Selasa, 18 Oktober 2011

politik jalanan.

Sebut nama johor tentu lah percakapan standard yang digunakan dan negeri UMNO yang paling kuat pengaruh nya,Dan merupakan negeri UMNO yang palin kuat dimalaysia.Itu gambaran umum bagi setengah orang bila ditanya tentang negeri johor kpd orang luar,Aku pergi sendiri untuk melihat dan merasa kekuatan party itu tanpa bertanya kpd penduduknya,Sebenarnya aku melawat kerumah saudara aku yang sakit lama.Kampung tempat beliau tinggal seperti kampung2 lain sahaja dimana2 tempat diMalaysia ni,Memang tak ada bezanya,yang membezakan kampung2 ditempat aku dan johor adalah kebersihan nya,Memang bersih.Kalau dikampung aku kebersihan yang macam tu apabila kampung aku nak masuk pertandingan kebersihan kampung, Baru lah kampung aku akam menjadi bersih seperti itu,Itu am dan ghalib nya,Itu pun mungkin tak dapat lawan dengan kebersihan kampung2 kat johor ni.Tapi mungkin kah jugak kampung2 dijohor masa aku pergi nak masuk bertanding,tak tanya plk aku kpd penduduknya.Walau macam mana pun memang kebanyakan kampung kat johor kebersihan sangat2 dijaga.


Berbalik kapada politik  UMNO yang dikatakan sangat kuat dan tak akan dapat diganggu gugat olih parti2 lain aku rasa tak lah seperti yang diucap dan seperti yang dicakap,. Bila memasuki Johor mata aku melilau mencari bendera UMNO yang dikatakan sangat banyak dikibar dimerata tempat,Yang aku dapati keadaan itu serupa sahaja dengan negeri2 lauin yang tak kuat UMNO nya,Walau macam mana pun bendera parti lain memang tak ada walau pun hanya sekeping,Itu merupakan gambaran kekuatan nya.

Kepenatan memandu aku berhenti berehat berdekatan kebun kelapa sawit dan aku dapati ada seseorang yang sangat tekun menanam pokok baru dalam kebun lama nya,Mungkin hasil dah tak seberapa beliau menanam baru tanpa menebang pokok yang lama.Aku buat2 ramah dan mempekenalkan diri,konon nya aku ni datang dari jauh dan aku merendah diri konon2nya aku tak pandai untuk bercakap standard macam orang2 johor dan konon nya aku orang terengganu ni miskin2.Dalam pada itu dia memandang ke kereta aku dan aku jadi gelabah,mungkin aku terperangkap,Tapi apa yang aku fikirkan tak terjadi,maka terlepas lah aku dari soalan mautnya,.

Agak payah juga aku nak bercakap atau masuk line,Bimbang takut kecik hati pulak,Maklum lah aku tempat orang.Silap2 tanya mungkin menimbul kemarahan,Kan ke haru tu, Dah lah orang tu lenguh berkerja kita sedap2 pulak tanya macam2 hal,Akhir nya aku bertanya mengapa tak ditebang dulu pokok lama dan tanam baru.Wah Wah Wah Memang pertanyaan aku itu telah mendatangkan kemarahan nya,Tapi marah yang agak sederhana mungkin hurmat aku sebagai tetamu nya.
"Nak makan apa bang"separuh menengking dia,
Mak datuk!!sebab apa lah aku tanya soalan bodoh tu.Aku dah pun rasa tak senang, sebab dengan pertanyaan itu bolih menimbulkan kemarahan nya.Dan beliau memulakan syarahan nya dengan macam2 pendedahan nya yang aku tak minta.Dengan macam2 cerita nya mengutuk orang itu dan ini,tentang kerajaan dan yang berhurmat (wakil rakyat le tu) yang kaya raya dan sebagainya.
" Dia orang senang lah cakap itu ini itu ini"
"Kita dibiar hidup merempat"
Dan bla bla bla bla lagi ceritanya kapada aku.
Kalau lah aku nak cerita kan tentang apa yang disyarahkan memang sangat panjang dan menyakitkan.Aku seperti terasa ada air mata nya ingin menitik dan aku membawa dia keluar dari tajuk itu dengan bertanya apakah kerja asasinya dan berapa luas kah kebun sawit nya,Rupa2nya kebun sawit kepunyaan nya hanya lah 2 ekar sahaja dan beliau kerja sebagai jaga disekolah dengan gaji rm 750.Walau macam mana pun pendapatan nya kira bagus lah jugak,tak ada lah teruk sangat.

Dengan pengalaman aku yang sedikit itu dapat lah dibuat kesimpulan tidak semua orang johor mesti menyokong UMNO.Walau macam mana pun orang yang aku jumpa tu mungkin 1 dalam 1000 orang atau pun 1 dalam 10 orang, tak dapat lah aku tanya tentang sikapnya itu adakah satu wabak yang sedang menular dikawasan tersebut.Kalau lah aku tanya lebih2 mungkin jadi lain pulak.Bagi aku dimana2 tempat yang pro dan kotra tetap ada tak kira dimana kawasan dan tempat itu.sekian.wassallam....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan