Khamis, 20 Oktober 2011

Muar,johor

Muar, johor.Sebenarnya aku tak pernah pun sampai kebandar muar ni,Bandarnya besar dan sempit,Sangat padat dengan kederaan bersimpang siur,Aku langsung tak tau tentang sejarah bandar muar,Tapi aku telah diberitahu muar terbit dari perkataan muara sungai muar,Dari situ lah bandar muar mendapat nama nya.
Muar mempunyai nama yang besar sejak dari zaman kesultanan melayu melaka sebelum portugis menakluk melaka dan muar merupakan salah satu tempat yang menjadi sejarah pada zaman tersebut,
Aku tak nak fokus tentang sejarah terdahulu bandar muar sekadar ingin kongsi pandangan aku tentang muar pada masa sekarang.Permulaan aku tentang muar adalah tentang makanan yang dijual,aku rasa makanan dibandar muar murah dari tempat aku di kuala berang terengganu,Aku menjadi hurmat atas sebab2 ini.Tertanya olih aku mengapa ini terjadi,walau macam mana pun harga makanan yang aku maksudkan hanya lah digerai2 dan dikedai2 makan yang biasa dan aku tak ketahui tempat2 yang lebih standard seperti hotel.Pandangan kedua aku tentang muar adalah kebersihan persekitaran sebelum memasuki bandar nya.Kampung2 disekitar nya cukup bersih dan dijaga rapi,Ada kawan memberi tahu aku keadaan ini telah menjadi kebiasaan kapada penduduknya.Aku dapat merasakan penduduknya sangat disiplin tentang perkara ini dan aku tabik tentang tabiat tersebut...

 Video ini diambil dimuara sungai muar,Airnya sangat kotor dan tercemar.

Aku fikir muar salah satu dari bandar2 besar dijohor seperti segamat, batu pahat,kota tinggi,pontian dan johor bahru sendiri. Muar dibina dikiri kanan sungainya dan dibina dengan jalan raya yang berjalur2 dan berlapis2 dikawasan yang sempit menjadikan bandarnya sangat sibuk dikawasan yang sempit.Yang agak menarik pada pandangan aku tentang bandar ini adalah kawasan rekreasi yang luas,walau pun bandar nya macam tak cukup tanah.
 Pemandangan seperti ini sangat menarik perhatian aku.

Ada beberapa tempat patut dikunjungi bila ke bandar muar.Taman monyet yang terletak ditebing berhampiran muara sungai muar adalah salah satu tarikan yang menarik.Didapati beratus ekur momyet dan beruk berkeliaran dikawasan tersebut menanti pengunjung membawa habuan makanan,Bagi aku tempat2 yang macam ni tak lah menarik sangat sebab sudah biasa tetapi setelah mengamatinya baru aku menyedari ada sedikit kelainan pada binatang2 ini.Hidupan2 ini seolah2 pandai berlakun menjadi baik sedangkan sebenarnya binatang2 ini pada lazim nya sangat liar dan ganas.

Tempat kedua yang aku fikirkan agak menarik ialah jambatan tingginya yang merentas sungai muar.Ketinggian nya bolih menampakan seluruh bandar muar,Dikatakan pada waktu malam dapat memberikan permandangan yang sangat indah,Bagi aku jambatan ini tak lah tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan jambatan tok Bali kelantan.Walau macam mana pun semua dakwaan tersebut hanya lah pendapat aku setelah pergi  dan menghayati tempat2 yang pernah aku kunjungi.Disini gambar2 yang dapat aku kongsikan dan menarik kapada fikiran aku,sekian...

Bangunan tertinggi di Bandar Muar

Masjid jamek Bandar Muar.
Jauh dihadapan ialah Selat Melaka.
Taman beruk/kera yang berhabitatkan hutan bakau berhampiran.
Beruk ni sangat manja,seolah2 cerdik.
Gambar ni ialah muka orang nak mengada-ngada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan