Sabtu, 22 Oktober 2011

menemui ALLAH

Pada bulan oktober ini kampung aku menerima tiga kematian,Kematian yang tidak disangka2. Bukan lah tujuan aku nak mempertikaikan kerja ALLAH tapi bagi aku kematian disebuah kampung yang tak sebesar mana menjadi  suatu peristiwa yang besar jugak,Permergian orang yang disayangi diiringi dengan esak tangis menyesak kan dada,Aku sebagai jiran hanya lah mampu bersimpati,Bayangkan olih kita kalau kelmarin si arwah masih mampu bergerak dan makan,tiba-tiba hari ini beliau dah pun pulang kerahmatullah,Tentu lah menjadi kesedihan yang amat sangat kapada keluarga simati.Dan itu lah yang dinamakan kematian datang kapada kita dengan tiba-tiba...

Biasa nya dalam amalan kita, bila terjadinya satu-satu kematian kita akan membuat kenduri arwah,Ada yang buat tiga malam dan tujuh malam,Selepas itu disusuli pula dgn 40 hari dan 100 hari.Kadang2 aku tertanya juga sebab apa kah amalan ini terjadi,mengapakah tidak ada 1 malam atau 2 malam atau pun ditiada kan langsung (hehehehehe kurang Ilmu aku bab ni) Walau macam mana pun aku telah bertanya kapada kawan yang arif tentang hukum hakam,beliau telah pun menerangkan sebab2 atau susur galur terjadinya kenduri arwah,Dengan perjelasan tersebut aku cukup berpuas hati. ,kerana amalan yang macam ni akan membebankan keluarga simati  dalam urusan membuat makanan  dan sebagainya


Selagi kita dinamakan manusia,sesuatu yang menyedihkan kita, kita menjadi mudah lupa,dengan kepiluan yang kelmarin kita sudah mampu untuk berhilai tawa pada hari ini.Dengan ada nya kenduri arwah seolah menjadi satu medan tempat kita melupakan segala kesedihan yang kelmarin,Bagi aku bukan lah menjadi satu kesalahan yang besar kalau berkenduri arwah tapi biar lah berpada2 supaya majlis yang dulu nya untuk mengingatkan ALLAH menjadi satu majlis seperti kenduri kawin..


Ditempat aku kenduri arwah bolih menyamai kenduri kawin,sebab kenduri arwah untuk hari yang ke tujuh biasa nya seekor lembu akan tumbang(orang kampung mempunyai lembu kerbau sendiri sebab itu lah bila kenduri kawin  bolih sembelih lembu sampai 4 ekur dan ada yang sampai 7 ekor dan  bukan semua sembelih lembu bila kenduri arwah, masih ada yang zuhud yang berkenduri arwah hanya menjemput sekadar  10 orang supaya rumah tak sunyi sangat setelah kematian di siang hari tadi,) dan disini lah gelak ketawa akan terjadi.Benar lah seperti kata Iman yang membaca talkin,"Dengan kematian ini maka terputus lah segala nikmat dunia buat kamu,Yang dapat menolong kamu hanya lah tiga perkara 1)Amalan kamu semasa didunia 2)Sedekah jariah 3)doa anak yang soleh.Sedih juga bila melihat kejadian yang macam itu, tapi apa bolih buat tidak pula sepatutnya kena bersedih sepanjang masa sebab kematian,kerana yang mati akan tetap pergi yang tinggal terpaksa menerus kan hidup untuk menunggu masa nya akan tiba,.

Bagi aku kenduri arwah biar lah berpada2 semuga apa yang kita lakukan diberi nilai olih ALLAH bukan sekadar perut kenyang tuan rumah tak dapat apa2 mungkin pula dosa yang kita dapat dengan sebab kita melampau batas dalam urusan berkenduri arwah,sekian wassalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan