pukul 11.00 pagi semua peserta bertolak balik,sampai bawah bukit sekitar pukul 11.30 pagi,Sekian
GAMBAR2 DAN VIDEO