Selasa, 4 Oktober 2011

KISAH KU

LAP TOP
Lap top nama baru yang baru aku ketahui,Aku agak dalam 10 tahun aku kenal benda ni,Bagi aku lap top adalah  anak komputer,Kalau dulu komputer memang tak asing langsung kapada aku walaupun aku tak mampu memiliki nya.Aku sangka ltop dan komputer ni patut diguna oleh org tertentu sahaja,rupanya ltop patut diguna oleh semua org tak kira taraf kedudukan, mungkin sama penting dengan handphone.Lebih lama dari tu aku sangka komputer dan laptop hanya lah untuk menaip surat sahaja,rupa2nya kegunaan nya lebih dari itu...

Pada mula-mula aku memiliki ltop,aku tak hargai langsung pun benda ni,aku fikir lebih baik memiliki honda cup buruk,dengan motor buruk boleh jugak untuk kekebun,setelah benda alah ni ada tau plk nak mendalami fungsi dan cara untuk pengedaliannya.Aku teringat kata seorang pakar motivasi yg dah agak berumur sedikit,beliau menyarankan kalau boleh tutup dan buka ltop kira ok dah tu,tak lah koman sangat kata nya,sebab bila kita dah tau untuk buka dan tutup minat untuk mengenalinya akan ada.

Setelah memiliki lap top kita akan terdedah dengan nama2 yg asing kapada kita,internet,broarband,google,4shared,mozila firefox,blogger,facebook,twitter,laman web,http//www,yg paling aku ingat perkataan yg berkaitan dengan internet dan lap top ni adalah perkataan dot com dot my,hehehe...


Broarband adalah salah satu alat untuk menghubungkan computer atau ltop ke internet,lain-lain alat penyambungan adalah WIFI selain dari itu aku memang jahil,hehehe...


Internet pula merupakan jaringan rangkaian computer dengan rangkaian computer lain diseluruh dunia.Mula2 aku mengenali benda ni memang terasa benar2 kagum,sbb benda kecil yang terconggok didepan kita dapat memberi macam2 infomasi kapada kita dengan kadar yang sangat cepat,Perlu juga diketahui internet merupakan tujuh dari keajaiban baru dunia.Seperti yg kita tahu tujuh keajaiban dunia lain seperti taman tergantung babylon,tembuk besar china,taj mahal,piramid giza dan sebagainya merupakan keajaiban purba dan senibina,tetapi internet merupakan  salah satu tujuh keajaiban baru dunia,Benar2 mengkagumkan...
 
TIP
Kalau anda dikawasan 2G,klu anda nak kan perkhidmatan 3G atau 4G cuba gunakan kabel usb ke usb,yang 5kaki 10kaki atau pun 30kaki,buat lah pernyambungan mungkin anda akan dapat perkhidmatan tu,tp aku sendiri pernah mencuba kabel yang panjangnya 30kaki, tapi gagal 100%,rugi je beli kabel tu..

TIP
Kalau kita sakit2 tengkuk atau sakit belakang akibat lama mengadap komputer atau lap top,aku syorkan supaya tidur atas lantai yang keras,tapi yang paling baik sekali dapat tidur atas gelegar buluh (lantai buluh lah)kalau nak lebih real lagi tidur atas batu yang besar2 lengan  diatur mcm  lantai,untuk mengurangkan rasa sakit hamparkan toto atas batu yang disusun,kita tidur lah kat situ,insyallah besuk pagi kita akan bangun dengan tubuh yang segar.Cuba lah petua aku  diatas,aku dah pernah melakukan nya dan sentiasa melakukan nya.Selepas dua malam kita melakukan nya tetapi sakit nya tak hilang jugak,aku syorkan pergi lah keklinik,mungkin sakit yang dialami itu bukan lah sakit akibat mengadap lap top tapi sudah jadi sakit lain pulak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan