Isnin, 10 Oktober 2011

hantu lebuh raya

Pada kebiasaan aku memang sangat suka untuk menghabiskan masa bersiar2 dan berjalan sambil rilek.Aku ingin mencuba satu lebuh raya, yang baru siap tapi masih belum digazet untuk laluan umum,tapi telah pun dibuka untuk mengelakan dari kesesakan jalan raya.Lebuh raya ni menyambungkan dengan lebuhraya kuantan kuala lumpur,dengan kata lain lebuhraya pantai timur. Aku telah diberitahu lebuhraya ni dibina mengikut beberapa fasa,tapi yang siap dalam 50km dan jalan ni lah aku nak mencubanya.Ia bermula dari pekan ajil hulu terengganu ke bukit besi dungun terengganu.

Banyak juga aku dengar cerita tentang lebuhraya ni, tentang angin lintangnya dan jalannya yang sangat baik,Memang lah tak dapat dinafikan kalau dah baru tentu lah segala2nya baik,Yang sangat popular tentang lebuhraya ni adalah kemalangan yang membawa maut,Dikatakan banyak kederaan yang terbabit dalam kemalangan..Baru dibuka umum dah pun memakan korban. Dan tak kurang juga popular dikatakan lebuhraya ni berhantu,Huhhh,macam2 cerita yang bukan2 dan menaikan bulu roma.Dengan cerita yang macam tu aku ingin memcubanya,mana lah tau apa yang diceritakan tu adalah betul.

.Pada suatu petang yang amat indah(hehehehehe)aku dengan bergaya meredah lebuh raya sorang diri,Mana lah tau kut2 terjumpa dengan hantu yang diwar2 olih penguna yang melalui lebuh raya tersebut.Memang apa yang diceritakan olih sesetengah orang ada betulnya,jalannya sangat baik betaraf lebuh raya pun.Mula2 memasuki lebuhraya aku tekan 100kmsj,memang pada kelajuan yang macam ni seolah2 nak pergi kekebun je dan angin aku pun datang dengan memandu pada kelajuan 140kmsj,tiba2 aku rasa kan kereta aku seolah2 nak melayang dan memang aku dah kena angin lintang seperti yang aku dengar daripada penguna yang lebih dulu dari aku.Aku cepat memperlahankan kederaan aku pada 80kmsj dengan kelajuan itu aku terus perjalanan dalam keadaan terketar2 hehehe.Memang tak dapat dinafikan angin bertiup sangat kuat sebab lebuh raya ini diketinggian 50 kaki dari jalan raya biasa ditambah pula dengan jaluran bukit bukau yang menjadi saluran angin.

CERITA yang pertama dah pun aku lalui,Hantu saja yang aku belum jumpai,Tapi disiang boley macam ni mana boleh hantu muncul,AKU  bertekat untuk berpatah balik pada waktu hampir maghrib,Nak cuba kelainan disebelah laluan kanan pula.Aku sampai dibukit besi pada pukul 6 petang dengan mengambil masa 25 minit sejauh 50km..

Setelah minum kat kedai hentian aku memandu balik kelaluan yang disebelahnya dan masa tu sudah pun pukul 6.50 petang,Masa yang ditunggu memandu diremang2 maghrib.Disatu tahap aku berhenti untuk menikmati indah nya petang dengan matahari merah diufuk.Kederaan lain boleh dikatakan sangat jarang melalui lebuhraya ni pada maghrib dan malam.

Pada maghrib aku meneruskan perjalanan dengan kelajuan biasa dibimbangi fenomena angin lintang akan terjadi.Objek putih dilaluan sebelah kanan aku tercongok kat situ tapi bukan lah hantu tapi sebuah kereta warna putih dah pun terbabas,Aku jadi panik sama ada nak berhenti atau pun tidak.Mengambil masa yang agak lama aku kat situ datang sebuah kederaan berhenti menolong dan selamat lah aku dari kesusahan yang aku sendiri yang cari.

Peristiwa pertama dan kedua dah pun aku lalui, yang belum lagi terjadi adalah berjumpa hantu yang dikatakan terloncat2 dilaluan kita sambil menunjuk muka yang ngeri kat kita,hehehehe.Dan memang aku tak menjumpainya setelah aku sampai dipekan ajil pada sekitar pukul 7.30 malam dan aku bersolat dimasjid berdekatan.sekian wasalam.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan