Rabu, 18 Februari 2015

cerita sedih-ku

Pada 3hb dis 2013 aku dan keluarga telah hilang seorang anggota keluarga iaitu Ayah,Penyakit yang dihidapi nya ialah angin ahmar atau pun dikenali sebagai strok,Oleh kerana aku dan adik beradik merupakan adik beradik yang sudah dewasa dan berumah tangga,permergian ayah aku tak lah memberi kesan sangat terutama nya dari segi ekonomi.Dari 3hb dis 2013 hingga sekarang,bulan febuari 2015,Ayah aku dah meninggalkan kami selama satu tahun dua bulan lebih,Ayah aku telah mengalami sakit angin ahmar selama 7 tahun 8 bulan bermula pada 26hb jan 2006 sehingga meninggal dunia pada 3hb dis 2013.Masa mula2 ayah meninggal, aku kurang merasai pemergian nya tapi setelah beberapa waktu ketiadaan nya mula terasa, mungkin kerana sudah tak kedengaran lagi suaranya yang meminta macam2 perkara,mungkin kerana aku dah tak mendengar dengusannya lagi...


Pada 26hb jan 2006 ayah aku telah merasa kebas2 ditangan dan tak boleh memegang semua benda,Mula2 nya aku dan adik beradik tak menghiraukan sangat dengan apa yang terjadi kerana mungkin tak ada pengalaman lagi tentang sakit angin ahmar,Aku cuma membawa ayah untuk mengurut dengan tukang urut kat kampung,pada malam nya kebas yang terasa semakin teruk dan aku mengambil keputusan untuk membawa ke klinik kat bandar,Doktor hanya memberi ubat dan dikatakan sakit saraf biasa sahaja.Tapi pada keesukan nya ayah aku dah tak boleh duduk dan aku membawa nya kehospital kerajaan,Pada hari itu lah aku mengetahui yang ayah aku telah pun diserang angin ahmar.Ayah aku telah ditahan di wad selama 5 hari dan beberapa ujian telah dibuat,setelah semua selesai dan doktor mengesahkan bahawa ayah aku diserang angin ahmar pada tahap paling ringan. Sejak keluar dari wad maka bermula lah satu episod kehidupan yang sangat mencabar buat aku.(dalam ramai2 adik beradik aku,aku yang paling abang dan aku sahaja yang belum berkahwin dan segala tanggung jawab terletak dibahu aku dan mak sahaja,adik beradik yang lain telah berumah tangga dan tinggal bersama dengan keluarga mereka huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa).


 Antara ayah aku kena serangan angin ahmar dan sehingga ayah meninggal dunia terlalu banyak perkara yang aku lalui terutamanya untuk mengubat sakit nya,banyak nasihat yang aku terima dari kawan2 yang telah melalui kerenah pesakit angin ahmar,Ramai yang meminta aku bersabar dengan dugaan yang mendatang,ramai yang memberi nasihat supaya ayah sentiasa  berurut,oleh kerana tak tau apa2 tentang angin ahmar,aku mengikut apa yang disaran kan,sama berurut,mengubat secara tradisional dan sebagainya,ada ketika aku kena tipu oleh mereka2 yang ingin mengambil kesempatan atas kesusahan kita,(aku telah ditipu oleh penjual kayu koka,kayu koka dikatakan satu jenis kayu yang sangat baik untuk mengubat penyakit angin ahmar,aku membelinya dengan harga rm 200 untuk satu biji sebesar buah tasbih dan kemudian nya diketahui itu mmg buah tasbih yang tak ada harga langsung,Penjualnya seorang tua yang berserban dan berjubah,cakapnya sangat berkeyakinan sehingga aku tertipu dgn pujuk rayunya,)Cara pengubatan lain seperti membeli habatul sauda sejenis permakanan yang dikatakan sangat baik untuk yang berpenyakit angin ahmar.Selain berubat dengan cara diatas aku sentiasa berulang alek ke klinik dikota baru kelantan,Diklinik tersebut dikatakan doktornya sangat pakar dalam pengubatan angin ahmar.Berulang alik keklinik kota baru,seminggu sekali pada bulan yang pertama dan sebulan sekali dalam masa tiga tahun,Kos untuk sekali pergi ialah 200-300 ringgit.Yang paling kemuncak cara pengubatan ayah aku ialah dengan membeli mesin terapi Al Jabbar yang berharga 11 ribu ringgit tetapi semua cara pengubatan tak jalan jgk sehinggakan membawa kapada kematian ayah aku pada 3-12-2013...


Perangai orang terkena serangan angin ahmar sangat memerlukan kesabaran kapada yang menjaganya,setiap masa pesakitnya sentiasa menagihkan perhatian tak kira masa,Merajuk merupakan perkara biasa sahaja,kurang keyakinan merupakan perangai orang yang terkena penyakit serangan angin ahmar.Menjaga kebajikan nya sangat memerlukan kesabaran.Ceramah dan kata2 perangsang oleh anak2 dan kawan2 yang datang melawat merupakan rutin setiap hari,segala idea dikeluarkan,tapi pesakit seperti tak memahami apa yang dikata.Untuk meredakan keadaan aku terpaksa membawa ayah aku bersiar2 diwaktu yang diingini.Kadang bukan setakad bersiar2 tapi dah jadi macam pengembaraan.Tempat2 yang aku bawa ayah aku ialah sehingga johor baru,pejom kuala lipis dan sungai koyan,Kuala lumpur tempat mainan biasa sahaja.Dikampung sendiri biasa nya ketempat2 berkelah,tempat yang jauh kedalam hutan seperti terengganu mati,tempat aku memancing (masa tu empangan kedua dalam pembinaan)...

Setelah mengunakan mesin terapi untuk beberapa bulan ayah aku telah diserang penyakit sawan,Penyakit sawan yang dihidapi oleh ayah aku ialah setahun setengah sehingga lah kapada kematiannya.Aku sangat yakin penyakit sawan yang dihidapi oleh ayah aku berpunca dari mesin terapi tersebut.Aku pernah rujuk kapada seorang doktor tentang mesin terapi yang aku beli sama ada memberi guna atau hanya loyar buruk penjual nya sahaja dan jelas doktor menyarankan jangan guna kan mesin tersebut kerana akibat nya sangat buruk,Salah satu keburukan nya ialah sel2 pada otak akan putus disebabkan aliran letrik yang mengalir kedalam badan,Oleh kerana gerun dengan penerangan doktor tersebut aku telah menyimpan mesin terapi dalam kotak untuk selama2 nya...

Sehari sebelum kematian ayah aku,aku telah masuk kebilik nya dan mengusap2 kepalanya sambil bercakap2 dengan nya,menasihatkan kan nya supaya bersabar dan memberi perangsang yang terdaya oleh aku,Aku lihat air matanya keluar hingga kepipinya,Aku mengesat dan menyentuh mata nya,Apa yang aku tenguk ialah matanya sangat redup,tidak bermaya.Matanya terkedip2,mata yang sudah tak ada daya melawan apa yang ada,sama ada bulu mata nya sendiri,Kasihan belas aku sentiasa memuncak sama ada diwaktu itu atau waktu2 yang lain.Ayah aku sering meminta maaf kapada aku dan adik beradik yang lain dan aku adik beradik sentiasa menghiburkan hati nya dengan mengatakan bahawa kami dah sentiasa memaafkan nya..

Keesukan hari nya pada pukul 8.30 pagi,3hb dis 2013,hari selasa,ayah aku menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi anak2 nya kerana pada hari itu cuti sekolah yang panjang,SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT,Sekian...

ANGIN AHMAR YANG DIPETIK DARI WIKIPEDIA:
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Selasa, 17 Februari 2015

lebuh raya pantai timur 2

    Lebuh raya pantai timur 2 telah dibuka sepenuhnya kapada umum pada 1-1-2015.Tetapi tarikh itu telah dilewatkan sedikit kerana bencana banjir yang melanda pada akhir tahun 2014 yang baru lalu.Lebuh raya ini dibuka kapada umum secara percuma selama enam bulan, selepas itu akan dikena tol seperti lebuh raya yang lain.Lebuh raya 2 pantai timur telah melalui proses yang panjang untuk membinanya.Dibina pada tahun 2005 dan dijangka siap pada tahun 2012,Tidak diketahui sebab apakah lebuh raya pantai timur terlalu lambat untuk disiapkan kerana lebuh raya ini hanya sejauh 190km sahaja.Kos untuk membina nya dikatakan sebanyak RM 3 billion tetapi telah ditambah menjadi RM 5 billion.Dari cakap2 yang didengar di universiti kedai kopi kelewatan demi kelewatan pembinaan nya disebabkan kepentingan politik,Dikatakan kontrator yang tak layak dalam pembinaan lebuh raya telah diberi kepercayaan dalam pembinaan.Dikatakan juga kontrator yang gagal telah diberikan semula kepercayaan untuk membina lebuh raya ini setelah gagal untuk perbinaan yang pertama,Wallahualam...


     Tol sementara di permulaan LPT2

    Disuatu hari pada 15-2-2015 aku telah menerima jemputan kawin Dirumah saudara aku di Kuantan Pahang,Dikesempatan itu juga aku mengambil peluang untuk menziarahi saudara aku yang sedang sakit dibandar indera mahkota. Dikesempatan ini aku mengambil peluang untuk melalui lebuhraya pantai timur 2 (LPT2)untuk merasai moodnya yang dikatakan akan mempercepatkan perjalanan dari terengganu ke kuala lumpur.



    Pergi kekuantan aku mengambil jalan pantai yang melalui dungun dan kemaman untuk terus kekuantan,ditengah2 antara dungun dan kuantan aku mengambil peluang untuk mengambil gambar tempat2 yang menarik dan singgah digerai2 yang berselerak tarak ditepi2 jalan,.Membeli dan makan gaya anthtony bourdain boleh mempercepatkan perjalanan dan ada gaya,hehehehe...


     Tempat rehat dan rawat Perasing yang dikatakan ada gaya,R&R ini merupakan R&R untuk kederaan yang datang dari kedua2 arah,Dari Kuala Lumpur atau dari Terengganu.
    Setelah makan kenduri dan menziarah  saudara yang sakit, aku memulakan perjalanan dari rumah saudara aku di sebuah kawasan perumahan diIndera Mahkota Kuantan pada pukul 2.45 petang,Mengambil laluan dari rumah saudara aku ke susur masuk tol jabur sejauh lebih kurang 20km,Di tol jabur aku mengambil kad seolah2 ingin kekuala lumpur,setelah memasuki lebuh raya aku mengambil laluan kanan dan lebih kurang 2-3km kemudian nya aku menyerahkan kad tol kapada kerani tol sementara yang dibina kerana kemudahan ini belum siap sepenuhnya.Dari situ bermula lah LPT2 yang dikatakan sepanjang 190km ke kampung gemuroh dikuala terengganu (ada yang kata bukit jong)

    Dengan pemanduan selaju 120km sejam aku sampai di R&R Perasing,hentian yang pertama di LPT2,Aku susur masuk sebentar dengan bertujuan untuk ambik gambar dan tenguk2.Sebelum itu kawan aku dah bagi tau yang R&R perasing sebuah hentian yang menyeramkan bila singgah pada waktu malam,Kawan aku tak berani singgah walau pun datang beramai2 tetapi itu tak menjadi masalah kapada aku kerana masa aku singgah baru pukul 3 petang lebih.Tanpa berehat aku meneruskan perjalanan untuk menghabiskan LPT2 untuk sampai kepenghujungnya.
    hentian kijal

    1)Susur keluar yang pertama ialah susur keluar ke pekan cheneh,Pekan chenih terletak 9km dari susur keluar LPT2,Pekan chenih merupakan tempat rehat laluan jerangau jabur lama,Pekan ini ada sebuah pam minyak iaitu syarikat shell.pekan ini juga mempunyai restoren untuk melepaskan dahaga dan makan2.Dipekan ini juga ada pesimpangan untuk ke chukai kemaman melalui mak langgam,Simpang ke-Felda Cherul lebih kurang 1 km dari pekan chenih.

    2)Meneruskan perjalanan tanpa susur keluar pekan cheneh aku melewati susur keluar bandar cukai,Aku juga telah diberitahu susur keluar ini dinamakan susur keluar pasir gajah,Mungkin dipasir tu ramai gajah,huhuhu,Bandar Chukai merupakan bandar utama daerah kemaman,bandar ini juga melahirkan dua orang menteri besar terengganu iaitu dato Ahmad Said dan Dato Seri Wan Mokhtar Ahmad.Ke chukai jangan lupa ke kuala kemaman untuk makan sata nya yang sedap,Boleh ke zoo mini kemaman yang ada ikan naga,boleh tenguk klip2 di kg yak yah dan boleh ke kg mak chili,makan di restoran di kg binjai dan sebagainya,Disebelah lagi LPT2 ialah bandar air putih di laluan jerangau jabur lama,Kat sini ada tempat berkelah,Banyak kedai makan ditepi2 jalan..

    Hentian sebelah kijal merupakan hentian yang ke-dua selepas hentian perasing.Dihentian ini mempunyai surau dan tandas dan merupakan hentian yang kecik dan belum siap sepenuh nya,Aku sempat singgah dihentian ini untuk berehat sebentar, Ada penjaja yang berniaga kecil2an,sekadar menjual air mineral,roti2 dan beberapa jenis makanan ringan.Bercakap2 sebentar dengan tukang cleaner kat situ,bertanya kabar dan berbual2 kosong.Line talipon ok kat hentian ni.

    3) Susur keluar ketiga selepas susur keluar chukai ialah susur keluar kijal,Susur keluar ini boleh kebandar sri bandi,kemasik dan juga boleh juga ke chukai iaitu di rangakain jalan pantai daerah kemaman.Bandar Sri bandi merupakan bandar felda sri bandi.Bandar2 disusur keluar ini merupakan bandar2 minyak diterengganu,Ada air terjun menderu berhampiran dengan bandar  kemasek

    4)Susur keluar keempat ialah susur keluar kertih dan kemasek,Susur keluar ini hanya 13km sahaja dari susur keluar kijal.Bandar kertih mempunyai sebuah lapangan terbang kecik yang memboleh kan pesawat kecik mendarat,Kertih juga merupakan bandar minyak kerana rangkaian bandar2 di kemaman mempunyai kaitan dengan pengeluaran minyak di terengganu

    Mempunyai stesen timbang JPJ yang belum siap antara  susur keluar kertih dan susur keluar paka,Stesen timbang JPJ juga kelihatan belum siap antara hentian kijal dan susur keluar kijal,Aku saja malas nak ambik gambar kerana nak cepat menghabiskan LPT2.

    5) Susur keluar paka akan membawa jauh ke kg Pasir raja hulu dungun,Disini ada nya air terjun paling tinggi di Asia iaitu air terjun cemerong,Antara kedua2 tempat tersebut ialah 50km dari susur keluar paka.Mempunyai bandar seprti durian mas (AMBS).Paka merupakan bandar dalam daerah dungun terengganu dan rangkaian jalan nya juga boleh ke bandar kemasek.
    Susur keluar Ajil

    Rumah rehat paka juga belum siap sepenuhnya,masih dalam pembinaan,Kawasan yang dilalui sepanjang antara tol sementara jabur sehingga ke hentian ini ialah ladang kelapa sawit malah boleh dikatakan keseluruhan LPT2 ialah ladang kelapa sawit yang dipunyai oleh syarikat2 dinegeri terengganu seperti TDM.

    6) Susur keluar dungun boleh membawa ke bandar dungun melalui  durian mentagau melalui hutan lipur bukit bauk,
    Hentian Ajil

    7) Susur keluar bukit besi boleh membawa ke bandar dungun dan bandar Almuktafi billah shah(AMBS).tempat2 menarik di susur keluar bukit besi ialah ketasik puteri dan melihat lombong bukit besi yang sangat kontraversi dan boleh kemuzium bukit besi dibandar bukit besi.Boleh juga membeli ayam pusing yang dijual disitu.

    Aku turun sebentar kepersimpangan bukit besi(jalan jerangau jabur lama) untuk membeli buah2an yang dijual disitu sambil minum2 dan membeli apa yang patut sambil berehat sekejap.Setengah jam kemudian nya aku memandu balik ke LPT2 melalui hentian bukit besi yang terletak 6km dari susur keluar bukit besi,Aku berhenti sekajap untuk ambik gambar dan meneruskan perjalanan.

    8) Susur keluar ajil boleh kepekan ajil,kerana susur keluar ini betul2 ditengah pekan Ajil.Boleh membawa ke bandar kuala berang yg terletak hanya 8 km dari simpang susur keluar.Boleh ke kawasan perkelahan sekayu yang terletak 22km.Lebih kurang 22km ke janakuasa empangan kenyir dan 40km ke sungai gawi.

    Meneruskan perjalanan dan tiba dihentian ajil yang sejauh 5km dari susur keluar ajil.Hentian ini telah siap 100%.Hentian ini diceritakan ada cerita seram yang menakutkan terutama nya hentian disebelah kanan yang menghala ke kuala terengganu,(Aku telah berhenti dihentian sebelah kanan yang jauh dari lebuh raya dimasa yang lain kerana ingin merasa mood seram nya.Memang tiada seorang pun yang singgah pada waktu aku sampai,hanya ada seorang jaga yang mengawal disitu).Hentian Ajil merupakan hentian yang besar seperti hentian perasing.Dari hentian ini kekuala terengganu hanya berbaki 30km sahaja untuk sampai kehujung LPT2.

    9) Susur keluar telemung boleh membawa kekawasan perkuburan pahlawan padang kachung.Pahlawan padang kachung merupakan sekumpulan orang yang membantah polisi yang dibawa oleh british pada tahun 1928,Akibat tersalah maklumat dan mungkin dengki oleh pelbagai pihak,kumpulan ini telah tewas ditangan polis dimasa itu.
    Susur keluar telemong
     
    10) Akhir nya susur keluar kuala terengganu iaitu hujung lebuh raya LPT2.Jalan keluar hujung LPT2 dua ada yang menamakan nya sebagai jalan kelantan,dari sini akan kepekan2 dan bandar2 sepanjang laluan untuk kekota baru,kekanan LPT2 ialah kekuala terengganu yang sejauh 23km,Kuala terengganu memang tak payah dipekenalkan kerana bandar raya ini dah pun termashyur diserata dunia,huhuhu...


    Aku sampai dihujung LPT2 pada pukul 7.00 petang,Kelewatan disebabkan aku berhenti dibanyak tempat seperti R&R diperasing,hentian kijal,susur keluar ke bukit besi dan singgah sebentar di hentian ajil disamping berhenti dijalanan untuk mengambil gambar.tapi malang gambar yang aku ambik kebanyakan nya tak menjadi kerana aku hanya mengunakan camera talipon nokia xpress muzik,.Camera tablet sudah kehabisan beteri,camera biasa aku terlupa bawak.Dari tol jabur hingga hujung LPT2 sepatutnya mengambil masa hanya 2 jam kalau memandu 100km sejam dan hanya sejam kalau memandu 190km sejam tanpa brek tapi mungkin hancur kereta dengan pemanduan selaju itu kalau kereta yang dipandu jenis cap ayam.Koman2 pun kereta honda atau kereta hebat jenis namanya (jenama).Satu perkara yang aku benar2 lupa ialah ukuran panjang LPT2,Aku telah set meter kereta aku dititik mula LPT2 tetapi terlupa plk nak tenguk bila sampai hujung LPT2,sesuatu yang tak patut terjadi,huhuhu...

    Sepanjang LPT2 ada beberapa buah jambatan yang dilalui sama ada jambatan atas darat atau jambatan yang melintasi sungai,Jambatan atas darat ialah jambatan yang merentasi jalan persekutuan dan merentasi paya yang lebar,Sungai besar yang aku ingat ialah sungai kemaman,sungai paka sungai dungun,sungai telemong,sungai terengganu dan sungai nerus,Banyak jambatan yang dibina disungai2 kecil yang aku tak ingat namanya,mungkin berpuluh2 jambatan termasuk jambatan atas darat.Yang menjadi tanda tanya aku ialah mengapakah LPT tidak diteruskan sahaja ke Jertih dan kelantan,Adakah sebab kewangan atau sebab2 lain seperti sebab politik.Mungkin LPT akan dibuat jgk pada suatu masa yang akan datang dan dinamakan sebagai lebuh raya pantai timur 3.. 
    hujung LPT2 Di kampung gemuroh Terengganu
     

    Ada beberapa cerita menarik tentang LPT2 terutamanya dihentian2.>>>>>>Diceritakan pernah terjadi kapada seseorang yang berasal dari kemaman,Individu itu telah memandu dari terengganu untuk kekemaman,Dipertengahan jalan beliau telah singgah untuk makan dan minum disebuah kedai makan yang dibuka di LPT2 dan perkara itu telah diceritakan apabila sampai ke kampung tapi telah dinafikan oleh orang2 dan kawan2 yang mahir di LPT2,sebab dimasa sekarang memang tak ada sebuah pun kedai makan yang dibuka,untuk mengesahkan cerita tersebut mereka telah pergi semula ketempat yang didakwa dan memang kedai makan itu tidak ujud.>>>>>>Pernah terjumpa seseorang perempuan sedang mengheret anak sedang berjalan diLPT2,bila dilihat, ada kelihatan darah yang mengalir dimata perempuan tersebut>>>>>> Dua cerita diatas aku telah kutip dari kawan yang aku percayai,mungkin rekaan atau memang terjadi,Aku sendiri pernah mencuba untuk merasai cerita seram dan ketakutan macam tu dengan memandu sendirian dimalam hari tapi tak ada plk benda2 pelik yang aku jumpa,walau macam mana pun aku tak bermaksud cerita yang diceritakan itu hanya rekaan mungkin orang tertentu sahaja yang akan terjumpa benda2 macam tu.>>>> selain itu LPT2 sangat kerap terjadi kemalangan,punca kemalangan mungkin kerana kegagalan jentera,jalan yang licin,terkena angin lintang dan mungkin tertenguk benda2 pelik,kikiki...


     Susur masuk ke LPT2 di Kampung Gemuroh Kuala Terengganu,permulaan LPT2 dari terengganu


    Aku berhenti solat jamak takdim dimasjid kampung batu 6 dan meneruskan perjalanan balik melalui manir, kuala telemong,melalui kg iman lapar,kampung tajin dan terus kekuala berang hingga kekampung aku lebih kurang pukul 8 mlm lebih,(sajer aku tak pusing balik ikut LPT2 ke Ajil dan terus ke kuala berang kerana aku nak ambik mood lain plk,puas doh atas lebuh raya)Tamat perjalanan sejauh 400km lebih dengan memakan kos minyak RM 80 dengan kereta proton BLM aku (minyak muroh doh boh) Sekian.....


    Sabtu, 7 Februari 2015

    ubi keladi rebus

    Pada suatu selepas isyak aku telah berkunjung kerumah mak cik aku,Kunjungan aku hanya lah untuk bertanya khabar sahaja,Aku telah dihidangkan dengan sepinggan ubi keladi rebus,sebenarnya aku sendiri sudah lama tak makan ubi jenis ini.Ubi keladi seperti sudah lama ditinggalkan,Ubi yang biasa seperti ubi kayu,ubi keledek dan beberapa jenis ubi sangat mudah didapati dipasar2.Walau macam mana pun ubi keladi masih lagi dijual dimusim2 banjir,Dimasa2 yang lain mungkin agak sukar untuk memperolehi ubi jenis ini..

    Yang agak malang sikit ubi yg dihidang kapada aku hanya diisi didalam tudung periuk,huhuhu,Mungkin kerana yang membawanya kapada aku ialah pak cik aku bukan nya mak cik aku.Terbukti kemudian nya mak cik aku telah memarahi pak cik aku dengan berkata,
    "tak baik anak teruna makan dalam tudung  periuk,"dan bebelan mak cik aku masih berbunyi prot pret prot pret untuk beberapa waktu,Aku hanya sengeh jer.

    Sesudah meminum tea o dan setudung periuk ubi keladi rebus dan sesudah bertanya kabar aku balik ke rumah dan meninggalkan pak cik dan mak cik aku terkebil2 dua orang,Padan dengan muka mereka kerana bagi sekolah anak2 mereka,Kalau anak2 mereka tak sekolah tinggi mereka tak lah terkebil2 macam tu,Ada orang kata kalau nak sekolahkan anak2 biar lah anak2 mempunyai percapaian yang sederhana jer,kalau anak2 tak berapa cerdik ada harapan anak2 akan tinggal dengan orang tua,kalau anak2 cerdik mereka akan kerja jauh2 dan kita akan tinggalkan orang tua dan akan terjadi lah terkebil2 mcm pak cik dan mak cik aku,huhuhuhu...sekian.

     KELADI...
    Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

    Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. Warna putih dan berjalur hijau nampak cerah dan menawan.

    Banyak nama pokok keladi yang dikenali seperti keladi betawi,keladi udang,keladi minyak,keladi gajah,keladi putih dan berpuloh2 jenis keladi lagi.Pokok ubi keladi seperti dalam gambar ialah pokok keladi yang isi nya aku makan,Sebenarnya banyak jenis keladi yang boleh dibuat sayur dan di komersilkan,Tapi ubi keladi seperti dalam gambar hanya sedap direbus dan dimakan seperti ubi kayu,Keladi jenis ini tak sedap dibuat sayur dan ada banyak jenis keladi dikhaskan untuk dibuat sayur.......

    Rabu, 4 Februari 2015

    desa pingitan


    Pada masa yang terluang (masa aku memang terluang sokmo) kebiasaan aku selalu mengunjungi rumah saudara mara aku yang berselerak atas dunia ini,(kihkihkih)Kebiasaan aku akan berkunjung kerumah saudara mara dimasa kenduri kawin,dimasa saudara mara sakit,dimasa ada kematian,dimasa ada sesuatu yang mesti dibereskan dgn saudara mara dan dimasa saja2 untuk berkunjung kerumah saudara mara.Menjadi kesukaan aku kalau tempat yang nak dikunjungi itu dikampung2 yang jauh dari bandar atau pun dikawasan2 hulu,kerana impian aku ingin sangat merasai keindahan tempat2 yang semacam itu.Walau mcm mana pun kampung2 sekarang sudah jarang ada dengan persekitaran tradisional nya,Kebanyakan kampung2 sekarang sudah pun melepasi ketradisionalan nya,Yang ada hanyalah sikap tradisional nya kerana dikampung2 masih ramai lagi golongan warga emas yang masih segar sihat dan mereka lah yang mengamalkan sikap tradisional mereka.Kadang2 rumah dikampung2 sudah mengatasi rumah2 dibandar2..

    Pada suatu petang aku telah berkunjung kerumah saudara aku disebuah kampung dipedalaman terengganu.Walau macam mana pun di terengganu sudah tak ada kawasan pendalaman,pendalaman yang aku maksudkan ialah kawasan kampung yang terletak jauh dari jalan2 utama.Diterengganu kebanyakan kampung2nya mempunyai jalan yang baik,bertar walau pun kecil

    Sudah menjadi kebiasaan orang kampung akan meraikan tetamunya sama ada tetamu itu yang telah biasa dengan mereka,Kalau ada kerja yang hendak dibuat biasanya mereka meluangkan masa dengan kita dan kerja mereka akan ditangguhkan untuk seketika.Kunjungan aku hanya lah untuk bersilaturahim,menyambung hubungan baik dengan orang tua aku.Saudara aku yang aku kunjungi mempunyai anak2 yang telah pun berkerja,Ada yang kerja dengan kerajaan dan ada yang hanya berkerja buruh biasa.Jadi tinggal lah mereka ini berdua suami isteri.

    Riuh rendah orang tua sudah menjadi kebiasaan dan kadang2 pertuturan yang kasar sudah menjadi kebiasaan untuk menunjukan kemesraan.Kadang2 pertuturan seperti itu menjadi sesuatu yang luar biasa kapada orang yang tak biasa.

    Aku dihidangkan dgn nasi pulut yang digaul dengan kelapa parut berteman kan ikan pekasam dan teh o,Sedapnya memang tak terkata.Hidangan seperti nasi pulut,ubi kayu rebus telah menjadi hidangan turun temurun sejak dulu,Walau macam mana pun hidangan seperti ini sudah pun beransur2 tiada oleh kerana permodenan.Biskut lemak manis,roti canai,nasi lemak telah mengambil tempatnya dan mudah didapati dikedai2.Ubi kayu masih lagi ditanam disesetengah tempat seperti rumah saudara aku yang aku kunjungi ini,Ianya hanya ditanam dibelakang2 rumah dalam kadar hanya beberapa pokok sahaja.

    Sudah menjadi kebiasaan orang tua buatan kampung akan menghalang kita balik sebelum makan nasi.Bahagian ini memang menjadi kegemaran aku.Sudah pasti lauk pauk yang akan dihidangkan berasaskan kapada masakan kampung yang aku pasti dengan cara saudara aku.Masa yang ada menjelang masa untuk makan malam diwaktu petang telah aku ambil dengan berjalan2 disekitar kampung sambil mengambil gambar.Terasa sangat apa yang ada didesa pingitan sangat memberi makna dengan kesunyian nya dan keindahan tempatnya,Masih ada lagi alur2 yang sangat bersih airnya merentang ditengah2 kampung,masih ada lagi riak2 kecil anak2 ikan berenang renang,masih ada lagi pokok2 tebu,pokok2 pisang yang ditanam ditepi2 rumah oleh penduduk kampung.

     Aku bertolak balik kekampung aku setelah solat maghrib yang sebelum nya aku dijamu dengan makan malam diwaktu petang dengan lauk yang berupa ikan perkasam,sayur lemak pucuk ubi kayu,petai jeruk danberulamkan timun batang muda.Mengambil salam yang dikirim oleh saudara aku kapada orang tua aku sudah menjadi tradisi dimana2 tempat khas nya orang tua,Sekian....

    Dunia nak kiamat

    Sejak akhir2 ini terlalu banyak kejadian yang berlaku seperti memberi amaran yang menunjukan dunia dah benar2 sampai kepenghujungnya.Ramai yang bercakap2 tentang kejadian pelik sama ada di luar2 atau didalam blog dan internet,Tanda besar yang telah pun terjadi yang menunjukan bahawa dunia dah diperhujungnya ialah kering nya tasik galilee,Tasik galilee telah kering pada tahap membimbangkan.   http://my-dunia-islam.blogspot.com/2011/11/boleh-jadi-kiamat-sudah-dekat.html

    Hubung kait tasik galilee dengan kedatangan hari kiamat berdasarkan kapada beberapa hadith yang berkaitan dengan kedatangan dajal kemuka bumi.Kedatangan dajal memerintah bumi adalah tanda2 besar akan terjadi nya kiamat

    Bencana2 besar yang terjadi seperti gempa bumi diaceh pada tahun 2004,Gempa bumi ini terjadi pada 26 Desember 2004 di lautan hindi, di-barat Aceh. Gempa ini berkekuatan 9.3 skala Richter, yang merupakan gempa bumi terbesar di asia tenggara. Gempa bumi ini juga menyebabkan terjadinya gelombang tsunami dan mengorbankan lebih 230.000 orang.

    Sebenarnya sudah banyak tanda2 besar yang terjadi yang tak perlu disenaraikan...

    Selain tanda2 besar yg terjadi bila nak kiamat,ada tanda2 kecil yang telah dicakapkan kapada aku oleh guru al quran aku sejak dulu2 lagi.Aku teringat kata2 guru al quran aku semasa aku kecik,bila nak kiamat orang islam akan jadi nombor satu dalam semua bidang,sama ada bidang sukan,atau bidang apa sekali pun,tapi aku tak nampak pulak perkara tu terjadi,Satu perkara lagi yang telah diberitahu ialah tentang pokok,guru aku kata bila akhir zaman pokok akan mengeluarkan buah nya sehingga tak termakan,Kalau nak dikirakan tentang pokok yang berbuah lebat ni,sekarang tanda2 tu memang ada,telah terjadi pokok buah2an berbuah sudah tidak mengikut musim,sentiasa ada sepanjang tahun,pada akhir zaman akan muncul binatang2 yang tak pernah dilihat,akan muncul binatang2 yang disangka telah pupus,pada akhir zaman manusia2 yang dilahirkan kebanyakan nya cantik2,cun melecun (perempuan) sedangkan kedua ibu bapa tak lah sesegak mana,Pada akhir zaman akan terjadi nya kezaliman yang melampaui batas,tak kira dilakukan oleh orang islam atau yang bukan islam.Diakhir zaman kejadian mungkar terjadi berleluasan sehingga dilihat sebagai perkara biasa,diakhir zaman jahiliyah nya mengatasi jahiliyah dizaman nabi,Diakhir dunia akan muncul segala bukti kisah silam yang tak terfikir oleh kita dan diakhir zaman ramai dari kita sentiasa bercakap dan memuja tamaddun yang telah lalu.(dikatakan klu seseorang sentiasa bercerita kisah2 lama,bermakna individu tersebut telah pun tua,begitu lah jgk dgn dunia,klu dunia sentiasa menerbitkan segala isi dan kisah nya yg lalu bermakna bumi itu sudah pun tua)....


    Kadang2 difikirkan pelik,Ramai yang membincangkan bila kiamat akan terjadi,ramai sangat yang membincangkan tarikh 21hb dis 2012,tarikh itu dikatakan kiamat akan terjadi,Tarikh yang jelas tak memberi apa2 makna pun (dah 2 tahun 2 bulan kan),Kalau lah tarikh itu hanya dipercayai oleh orang yang bukan islam sahaja tak menjadi satu masalah kerana itu dah memang sikap mereka yg nak menaikan sesuatu,seperti peniagaan dan sebagai nya.Kadang2 pelik memikirkan orang melayu islam kita yg sangat tabsub dengan tarikh tentang hari kiamat,hingga disatu tahap ustaz2 yang mengajar dimasjid2 telah mengingatkan bahaya mempercayai sesuatu yg bukan dari ajaran islam jatuh kufur hukum nya.


    Bagi aku nak kiamat  tak ada masalah langsung kapada aku, sama ada kiamat lambat atau cepat,Tak menjadi satu kegusaran langsung,kerana bagi aku kiamat merupakan satu kejadian yang tak tau bila,manusia tak akan tau kiamat itu bila terjadi,Malah dikatakan Nabi Muhammad sendiri pun tak tau bila terjadinya kiamat.Apa yang patut digusarkan ialah kematian kita, sebab kematian sesuatu yang pasti terjadi dan kematian tiada limit langsung sama ada yang muda atau yang tua,malah boleh dikatakan kematian akan terjadi pada bila2 masa sahaja.Kiamat tidak akan terjadi pada bila2 masa,kiamat mempunyai masa nya yang tersendiri yang hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.Kiamat mempunyai step yang tersendiri yang telah diatur oleh maha pengatur,Kiamat mesti mempunyai peristiwa nya sendiri sebelum kiamat terjadi..Kegusaran kapada kematian berkait rapat dengan amalan yang kita buat,kalau amalan nya sedikit tentu ini yang patut digusarkan sangat2 dan bukan sesekali kegusaran tentang bila kah kiamat. Kematian kita sepatutnya menjadi kegusaran kerana setiap dari kita wajib mati tapi kiamat tidak semestinya akan berlaku dimasa kita,jadi kegusaran dan membicarakan tentang bilakah kiamat akan terjadi merupakan sesuatu yang bodoh tanpa mengambil kira tentang amalan kita untuk menghadapi mati untuk hidup di hari akhirat,sekian.

    Selasa, 3 Februari 2015

    buat kad atm



    Berurusan dengan pejabat memang aku tak suka langsung,Kerenah pegawai2 dipejabat sangat merimaskan aku.Banyak kerenah dari pegawai yang bertugas menyebabkan aku benci untuk berurusan dipejabat,Kadang2 aku rasa kan sikap pegawai yang bertugas seperti ingin menyusahkan urusan yang kita buat.Urusan yang senang dipejabat ialah urusan di kaunter bayaran sama ada untuk bayar bil letrik,bil air dan bil2 hasil.Urusan yang payah ialah urusan yang perlu aku berhadapan dengan pegawai2.Kebanyakan dari pegawai bersikap sombong dan tak mesra pelanggan.Kadang2 langsung tak mengukir kan senyuman,jauh sekali nak bertanya kabar dan beramah tamah.Ramai dari pegawai yang bertugas memandang penuh kebencian kapada pelanggan.Bukan semua pegawai yang bersikap begitu tapi kebanyakan dari mereka memang begitu..Aku seboleh mungkin akan meminima berurusan dangan pejabat dan mungkin atas sebab2 itu lah aku malas nak kawin kerana malas untuk pergi kepejabat untuk berurusan dengan pegawai2..,kah kah kah kah....(Dah melalut jauh)




    Yang aku nak ceritakan ialah mcm mana urusan pejabat aku ketika nak membuat kad bank baru bila kad bank lama aku telah ditelan oleh mesin wang (ATM).Mula2 kebank, aku tanya pegawai kat bank apa yang harus dibuat untuk mendapatkan semula kad aku yang telah kena telan.Pegawai bank mencadangkan kapada aku supaya buat kad lain, kerana kad yang kena telan akan diambil oleh ibu pejabat dan lambat diserahkan kepada cawangan.

    Yang diperlukan untuk buat kad atm baru ialah mykad dan sekeping fotostat mykad.Urusan  hanya dikaunter yang dikhaskan.Urusan hanya mengambil masa 10 minit sahaja dan kad baru dikeluar dengan nombor password yang belainan dari kad yang lama,Urusan penukaran nombor pin boleh dibuat dimesin ATM

    Yang menjadi masalah ketika aku berurusan ialah Komputer tidak dapat detect mykad aku,mungkin komputer rosak atau memang mykad aku dah lapuk,Jalam penyelesaian nya ialah dengan mengunakan lesen memandu, dengan lesen memandu kad atm aku boleh dikeluarkan dan digunakan.Aku tak pernah pulak dengar untuk membuat kad atm mengunakan lesen memandu tapi itu lah yang terjadi.

    Kesimpulan nya ialah untuk membuat kad atm baru hanya memerlukan mykad dan fotostat mykad dan terus kekaunter khas untuk membuat kad atm.Dalam kes seperti aku sahaja lesen memandu diperlukan,sekian