Sabtu, 8 Oktober 2011

santai

Assalam,Hari ni sy tak kemana2 dan sy mengambil kesempatan mengunjungi perputakaan kat kampung sy,Dah lama sy tak datang kat sini dan banyak perubahan yan sy lihat,Buku dah banyak bertambah,Yang sy lihat bangunan nya sahaja yang tak berubah.Walau macam mana pun pengunjung nya kurang pada waktu pagi disebabkan pengunjung dan budak2 mungkin kesekolah dan ada setengahnya bekerja.Pada waktu petang dan hari cuti perpustakaan ni menerima pengunjung yang ramai.....
Saya sangat berbangga dengan ada nya perpustakaan ni,boleh jugak bersantai2 sambil membaca.Walau macam mana pun kesedaran tentang penting nya perpustakaan masih amat rendah.Usaha perlu untuk menyedarkan penting nya perpustakaan kapada masyarakat.Dengan ada perpustakaan bolih lah kita tau sama ada negara ni masih dijajah atau pun tidak heheheheheheh,Dengan ada nya perpustakaan juga dapat lah juga diketahui seramai mana membaca menjadi salah satu cara hidup kapada penduduk setempat........
Ada nya set komputer membolehkan penduduk sekitar mendalami pengetahuan tentang nya,Bolih lah orang kampung sebut dot com dot my,selama ni dengar je perkataan tu,apa ke benda ramai yang tak tau,hehehehehe.
Deretan buku yang berbagai tajuk meliputi dari buku2 ugama dan buku2 cerita terkini...
Saya sangat berharap perpustakaan menjadi tempat yang mesti dikunjungi olih penduduk,Setengah orang tak ambil port sangat tentang penting nya perpustakaan,Ada pulak yang kata berkunjung ke perpustakaan ni tak disuruh olih ugama,Hairan jugak kalau ada yang berfikiran yang macam tu,Bagi saya selain dari masjid,sekolah,bermesyuarat serta bergotong royong perpustakaan adalah turutanya selepas itu,wassallam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan