Jumaat, 7 Oktober 2011

rombongan

Dimasa yang lalu berombongan kesatu2 tempat menjadi kebiasaan kapada kelompok tertentu seperti jabatan kerajaan,persatuan2 dan orang peseorangan atas sebab2 tertentu,Persatuan belia paling menonjol dalam bab2 berombongan kerana mudah mendapat bajet dari kementerian belia,tapi kebanyakan dari nya adalah belanja sendiri,Biasanya golongan belia membuat rombongan ketempat tertentu seperti bandar2 dan tempat pelancungan.Dimasa yang lalu tempat2 yang dipilih seperti kuala lumpur,johor bharu,rantau panjang kelantan dan langkawi kedah.

Aku sendiri pernah menganjurkan rombongan,destinasi yang aku pilih tak lah payah sangat, dekat dan mudah untuk di ikuti,serta tambang yang murah,yang aku pilih sekadar rantau abang terengganu dan kota bharu kelantan,Kalau kita jadi penganjur kita akan dapat beberapa kelebihan seperti tambang dah tak kena dan mendapat keuntungan,Walau macam mana pun segala risiko kita terpaksa tanggung seperti kerugian.

Sekarang agak payah untuk menganjurkan rombongan kemana2 sebab ramai antara kita yang mempunyai kederaan sendiri dan mungkin berombongan seperti ini tak ada lagi untuk masa yang akan datang.

Walau macam mana pun Industri ini berjalan sehingga kini atas bentuk yang lain,ianya dianjurkan oleh syarikat yang besar seperti tabung haji dan agensi pelancungan dan destinasi tentu luar negeri,yang penting ianya berombongan.
Rombongan yang kekal murah dan mudah ialah rombongan perkahwinan,Rombongan perkahwinan biasanya mengunakan bas atau kereta.Disesetengah tempat kos ditanggung oleh ahli rombongan yang pergi tapi ditempat lain pula kos biasanya ditanggung oleh pihak pengantin.

Rombongan perkahwinan ni jadi istimewa apabila didalam perjalanan sbb akan diberi perhurmatan oleh pengguna jalan raya dan anggota polis.Mereka akan memberi kerjasama dalam banyak hal,termasuk memberi laluan dalam keadaan trafik yang sibuk.,Kalau disekatan jalanraya biasanya  angota rombongan diucap tahniah oleh anggata polis dan disuruh kita berjalan cepat2 supaya cepat sampai dan cepat pula berkahwin,hehehehehehehehe...Kat atas kereta kena letak riben supaya mudah penguna jalan raya kenal dan sebab riben ni juga kerja sama akan diberikan.....

Ramai orang mengambil kesempatan untuk mengikut rombongan kerana dengan cara itu dapat mengenali tempat orang dan merupakan cara yang murah.Aku rasa lah, rombongan perkawinan akan kekal hidup sampai bila2 sebab selagi manusia ada dan hidup manusia akan tetap berkawin dan beranak pinak,hehehe..sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan