Ahad, 30 Oktober 2011

kalah..


Hari ini dah tiga hari piala malaysia terengganu lawan negeri sembilan berakhir dengan terengganu menerima kekalahan 1-2.Dinegeri aku ni, terengganu.perbualan nya tak habis2 lagi,Pergi kemana pun,sama ada  kedai teh tarik(hehehehehe) atau mana2 tempat orang berkumpul, kenduri kawin,kenduri arwah,mesyuarat ajk p0litik sehingga ditempat kematian pun(Telah terjadi kematian dikampung jiran aku,aku hadir pada pukul 11malam pada hari tu,aku telah diberitahu olih penduduk kat situ,jenazah terpaksa disempurnakan keesukan hari nya kerana kekurangan tenaga untuk diselesaikan pada hari tersebut kerana orang muda pergi tenguk bola dishah alam,kematian terjdi pukul 4petang,kematian pula agak trajis dan terpaksa melibatkan polis,jadi terpaksa disempurna keesukannya) orang dinegeri aku ni masih bercakap tentang piala keagongan malaysia ni.Kalau ada dua tiga orang berkumpul pasti kekalahan terengganu dipiala Malaysia ini menjadi perbualannya..huh!!!Begitu luar biasa pengaruh nya....Macam2 yang aku dengar perbualan dia orang ni ada yang lucu ada yang menyakitkan hati,silap2 buat bolih terjadi pergomolan sama sendiri (bergaduh)...

Ramai yang memaki Hairudin Omar sebab permain negeri sembilan ni asal terengganu jadi dia orang menyalahkan beliau kerana gol yang dijaringkan,Ramai plk yang menyokong hairudin sebab kesetian dan sepatutnya dia lakukan macam tu,Perbualan nya adalah,
Kata si A,"hairudin tu macam tak sedar dia orang terengganu"
Kata plk si B,"Hairuddin pun nak tolong tau,mung tenguk dak dia mana ada kejar bola,dia ambik bola yang sampai kekakinya je"
Kata plk si C,"Huh!! Kalau sikap pengurusang terengganu ni macam ni,gini lah jadinya"
Kata plk si D,"Dah guane plk"
Kata si C,"Pengurusang terengganu ni mementing kang puak2 dia je,klu main dak molek pun deme pilih jgk kerana anak buah dia,, bukang deme mementingkan kualiti.Macang hairudin tu,deme kata tua lah la dan macang2 lagi,padang dengan muka orang terengganu,kalah,hahahahahahahahaha,""
Kata plk si A,"Aku ingat ada rasuah la,"
Kata plk si C,"Mung cakap molek sket,kang aku tang kang,"

Hahahahahahahahaha Itu lah antara percakapan kedai kopi yang aku dapat sedut pada hari ini.memang hebat,seolah2 parlimen yang sedang bersidang,Ada yang sampai menepuk2 meja,hehehe.Apa yang aku ceritakan adalah benar,memang begitu dan aku menjangka kes ni tak akan habis untuk beberapa hari lagi dan kes terengganu kalah kapada negeri sembilan ni mampu menengelamkan banyak isu2 lain yang sering dibincang dikedai2 kopi,sekian,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan