Rabu, 19 Oktober 2011

makam diraja

Berkunjung ke muar aku berkesempatan menziarahi makam sultan melaka sultan alaudin riayat shah,Sultan melaka yang ke-7 dikatakan  dimakamkan dipagoh muar johor.Semasa aku disekolah menengah aku sempat belajar tentang sultan ni,beginda dikatakan salah seorang sultan yang sangat patuh kapada ajaran islam.Secara umumnya itu lah yang aku ketahui tentang sultan ini. Dan aku sendiri tak menyangka akan berkunjung ke makam nya.


 Diceritakan didalam sejarah nama sebenar beginda adalah raja husain,Beginda ditabalkan menjadi sultan setelah kemangkatan ayahanda baginda sultan mansur shah dan memakai gelaran sulatan alauddin riayat shah.Baginda ditabalkan menjadi sultan pada usia yang sangat muda pada tahun 1477.Bendahara baginda adalah tun perak seorang bendahara yang sangat masyhur sejak dari pemerintahan sultan mansur shah lagi. Baginda dikatakan sangat warak dan pernah menyamar pada malam hari untuk mengetahui perilaku pembesar2 baginda.Dikatakan moral pembesar baginda dalam keadaan yang sangat teruk,rasuah dikatakan sangat menjadi2 dan tak dapat dikawal.

Baginda mangkat pada tahun 1488 dipagoh muar johor dan digantikan olih sultan mahmud.Sultan yang sangat terkenal dengan nama sultan mahmud mangkat dijulang.

Pada tahun 1484 baginda telah berpindah kepagoh kerana merajuk atas perbuatan pembesar2nya yang rasuah dan tak menjalankan tugas dengan sebaiknya dan dikatakan juga sebab2 perpindahan baginda kepagoh untuk berubat kerana disantau.Semasa perpindahan baginda kepagoh dan bersemayam disitu pemerintahan melaka diamanahkan kapada bendahara  Tun Perak sehingga lah kemangkatan baginda pada tahun 1488.Itulah serba sedikit apa yang aku ketahui tentang sejarah Sultan Alauddin Riayat Shah.


Makam ini terletak kawasan Masjid di kampung raja dan jauhnya lebih kurang 5km dari pekan kecil pagoh dan lebih kurang 30km dari bandar Muar.Setelah aku merayau dikawasan perkuburan yang luas itu aku dapati sangat lojik dengan cerita2 dimasa dahulu kerana disebelah kawasan perkuburan ada sebatang sungai yang besar dan difikiran aku sungai ini lah yang menjadi jalan perhubungan dimasa yang lalu.Pedagang membawa hasil jualan dan sungai juga lah yang digunakan olih penakluk dimasa itu untuk menawan negeri2 melayu,Sekian Wassallam.
Masjid kampung raja,Dikawasan Masjid ini lah terletak Makam Sultan Alauddin Riayat shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan