Jumaat, 28 Oktober 2011

bola

Kekalutan dikampung aku dibeberapa hari yang lalu berpunca dari kemenangan terengganu diseparuh akhir bolasepak piala malaysia,Mcm2 yang aku dengar ada yang nak ke shah alam ada yang tak pergi,Riuh sekampung dengan penangan bola ni.Masing2 sibuk ada yang nak pergi dengan kereta ada yang nak pergi dengan bas,Aku tumpang sekaki je,buat2 sibuk,Padahal tak sibuk pun.Kemuncak nya pada hari ini,sebab dengan harga tiket yang mahal,ramai plk yang merungut2,Tapi dapat diredakan apabila dapat perkhabaran kerajaan negeri nak tolong bagi diskaun harga tiket yang dikatakan mahal itu,Ditambah plk dengan  insentif sebanyak Rm150 untuk sebuah kereta yang nak pergi kebukit jalil.Semakin meronta2 lah kaki2 bola yang tak pandai main bola ni..

Ada setengah orang kata harga tiket yang mahal kerana kerajaan nak main politik sebab pilihan raya dah pun dekat,Jadi untuk memikat golongan muda pihak tertentu mengunakan perngkap ini untuk meraih sokongan.Aku tanya macam mana bolih terjadi macam tu,Senang je jawab dia orang tu,dengan harga tiket yang mahal tentu terasa golongan muda ni,Jadi dimasa ni kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu dengan menawarkan khidmat diskaun harga tiket,Jadi dengan sendirinya budak2 muda ni akan kata kerajaan sangat baik dengan membantu mereka,hehehe.Itu kata setengah orang,.Kata setengah yang lain plk sebab kenaikan kos sebab itu lah harga tiket terpaksa dinaikan.Pro dan kotra tetap ada.Apa2 pun  pendapat dia orang,pada malam ini lebih 30ribu peminat bola dari terengganu akan ke kuala lumpur dan shah alam,Jaga2 lah orang KL,Ramai peniaga yang untung tu,Aku harap tak ada benda yang tak diingini berlaku semoga selamat pergi dan balik,Dan aku harap juga terengganu akan membawa balik piala Malaysia kebumi terengganu yang indah dan permai ini..Aku juga berharap supaya pergi dengan muka singa dan balik pun dengan muka singa jgk.Jangan balik dengan muka ular lidi yg kena bakar...AKU AKAN TENGUK DISKRIN BESAR JE,semoga berjaya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan