Selasa, 4 Oktober 2011

menemui ALLAH


Innalillahiwainnahilaihirojion..Dari ALLAH kita datang kapada ALLAH juga kita kembali....
Kita yang hidup akan menemui mati tak terkecuali apa pangkat dan derjat seseorang samaada besar atau pun kecil.Selagi dinamakan makhluk akan merasainya walaupun malaikat.Dan sesunguhnya kematian itu akan tiba kapada kita dengan sangat tiba2 sehingga tak ada amaran sedikit pun...

Kita sering menziarah kematian sama ada kematian itu berlaku siang atau pun malam,Keadaan ditempat kematian biasa sedih hiba dan sebak dan mungkin ada yang menangis hingga tak sedar diri. Masing2 melayan fikiran,merenung nasib sendiri tah bila kah masa itu akan menjelang untuk diri sendiri pula.Aku tak hairan sangat dengan pemandangan yang begitu,walau ada yang mengatakan kalau kita mengetahui betapa sakit nya kematian nescaya kita akan berhenti menangis dan megenang nasib sendiri.

Yang amat menghairankan aku adalah apabila adanya kematian, ada antara pelawat2 yang datang tak mengambil ikhtibar sedikit pun tentang kematian ini,Mereka sekadar suka2 seolah2 tempat orang makan kenduri saja layak nya hinggakan ada yang mengilai2 dan aku fikir orang ni memang tak sedar diri,Itu pemandangan dirumah kematian,dikubur pun  agak sama juga pemandangan nya

Kadang2 aku perhatikan ada antara yang melawat kematian lari dari tajuk bila bercakap dengan keluarga simati,meraka seolah2 tak hormati langsung tentang kematian itu,sepatutnya tanya lah benda yang berkaitan sahaja atau memujuk dan sebagai nya.kalau difikir memang tak lojik langsung bila ketempat seperti itu kita bercakap tentang dunia yang amat dunia contoh percakapan dunia yang aku maksudkan adalah,"Boleh berapa tan sawit yang disabit baru2 ni"ataupun,"Kalah liverpool main semalam".Biasanya apabila berlaku kematian,sudah menjadi kebiasaan akan dibuat tahlil sama ada tiga hari atau pun tujuh hari,pada majlis yang macam tu pun hal yang sama akan terjadi seolah2 kematian pada siang nya telah pun dilupakan dan tinggal keluarga simati sebak terhiba2.....

Sepatutnya tempat yang macam tu pelawat hendaklah menunjukan simpati keatas keluarga simati dengan menanya kabar,memujuknya atau tanya susur galur keluaga.Tapi apa nak buat kalau ditegur mungkin kita akan dimarah.selagi kesedaran dalam diri tak ada begitu lah jadinya,sekian, wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan