Isnin, 28 Oktober 2019

mengungkap misteri batu kapal.kg gerdong

Batu kapal dah beberapa kali aku pergi.Aku  pergi ke batu kapal antara tahun 2010 hingga tahun 2011.Kali pertama aku pergi kerana menemani pegawai dari KBS.Pegawai tersebut ingin pergi untuk melihat batu kapal.Pada kali pertama pergi,aku dan pegawai tersebut hanya meninjau dari jauh sahaja kerana beliau ingin membuat program dengan orang2 nya untuk sedikit masa lagi..
BATU KAPAL...ada nampak macam kapal tak

Yang kedua aku pergi ke batu kapal dengan pegawai yg telah tersebut tadi,Pada kali ini beliau telah membawa beberapa orang dari kaki tangan nya atau kawan2 nya,Pada kali ini kami masuk jauh kedalam hutan dengan menelusuri sungai yang berada dikawasan tersebut.Sebenar nya kawasan batu kapal tak lah diketahui sangat titik yg sebenarnya,Senang citer raba dalam gelap,yakni takada panduan,panduan nya hanya lah dengar cakap2 dari kawan2 pegawai tersebut.Oleh kerana dah jauh masuk kedalam hutan,keletihan tak dapat dielakan,lebih2 lagi tak bawa bekal,Oleh kerana dah tak larat,kawan baru aku [pegawai]  mengambil keputusan utk keluar sahaja dari kawasan tersebut.Perjalanan dua jam memang sangat meletihkan..Batu kapal tak jumpa..

Kali ketiga juga dengan pegawai tersebut,pada kali ini dia telah bawa ramai dari budak2 nya,mungkin pelatih kut,ada perempuan dan ramai lelaki.Pada kali ini aku lihat persediaan agak mencukupi dari bekal nasi hingga air serta makanan ringan dan peta ringkas.Siap plk dgn baca doa dan ingatan adab2 masuk hutan,Laluan pada kali ini juga ikut laluan yg dulu malah lebih jauh lagi hingga hampir puncak.Sebenarnya perjalanan akan bermasalah apabila ramai peserta.Apabila ramai banyak kerenah nya,ada yang jatuh ada yg takut pacat,kalau gatal2 sikit dah berhenti dan mcm2 kerenah lagi.Oleh kerana perjalanan dah hampir tiga jam,semua peserta diperintah turun kesungai dibawah bukit,ada yg makan bekal dan ada yg tersadai berbaring keletihan diatas batu sungai.Keletihan tersebut mungkin disebabkan mereka pegawai kerana aku yg tak pegawai ni tak letih pun hahaha.

Oleh kerana semua tak larat pegawai tersebut meminta aku untuk mencari batu kapal seorang diri.Untuk tidak menhampa kan permintaan tersebut aku berlari keatas bukit dengan berbekal sebilah benet dan sebotol air,ala ala Rambo lah konon nya,Dalam 20 minit aku berkejar keatas bukit aku dah jumpa batu kapal yg dicari..Sebenar nya mendaki pada mula2 tadi melalui sebelah kiri sungai dan aku sendiri yg keseorangan ikut sebelah kanan sungai sebab cari sebelah kiri lah batu kapal gagal dijumpai,padahal batu dekat sangat dengan laluan semasa mendaki berkumpulan tadi…Setelah pasti itu lah batu kapal,aku berlari semula kebawah bukit untuk  beri tahu penemuan aku.Dimasa tahun 2011  aku masih lagi mampu untuk berlari mendaki dan menuruni bukit tanpa rasa letih,maklum lah muda lagi masa tu,hahaha..

Kali keempat aku pergi dgn kawan aku org johor pada 8-12-2011,Hanya berdua,mendaki pada pukul 3.00 petang dan sampai semula kebawah pada pukul 5.15 petang,Disini menunjukan kalau pergi dgn peserta yg sikit perjalanan jadi cepat,kalau ramai memang jadi lambat.Masa yg diambik utk mendaki hanya sejam 15 minit dan menuruni hanya 30 minit.


Kali kelima pada 23-10-2019 iaitu ikut rombongan orang,Program ni di anjur kan oleh DUN kuala berang bersama pejabat daerah serta kemas kawasan kuala berang,Seramai 60 peserta yg mengambil bahagian dan sebilangan besar mendaki ke batu kapal hanya sebahagian kecik sahaja yg tinggal kerana urusan makan minum peserta.Peserta lelaki 45 orang dan perempuan 15 orang.
video youtube aku pada tahun 2011

Pendakian pada kali ini tak lah mencabar sangat seperti dimasa2 dulu kerana separuh dari laluan telah dibuat jalan,hanya separuh sahaja laluan hutan,jadi banyak masa dapat dijimatkan untuk kebatu kapal.Kalau dulu memakan masa selama dua jam untuk sampai sekarang ni mengambil masa hanya sejam sahaja.

Atur cara majlis
8-9 pagi         Pendaftaran
9 pagi             Taklimat
9.15                bertolak dengan pacuan 4 roda
9.30                mendaki
10.30              sampai di batu kapal
10.30-11.30    taklimat tentang batu kapal dan bergedik..hehehe
11.30              menuruni bukit---ke titik mula.
12.00              makan tengahari
1.00                bersurai
video youtube aku pada 23-10-2019

Point aku pada pukul 10.30 hingga 11.30,pada masa itu penerangan tentang batu kapal telah diberikan oleh seorang peserta orang tempatan.Beliau telah menerang susur galor tentang batu kapal cuma aku tak ambik endah sangat kerana sibuk ambik gambar,lagi pun aku telah ada sikap aku sendiri tentang batu kapal.

Persoalan aku ialah mengapa kapal yang telah jadi batu itu terdampar kat situ,sedangkan kawasan tersebut jauh dari laut..Ada yg mendakwa ditempat tu laut dimasa dahulu.Kalau kawasan tu laut diketika dahulu,berapa ribu tahun kah,Yg pasti bkn seribu tahun atau 10000 tahun sbb hutan tu sendiri dikatakan berusia beratus ribu tahun.kalau lah hutan tu berusia beratus ribu tahun,masa mana kah lautan tu ujud.Kalau lah benar lautan itu ujud beratus ribu tahun dahulu,memang itu bukan kapal yg menjadi batu kerana keujudan manusia hanya baru 7000-8000 tahun berdasar kpd atikel ini πŸ‘‰πŸ‘‰ https://www.bharian.com.my/node/107926  Maka batu kapal bukan lah kapal yg jadi batu tetapi mmg batu tu hanya nampak mcm kapal.

Andaian yg aku buat hanya datang dari aku sendiri bkn dgr cerita org atau sebagai nya,sekian cerita batu kapal versi aku..

GAMBAR SUNGAI YG ADA DIBUKIT BATU KAPAL.






Pada 23-10-2019 air sungai ni agak keruh,sebab2 keruh mungkin disebabkan hujan yg lebat dimalam hari nya.Dikatakan kawasan ni tiada pembalakan,jadi air keruh bkn sebab kegiatan pembalakan,lagi pun kawasan ni hutan simpan yg akan dimusnahkan pada bila2 masa🀣🀣🀣🀣.

GAMBAR-GAMBAR
separuh dari laluan telah dibuat jalan macam ni,Separuh lagi mengunakan laluan hutan sepenuh nya sehingga ke batu kapal

Peserta dibagi kpd 5 kumpulan kecil utk memudahkan perjalanan,kumpulan belakang tak boleh potong yg depan,last2 potong jgk kerana peserta depan tak larat

Rasanya brother ni tak sampai,berjalan 30 minit dah letih dan dibawah ketempat mula.

Kat sini last laluan selesa,dari sini lah bermulanya laluan denai hutan

Dari sini hanya 250 meter mendaki ke batu kapal

Eksen lebih,biasanya peserta2 baru mesti panjat batu kapal.

Peserta baru mesti berebut nak selfie

Sebahagian dari peserta bergambar ramai2.

catitan:kalau nak ke batu kapal hendak lah pohon permitdari pejabat hutan,Permit boleh dipohon dipejabat hutan kuala berang...Dikenakan bayaran tak pasti..hishhhh panjang betul rencana aku ni,larat tak orang nak baca...huhuhu...

Rabu, 16 Oktober 2019

Buat pulut kuning

Ketika aku nak tidur iaitu pada pukul 10 malam,mak memanggil aku dengar suara yg agak keras,aku terburu2 pergi kebilik nya,pada sangkaan aku mak aku sakit,almaklum lah dia sentiasa sakit,tapi jangkaan aku meleset,rupa2nya dia nak makan nasi kunyit atau pulut kuning,dalam fikiran aku berkata,
"apahal mak aku ni"..
Malam2 buta mana ada orang jual pulut kuning,lain lah kalau dibandar2.Oleh kerana aku merungut payah nak dapat pada waktu malam,mak aku suruh je aku buat pulut tu,dia cakap,bukan payah pun nak buat.Antara aku kompius dgn suruhan mak aku dan kehendaknya makan pulut kuning,aku bergegas kedapur,basuh beras pulut,parut kelapa,tumbuk kunyit hidup dan buat apa yg sepatutnya untuk buat pulut kuning.Bagi aku tak payah sangat utk buat pulut kuning,lagi pun yg nak makan aku dan mak aku je,jadi tak heran kpd aku utk buat pulut kuning.
Beras pulut faiza,mesti mendahului barang bumiputra..

Untuk.memudahkan kerja aku utk masak pulut kuning,aku guna dapur letrik je,walau pun aku tau masak pulut sangat cerewet,isi air banyak akan jadi lembek,isi sedikit tak masak plk.
Masih dlm periuk letrik,apabila periuk ni off,nasi belum masak,sbb tu lah dimasak ke dapur biasa plk.

Cara aku buat senang sangat..
Mula2 basuh beras pulut dan tos kan.
Perah kelapa parut menjadi santan.
Masukan sedikit garam kedalam santan.secukup rasa.
Tumbuk/ blender kunyit yg secukupnya,kalau banyak sangat nanti tak sedap plk.kemudian tapis..
Santan dan tapisan kunyit tadi dicampur,kalau nak kuning lagi campurkan pewarna kuning,yg aku buat ni tak ada lah campur2 dgn pewarna,hentam saja dgn tapisan kunyit.
Pulut yg ditoskan tadi dimasukan kedalam periuk letrik bersama santan berkunyit.kadar santan hanyalah tengelam saja beras pulut.kalau banyak akan jadi lembek.
On je periuk letrik dan tunggu..
Setelah swiss periuk off (jetak) ambil periuk dan letak keatas dapur gas,buka api yg paling kecik,sambil itu balik2kan nasi sehingga masak,biasanya dalam 15 minit atas dapur gas,nasi nya masak..
Masa yg diambil untuk memasaknya dalam sejam bermula dari parut kelapa dan ini lah hasil nya.Sebenarnya pulut tu elok mcm tu kerana aku nak snap gambar je,lakunan je tu.🀣🀣🀣

Setelah masak dalam pukul 11 malam,aku kejutkan mak aku yg tidur,berselera dia makan nasi pulut kuning aku dgn ikan rebus.Tu cerita pulut kuning aku yg dibuat pada 10 malam,16-10-2019,sekian.

Aku ni kan,semua pandai,masak pandai,main motor pandai,buat rumah pandai tp mendirikan rumah tangga aku tak pandai..hahahaha.
πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Catitan:beras pulut 3 cawan dan santan semangkuk sedang.

Rabu, 9 Oktober 2019

AIR TERJUN SUNGAI CIH

Air terjun sungai cih merupakan satu dari cawangan sungai berang.Untuk masuk ke sungai ni memerlukan kudrat yg bukan sedikit,memerlukan ketahanan yg tinggi kerana utk mencapai nya perlu mendaki bukit dan meredah paya,baru lah sungai ini boleh dilihat dgn mata,kalau tak hanya dilihat digoogle map sahaja.
Ada dua jalan untuk masuk kesini,yg pertama melalui jalan balak selepas felcra kuala embong dan yg kedua melalui tempat perkelahan belukar bukit,Sungai cih terletak sebelah kanan sungai berang iaitu dihulu tempat berkelah,Klu nak kesini mulut jgn cabul nanti tak jumpa jalan balik.Senang cerita kena kidnapped oleh bunian.
Jalan bukit yg aku cerita untuk kesungai cih iaitu selepas felcra kuala embong memerlukan masa lebih dari 3 jam berjalan kaki dgn laluan yg sentiasa menaik,Waktu menurun nya apabila kita sampai ke air terjun sungai cih,Perjalanan sgt sukar kerana terpaksa meredah jalan balak yg dah sembuh,dgn paya yg menakutkan..mcm cerita seram jer🀣πŸ˜₯🀣.

Melalui tempat perkelahan belukar bukit aku tak tau masa yg diperlukan untuk mencapai air terjun sungai cih kerana aku tak pernah mengunakan laluan tersebut,Kalau ada yg nak tau pergi lah sendiri,jgn tanya org,hahaha.

Sekian cerita air terjun sungai Cih.
Sungai cih di-google map

Video air terjun sungai cih,hasil karya aku sendiri,lihatlah kecantikan air terjun nya.

Rabu, 25 September 2019

Air terjun sungai embong

Air terjun sungai embong terletak dikuala embong,Kuala embong ialah sebuah dari projek felcra.Dimasa dahulu kuala embong merupakan sebuah kampung,telah ditinggalkan oleh penduduknya ketempat yg lebih selesa dihilir kampung kuala embong.Kuala embong terletak antara kampung sekayu dan tempat perkelahan kg belukar bukit.Air terjun kuala embong tersorok jauh kedalam hutan dihutan simpanan,(simpan pun balak dikerjakan jgk) Untuk kesini (air terjun) memerlukan kudrat yg lebih kerana untuk mencapai air terjun perlu berjalan mengharumg sungai kehulu.Aku terjumpa air terjun ni kerana pergi memancing disungai tersebut.





Selasa, 24 September 2019

Lagu laksamana raja dilaut.

Lagu laksamana raja dilaut aku hanya kenal setelah aku dengar nyanyian nya didendangkan oleh seorang artis megantara iaitu nana nutrisari.Kebetulan aku memang suka dengar lagu2 yg didendang oleh artis lombok indonesia dan mmg artis yg paling aku suka dgr nyanyiannya ialah nana nutrisari.selain itu ialah ida ocet sebagai dancer.Walau mcm mana pun artis2 megantara ni tak kaya raya mcm artis terkenal indonesia lain nya seperti yg ternama via vallen,dewi persik atau yg lain nya.Apa yg aku faham kumpulan muzik lombok hanya dipersembahkan dikenduri kawin atau dikeramaian lain..Punya lah aku suka artis ni sampai tertenguk kawan2 ngabuburit rumah nana nutrisari.Apa yg aku faham ngabuburit bermaksud pergi berjalan2 atau berkunjung. (ngabuburit bahasa sasak aku rasa,tp agak jelek kpd bahasa melayu perkataan belakang nyaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‹)

Setelah aku tgk video nyanyian lagu laksamana raja dilaut,aku tercari2 dlm youtube tentang  lagu ni,disitu aku bertemu video tasya rosmala,penyanyi muda dari indonesia jgk.Bkn main dia nyanyikan lagu tu dgn nafas yg panjang..Setelah tu baru lah aku terjumpa nyanyian iyeth Bustami,seorang melayu yg berasal dari bengkalis riau Indonesia dan iyeth bustami dikatakan pencipta lagu laksamana raja dilaut.Selepas itu plk aku  ketahui yg lagu laksamana raja dilaut telah menjadi lagu kebangsaan negara Indonesia.Kalau dah jadi lagu kebangsaan lagu ini mmg hebat,Kalau taip di youtube lagu laksamana raja dilaut akan terbit nama2 seperti rara,tasya rusmala,lesti,iyeth bustami,super emak dan sebagai nya sehingga kan aku sangka lagu ni lagu org indonesia.

Selepas itulah aku jumpa lagu laksamana raja dilaut di nyanyikan oleh Dato M daud kilau dan siti nurhaliza dan ramai artis malaysia lain nya.punya lah jauh aku pergi last2 lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi malaysia.Lebih mengejutkan lagi lagu ini dibuat oleh kompuser malaysia sendiri iaitu pak ngah dan lebih mengejutkan lagi lagu ni dah jadi kontravesi,seperti disebut diatas lagu ni kepunyaan iyeth bustami dan sgt popular di indonesia tp ada seseorang telah mendakwa bahawa lagu ni di ciplak karya nya sehingga dibawa kemahkamah,dari sini lah yg kena dakwa iaitu iyeth bustami telah membawa pak ngah sebagai saksi dipihaknya sebagai pak.ngah lah pencipta sebenar lagu laksamana raja dilaut dan dikatakan kontraversi ini berlarutan.Tak tau aku akan kesudahan episod mahkamah.Malas nak google.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Tu lah cerita lagu laksamana raja dilaut yg aku baru dgr sedangkan lagu ni popular sejak belasan tahun yg lalu...Mungkin jgk puluhan tahun..

VIDEO2 NYA.
Nana nutrisari

Tasya rosmala

Iyeth bustami

M Daud Kilau


Ahad, 22 September 2019

Tasik atas bukit


Tempat tasik atas bukit aku jumpa ketika aku bermain2 dgn aplikasi google map.Zoom punya zoom atas peta tu, aku jumpa satu titik seperti kolam didalam hutan luas.Tenguk punya tgk dan ukur pada peta,aku dapati panjang nya 50 meter dan lebar nya 40 meter,dari situ lah aku bercita2 nak pergi.Nak tenguk apa kah bendanya,mana tau kut ada ikan kelah besar2.

tanda merah ialah tasik apabila dilihat dari jauh dipeta google

Pada satu hari dgn menunggang motor yg diubah suai kerana mengikut kesesuaian,aku bersama kawan2 aku memulakan perjalanan dilaluan balak ditepi tasik kenyir,kawan yg aku maksudkan bukan kawan pun tp adik beradik aku dan anak saudara aku,aku sering berpergian mcm tu utk kemana2 kedalam hutan.Senang nak berkira

Jauh laluan balak disekitar 30km,masa yg diambil lebih kurang hampir 2 jam utk sampai ketitik dimana tasik berada.Dua jam bukan dilambatkan tetapi melalui jalan balak tak seperti menunggang atas tar,byk kerenah nya.

Tasik terlihat jelas apabila dizoom lebih dekat.

Sampai ketitik paling dkt dengan tasik,aku  dan yg lain nya parking motor dan memulakan perjalanan dgn perpandukan  google map pada tablet yg di buka sepenuh nya,Aku sendiri tak faham mcm mana aplikasi ni bekerja kerana ditempat yg jauh kedalam hutan line internet mmg tak ada tp aplikasi ni berkerja dgn sgt baik,menunjuk kearah yg sepatutnya samada semakin jauh atau sebaliknya

Berjalan kaki dgn mendaki dikecerunan 60-70 darjah mmg menyukarkan lebih2 lagi dgn memegang tab dan power bank nya sekali.Keadaan yg mcm ni menjadikan perjalanan menjadi lambat.Lebih kurang 2 jam diambik untuk sampai ketasik dgn jarak hampir sekilometer.Satu kilometer didalam hutan merupakan perjalanan yg jauh berbanding berjalan di atas jalan raya.

Pada mula nya aku tak tau tempat yg kami semua berhenti itu adalah tasik,aku memgetahui nya setelah tablet dibuka semula setelah di off tadi kerana hujan lebat.Setelah dibuka tanda biru pada peta menunjukan kami semua dah pun berada ditepi tasik,tanda biru pada peta aku lupa nak screenshot,terlupa...

Perlu juga diketahui kawasan tasik merupakan tanah datar seolah2 kita berada dikawasan bawah padahal tempat tasik diatas bukit,senang cerita tempat ni seolah2 dataran.Seperti dalam gambar kat bawah tasik seperti kawasan berpaya.Biasanya kawasan berpaya dikawasan bawah tetapi tempat ni atas bukit dan didalam hutan yang tebal.

Setelah melihat2 dan mengambil gambar kami semua menurun balik ke motor yg diparking dibawah bukit.Kami semua ditasik hanya 20 minit sahaja.Tak ada peluang tunggu lama2 kat situ kerana hari dah gelap,dalam hutan gelap lebih cepat kerana keadaan hutan yg tebal.Menurun mengambil masa hanya 20-30 minit sahaja...Sampai dimotor...start dan balik je lerr.

Gambar2 kat bawahπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Selasa, 10 September 2019

Cara tukar hak milik tanah

Tukar hak milik tanah mempunyai beberapa jenis nya,tukar hak milik tanah atas sebab tanah dijual,atas sebab menerima pusaka,atas sebab pemberian orang tua dan mungkin atas sebab orang suka2 nak beri tanah kat kita,hahaha..kategori ni mmg sgt mustahil tp kemungkinan tetap ada.Yang aku nak citer cara menukar hak milik tanah atas pemberian orang tua aku iaitu mak aku.dikatakan cara tukar hak milik tanah yg ni lah yg paling senang sbb tak byk kerenah,Mula2 sekali pergi kat pejabat tanah,sampai situ terus je tanya kpd pegawai ditempat bertanya tentang urusan kita kat situ,pegawai tu mengarahkan kita kekaunter pindah hak milik tanah,biasanya kaunter pindah hak milik tanah tak lah sibuk sangat,kalau pun sibuk tak lah sesibuk seperti kaunter2 dipejabat pos,sesampai dikaunter yg dimaksudkan kita akan dilayan oleh seorang pegawai,pegawai tersebut akan bagi satu borang yg perlu diisi,kalau tak reti isi kita suruh je pegawai tu yg isi,kita buat lah alasan yg lojik2 kerana tak pandai isi borang,contoh nya kita cakap lah mengeletar sebab pegawai cun sangat jadi nak menulis tulisan jadi huduh tp jangan lah sampai kata2 kita tu seolah2 nak mengorat pegawai tu plk,tp kalau nak mengorat pun apa salah nya,untung2 ada jodoh,dapat kawin dgn pegawai yg cun melecun,(tu pun klu pegawai tu ppuan dan kita plk lelaki,hahaha).Dalam urusan aku ni mmg seorang pegawai ppuan yg sgt cun,sehingga ketar aku tgk..nk mengorat aku tak berani,takut kena tengking..🀣🀣🀣🀣.

Kebiasaan nya pegawai yg bertugas akan isi borang kerana kesalahan yg dilakukan oleh kita klu kita yg isi, akan menyusahkan pegawai tu jgk..
Dokumen yg mesti ada ialah,
Geran tanah.
Kad pengenalan
Salinan kad pengenalan kita dan pemilik tanah

Setelah borang diisi oleh pegawai tersebut kita dikenakan bayaran sebanyak rm40 untuk menukar hak milik tanah berdasar kasih sayang,dalam kategori lain aku tak pasti plk.Kita akan dipanggil semula beberapa hari kemudian,biasanya dalam masa seminggu,kelambatan mungkin disebabkan oleh pegawai nak meneliti semua dokumen kita, kita akan dipanggil  semula melalui nombor talipon yg kita bagi kapada pegawai yg bertugas.

Pada kali ini proses untuk mengambil cap jari melalui cap jari elektronik dan tanda tangan biasa,Pemilik tanah tak perlu kpd cap jari elektronik hanya tanda tangan cop iaitu yg guna dakwat. Setelah semua nya selesai kita perlu bawa dokumen yg diisi lengkap ke jabatan hasil dalam negeri,dipejabat hasil dalam negeri dokumen yg difotostap sahaja yg digunakan,borang asal akan dikembalikan kpd kita untuk proses yg akan datang,tujuan nya untuk menilai tanah kita untuk pencukaian yg akan dikenakan.biasa 1% dari nilai tanah,contoh nya klu rm50000,cukai nya rm500.tapi untuk memurahkan lagi cukai nya kita hendak lah slip kan fotostap surat beranak kita bersama dokumen2 tadi.Setelah semua selesai kita balik lagi kerumah dgn perjanjian selama 3 minggu penilaian tanah kita akan selesai.Pihak jabatan akan panggil lagi kita dlm tempuh tersebut.Walau mcmana pun tempuh yg diberikan seperti dipejabat tanah dan jabatan dalam negeri merupakan proses biasa tp mungkin jgk boleh siap dlm sehari,mana lah tau kut kita ni org bijak atau ramai kenalan dipejabat,tp aku jenis redah je.

Setelah tiga minggu yg dijanjikan,aku terima surat dari pejabat hasil,butiran nya ialah cukai yg dikenakan dan nilai tanah..nilai tanah yg nak dipindah milik berjumlah RM 300 ribu dan cukai yg dikenakan sebanyak RM600,tak sampai 1% pun,mungkin kerana tukar hak milik tanah ni berdasar kpd kasih sayang jadi cukai yg dikenakan sebanyak itu sahaja.Setelah selesai pembayaran dilembaga hasil,aku bawa semua dokumen yg ada kepejabat tanah.Dipejabat tanah semua dokumen yg ada,termasuk geran tanah diserahkan kpd pegawai yg bertugas,pegawai ppuan yg cun,yg telah aku ceritakan..serasa aku mcm nak duduk pejabat tu jer🀣🀣🀣🀣.Disini dikenakan bayaran sebanyak RM40..untuk urusan pejabat katanya..Yg dimaksudkan urusan pejabat,mungkin buat geran baru dan tak mungkin utk pegawai pejabat tanah  utk minum teh.Jadi jumlah bayaran utk tukar hak milik tanah ini sebanyak RM710......SEKIAN.

Ahad, 8 September 2019

Buy muslim first.

Buy muslim first telah digerakan sejak akhir2 ini akibat dari kekalahan kerajaan umno barisan nasional pada tahun 2018.Kempen ini telah digerakkan oleh orang perseorangan dan NGO muslim.Kempen ini dikatakan sebagai boikot oleh sesetengah orang tp dipertahankan oleh orang lain pula sebagai buy muslim first bukan nya boikot.Buy muslim first terjadi akibat dari kesombongan bangsa china kafir yg menguasai negara sekarang,Semua jabatan telah dikuasai oleh china kafir termasuk lah kementerian kewangan.Peringkat putrajaya hampir dikuasai penuh oleh china kafir.Disatu peringkat bangsa china telah menghina ugama islam dan sekali gus telah menghina bangsa melayu semahu2nya.Penghinaan kpd ugama islam dan bangsa melayu bukan sekadar oleh orang biasa dari bangsa kafir, tp telah disokong plk oleh menteri2 kafir.Yg lebih malang sokongan padu telah diberikan oleh menteri2 melayu yg dikatakan sebagai berugama islam.Penghinaan keatas ugama islam dan nabi SAW tidak diambik tindakan yg sewajarnya oleh pemerintah.Keadaan yg seperti ini telah menimbulkan kemarah oleh umat islam yg menjadi penduduk majoriti negara.Tindakan tak mungkin diambil keatas penghina melayu dan penghina nabi SAW dan penghina raja2 kerana negara dipandu dan dikuasai sepenuhnya oleh org kafir.Tak berhenti dgn setakat tu saja, ada dari pemimpin bangsa kafir dah mula memasuki masjid seolah2 ingin bagi tazkirah kpd umat islam.Dari kempen buy muslim first ini jgk telah ada pemimpin kafir yg meminta org islam meneladani sifat rasulullah yg membeli product org yahudi,Setelah mereka rasa tersakit sikit,mereka mengunakan islam utk melemahkan org islam.Yg bangsa kafir ni tak tau ialah teladan nabi itu kerana sikap kafir yg tunduk kpd islam,tiada penghinaan,tiada provokasi terhadap islam dimasa itu.. Yg bangsa kafir ni pura2 tak tau ialah hukuman penghina nabi ialah dibunuh.
Contoh2 product muslim

Bertolak dari sikap china kafir ni lah terjadi nya kempen yg dinamakan buy muslim first.Kpd aku mmg agak susah untuk melaksana kempen ni kerana ekonomi telah dipegang oleh china kapir dari banyak sektor..Bila tgk satu barangan mesti dibuat oleh kafir china.Walau mcmana pun untuk mencuba mmg tak salah contoh nya ialah orang melayu atau muslim jgn berbelanja dikedai china kapir.Lebih mudah cerita ialah,melayu beli kat kedai melayu,melayu jgn sesekali berbelanja dikedai china.Seorang muslim mesti faham tentang makanan halal,disini peluang terbaik org islam berbelanja barang yg dibuat oleh orang islam, Kerana barang yg dibuat tentu halal.Aku harap kempen ini disambut baik oleh org islam tanpa mengira fahaman politik tanpa mengira bangsa...

Selasa, 3 September 2019

Air terjun atas bukit

Masuk hutan sudah jadi kebiasaan aku sejak dulu,Walau mcmana pun hutan yg aku masuk hanya didaerah aku sahaja iaitu dihulu terengganu,aku tak ada kesempatan utk terjah hutan dinegeri lain.Lagi pun aku bkn bekerja dgn pejabat hutan dan bukan malim gunung.Oleh kerana bukan bekerja yg berkaitan dgn hutan,masuk hutan sebagai beriadah saja.Paling jauh hutan yg aku pernah pergi ialah hutan hulu tembat terengganu.Pergi hanya untuk memancing sahaja.Pada masa itu empangan kedua kenyir belum lagi dibina,Sekarang ni tempat tu dan jadi kenangan,dah tengelam.untuk memancing disitu aku terpaksa berjalan kaki sambil memikul bekalan selama 6 jam,

Selain tu hutan dicengal besar dungun,Kehutan dungun terengganu hanya untuk pergi tenguk pokok cengal besar yg masyhur itu..Banyak juga pengalaman aku main hutan,suka duka nya dan ketakutan serta misteri.

Yg menarik aku jumpa ialah air terjun,air terjun yg aku maksudkan ialah air terjun yg jauh kedalam hutan dan tak dikunjungi orang.Salah satu air terjun yg jauh kedalam hutan ialah air terjun sungai lasir.Umum mengetahui air terjun lasir terletak dalam tasir kenyir dan air terjun ni sering dikunjungi orang,samada orang jauh dan dekat tp air terjun sungai lasir terletak jauh kehulu sungai lasir dan jarang dikunjungi orang,kalau pun yg datang kesini hanya pencari rotan, pencari gaharu,pengunjung lain ialah pekerja pejabat hutan dan mungkin pemburu haram dari luar negara.

Air terjun sungai lasir terletak sejauh 4 km mengikut google map kekuala nya yg terletak ditasik kenyir,jauh mengikut likuan sungai nya mungkin dlm 6-7 km..mengikut ukuran ketinggian dlm perkhidmatan google play ialah 1500-2000 kaki dari aras laut,kawasan ini mempunyai puncak setinggi 3983 kaki dari aras laut.Atas sebab ketinggian itu lah blog aku ni bertajuk air terjun atas bukit.

Aku kesini hanya main moto dan boleh dikatakan sebagai berkelah,30 km diperlukan untuk sampai keair terjun ni.Laluan kesini melalui jalan balak yg baru dibuka,diceritakan pembalakan akan tamat tempuh pada tahun 2020 atau lebih lama.Bayangkan kemusnahan yg akan terjadi akibat pembalakan,mungkin sungai ni akan jadi mcm parit kalau tak pupus pun.Ketinggian air terjun ni aku tak pasti,mungkin semeter mungkin jgk dua meter dan mungkin jgk sepuloh meter,wallahualam..tgk je video kat bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.Sekian.







Isnin, 2 September 2019

Kawasan perkelahan Sungai chomo

Sungai chomo merupakan tempat bela/ternak ikan sangkar di tasik kenyir tetapi yg aku nak citer tentang sungai chomo tempat berkelah,bukan sungai chomo tempat bela ikan dlm sangkar dlm tasik kenyir.Tempat berkelah sungai chomo tak popular seperti tempat berkelah lain yg popular.Tempat ni tersorok dilaluan ke tempat ternak ikan sungai chomo,tersorok nya tempat ni  sehingga menjadi takut utk pergi seorang,tempat ni sgt sesuai utk mandi manda,terutamanya budak kecik,ada wakaf tempat berehat tp tak ada tandas,tak ada surau,kalau berhajat nak buang mungkin boleh pergi kedalam rok/semak..heeee.Kalau nak solat plk boleh saja hampar sejadah kat mana2 saja disitu,yg penting solat mesti dikerjakan tak kira tempat.Persediaan ala kadar ini mmg berpatutan sangat dengan tempat perkelahan kecik seperti ini,Kawasan perkelahan yg jauh dari segala kesibukan,kawasan yg sunyi senyap sehinggakan yg terdengar hanya nafas kita sahaja,sesekali hanya terdengar kocakan kecil air sungai yg deras menghilir.Kelihatan anak2 ikan berenang2 dgn bebas,Pokok2 renek yg tumbuh dikedua2 belah tebing bertambah lagi kecantikan sungai nya.Pemandangan hutan nya cukup mempesonakan.Pemandangan hutan yg indah ini juga terhidang disepanjang laluan utk sampai kekawasan perkelahan ini.

Cerita kat atas sudah berlalu beberapa tahun yg lalu,cerita pada tahun 2019 sangat berlainan sekali,hanyutan sungai yg jernih sudah tak ada lagi,yg ada hanya sebatang sungai yg amat lesu aliran nya,Tebing sungai yg dulu diselimuti dgn pepohon dah tak kelihatan,ada sesetengah tempat telah ditumbuhi pokok renek yg miang.

Kawasan perkelahan ni telah diterjah oleh jentera berat kerana pembalakan,Yg masih kelihatan hanyalah tempat berehat yg dah sangat uzur,atap yg dah tercabut tak dibaiki dan ada yg telah roboh menyembah tanah.Sangat sedih kelihatan.sekian

Dua gambar kat bawah telah diambik ditempat yg sama tapi pada tahun berbeza
Tahun 2012

Tahun 2019


Gambar2 lain pada tahun 2019πŸ‘‡
Laluan masuk nya telah bertar sejak dari dulu..
Tempat berehat yg sekeliling nya telah dibersihkan oleh pembalak atau tempat ni akan dibuat tempat pengumpulan balak,walahualam.
Atap yg dah tercabut
Ni je air sungai yg tinggal akibat dari penebangan balak kat kawasan atas
Dulu tak ada pasir yg banyak mcm ni,kat sini sungai lebar jgk tp oleh kerana himpunan pasir dari hulu sungai menyebabkan sungai tertimbus
Dulu tak ada rumah org asli,tempat ni dulu hutan sepenuhnya,tp rumah ni hanya sementara saja,menurut cakap dari penduduknya..kereta yg kelihatan kepunyaan mereka,orang asli.

Kereta aku yg diparking atas jalan tar tp sekelilingnya penuh dgn semak lalang


Ahad, 1 September 2019

ROOIBOS TEA

Pada suatu hari baru2 ni aku telah diberi penerangan tentang satu jenama teh iaitu teh rooibos oleh seorang juru jual teh tersebut,walau mcmana pun ejen tersebut ialah sepupu aku sendiri.Sebab2 dia bagi penerangan kerana aku bersunggut kpd nya bahawa aku tak sedap badan,tak sedap badan maksudnya tak larat atau tak gagah atau dok rok (terengganu speaking).sepupu aku dengar aku cakap mcm tu,dia terus promosi barangan nya dan dia bagitau aku nama teh tersebut sebagai rooibos,dari situ lah aku tau nama teh tersebut rooibos.Penerangan nya mcm2 dari banyak sudut,tentang cara utk guna sehingga kpd penyakit boleh diubati dgn mengamalkan minum air dari teh rooibos,Banyak penyakit yg disebutnya,tetapi teh ni fokus sangat kpd sakit buah pinggang.Banyak yg dia cerita tentang kebaikan teh rooibos ni,dia cakap ada yg sembuh dari rabun setelah lumor air teh ni ditepi mata,hampas teh boleh jgk digosok2 tempat yg sakit seperti kebas2.Banyak benar yg sepupu aku ni cerita tentang kebaikan teh ni sehingga tak ada masa untuk aku mengaminkan nya.heee.
Pek besarnya.didalam ni ada 50 uncang.

Yang sepupu aku tak tau ialah aku telah ada teh ni sejak beberapa lama dahulu cuma aku tak guna je teh ni,Teh ni telah diberi oleh seorang kawan yg meminta aku mencuba kebaikan teh rooibos,untuk ambik hati aku ambik je 10 paket,utk test aku cakap kpd kawan aku,,harga seringgit sepaket tp untuk satu pek besar berharga rm40 untuk satu pek.kandungan nya ada 50 paket/uncang.untuk harga ahli hanya rm30 sahaja.itu yg diberitahu oleh kawan aku.
Uncangnya
Yang aku nak cerita ialah kesan teh ni kpd aku..Pada sebelah malam setelah aku dengar ceramah yg diberikan oleh sepupu aku,mata aku telah dimasuki benda terbang,tp benda terbang itu bukan burung kakak tua atau burung punai tetapi sejenis serangga yg kecik saiz nya,serangga tu aku tak pasti tp pedih nya tak dapat ditahan,aku cuba jgk korek2 benda tu tp semakin jauh kedalam kelopak mata,ketika itu lah aku teringat ceramah yg diberikan oleh sepupu aku tentang kebaikan teh rooibos,aku rebus teh rooibos selama 15 minit dan aku sejukan dlm piring depan kipas angin,setelah benar2 sejuk aku titikan kedalam mata aku utk beberapa titik,setelah itu aku layan je sakit  sehingga tertidur,pagi esuk aku bangun seperti biasa dan tak teringat tentang mata aku,seketika kemudian baru aku teringat mata aku telah dimasuki serangga terbang dan aku berlari kecermin utk tgk mata aku,putih dan hitam mcm biasa,tak ada merah2 dan tak ada sakit seperti semalam...Tentang teh rooibos yg aku titik kedalam mata aku,aku tak ada keyakinan apa2,Sebab teh tu ke yg sembuh atau dia memang nak sembuh secara semulajadi tp dah tentu sekali memang allah yg menyembuhkan nya..heeeee.
Air rebusan ni lah yg aku titik kedalam mata aku.

Kapada yang ingin mencuba harap jangan salahkan pihak rooibos dan aku sekiranya  terjadi nya buta atau mata jadi buruk bila memgunakan rooibos kedalam mata kerana apa yang aku tulis hanya pengalaman aku mengunakan teh rooibos,Pihak rooibos sendiri menyorkan teh ni hanya diminum air rebusan nya,bukan bubuh kedalam mata, memandai2 aku je bubuh dalam mata sbb terlalu sakit,penulisan aku bukan lah disuruh oleh pihak rooibos atau untuk mengambil upah dari pihak teh rooibos,hanya aku kongsi kan pengalaman mengunakan teh ni,Bukan niat aku nak iklan product org...sekian..

Isnin, 19 Ogos 2019

Kenduri kawin

Pada 17-8-2019 aku telah banyak menerima jemputan kawin atau disebut sebagai panggilan ditempat aku.Klu ditempat aku khususnya dihulu terengganu orang akan cakap mcm ni,"mu dok gi panggilan ker" ditraslate keayat standard mcm ni,"awak tak pergi kenduri kawin ke"..aku rasa mmg sangat berbeza dari daerah ke daerah dan dari negeri2 lain atas sebutan nya.contohnya negeri kelantan dipanggil ngele.

Pada tarikh tersebut aku menerima 4 jemputan kenduri kawin dan semuanya aku kena pergi atas sebab saudara mara dan atas sebab kawan.Yang aku nak citer hal kenduri kawin ditempat aku dihulu terengganu atau di mukim aku,Satu perkara yg sangat membanggakan aku ialah tentang kuantiti jamuan nya,semiskin mana pun tuan punya kenduri ialah lauk yg disediakan,biasa nya setiap kenduri kawin mesti menumbangkan seekur lembu,sekurang2 nya kpd yg kurang berkemampuan dan sampai tiga ekur lembu kpd yg agak ternama didalam kampung.Kalau tiga ekur lembu mesti lauk daging kawah sekurang2nya 6-7 kawah,lauk pauk plk tak berhenti dgn gulai daging kawah saja ada saja tambahan nya seperti gulai kulit buah sentul,gulai kulit buah rambai (klu musim buah2 tersebut) sayur umbut nyiur atau umbut kelapa sawit atau pun sayur umbut bayas,maklum lah kat kampung,senang bahan tu nak dapat,gulai ikan baung,ikan talapia,ikan keli jangan disebut,selain tu budu belacan serta pelara (ikan jeruk) pun tak ketinggalan .kalau musim buah seperti sekarang yakni bulan ogos ni,berguni2 disediakan seperti buah rambutan duku serta langsat,buah manggis penuh didalan bakul.

Itu cerita tentang lauk pauk nya,yg aku benar2 nak cerita ialah tempat khemah jamuan nya,kebanyakan kenduri kawin tempat aku dikhemah jamuan nya tak disediakan meja makan,yg disediakan hanya kerusi sahaja jadi tetamu yg datang akan makan dikerusi tanpa meja.Tetamu akan riba pinggan masing2 yg didalam pinggan penuh dengan lauk pauk seperti lauk yg aku cerita kat atas,ada plk yg makan dgn cara menanteng pinggan,tanteng maksudnya seperti cara makan P.Ramlee dalam cerita laksamana do re mi.Air nya pula diambil kemudian iaitu selepas habis makan atau pun diambil kerusi yg lain,air nya diletak atas kerusi atau pun ada sesetengah tetamu letak air atas tanah,tp hal ini jarang terjadi,hanya budak2 sahaja yg buat mcm tu.tentu ada yg tertanya2,kalau tetamu vip yg datang mcmana plk cara nya,tetamu vip maksudnya wakil rakyat atau pun pegawai2,jawab nya klu vip sekali pun cara makan pun serupa,tak ada bezanya.Kadang2 terasa jgk malu nya tetapi itu lah yg terjadi,Untuk memujuk hati sendiri,aku akan cakap vip pun orang kampung jgk
Cara pegang pinggan oleh p.ramlee dipanggil tanteng ditempat aku

Aku tak cakap semua mcm tu tetapi banyak mcm tu,perkara ini terjadi mungkin utk menjimatkan kos atau dah macam tu sejak dulu,Sejak dulu itu maksudnya sejak budaya layan diri diamalkan,sebelum itu sejak ratusan tahun dulu budaya makan berhidang diamalkan.Makan berhidang mesti ada meja dan kerusi nya dibuat dari papan yg mati kedudukan,Kenduri kawin yg gilang gemilang seperti dibandar2 mmg tak ada ditempat aku kerana penduduk nya org biasa2 sahaja,klu ada yg vip,dia orang akan mengadakan majlis ditempat yg kelas2 plk,jadi kekal lah aku makan bertinggung dimajlis kawin,hehehe

Pada kenduri 17-8-2019 baru ni aku mmg tak terlibat ambik gambar kerana majlis yg aku hadiri bukan dikampung aku,kampung orang,walau mcmana pun sempat jgk aku ambik gambar dan video seperti video kat bawah..sekian 
Mmg tak ada meja,meja hanya digunakan utk diletak lauk pauk sahaja.

Nasib lah ada kerusi,klu tak terus bersila atas tanah.
Walau pun perkawinan ini bukan dikampung aku,aku tetap jgk ambik gambar sbb ambik gambar menjadi kegemaran aku tp aku tak suka bergambar,mungkin aku rasa aku tak hensem.heeeeee
Dalam video ni rombongan pengantin lelaki disambut pengantin ppuan tp sayang pengantin lelaki tak hensen,tak hensen pengantin lelaki dia kawin jgk,tak mcm aku tak kawin2,hahahaha.

Isnin, 5 Ogos 2019

Kurang darah/anemia

Blog ini sambungan dari blog yg bertajuk over dose yg boleh dibaca disini https://azramsulong.blogspot.com/2019/07/over-dose.html.Cerita ini sangat berkait rapat dengan apa yg terjadi kapada mak aku,Pada 24-6-2019 aku telah bawa mak aku kespital seperti tertulis dalam blog aku yg lalu,Pada masa itu aku mmg menyangka mak aku terlebih makan ubat dan terjadi overdos,sejak itu mak aku selalu sakit2,mungkin sbb usia nya atau kesan dari terlebih makan ubat,mak aku datang sakit balik pada 23-7-2019 pada pukul 10 malam,keadaan nya boleh dikatakan teruk tetapi tak seperti sakit yg dahulu,bersabar dgn keadaan itu sehingga lah kesiang hari pada 24-7-2019,pada hari itu aku sekali lagi bawak mak ke hospital dan melakukan pemeriksaan doktor,keputusan doktor semua nya ok,tak ada sakit apa2 samaada jantung dan kencing manis begitu jgk dgn darah tinggi,semua nya ok kata doktor,mak aku balik macam biasa tetapi sakit nya masih ada,menyucuk2 dibahagian dada dan sangat lemah,makan pun tak nak.pada 26-7-2019,pada pukul 10 malam,mak aku telah sakit yg amat sangat,aku dan adik beradik dah habis ikhtiar,picit pun tak beri kesan apa2 sehingga lah kami buat keputusan utk bawa mak kehospital semula,masa bawak.mak kehospital,mak aku dah tak sedar apa dah,dah mcm kain buruk,lemah dan tak bermaya,diwad kecemasan mak aku diperiksa,keputusan doktor mengatakan mak aku kurang darah,skala bilangan darah nya hanya 4 sedangkan org sihat mesti berskala 8-10,bkn sakit apa2 seperti yg disangka tetapi mak aku mengalami kurang darah,dgn sebab kurang darah lah mak aku sering sakit dada,sakit2 seluruh badan dan tak lalu makan,dgn sbb2 itu lah mak aku ditahan dibilik kecemasan,masuk air dan darah,setelah masuk air,mak aku seperti tak sakit apa2 dah,samaada sakit dada serta sakit seluruh badan seperti mula2 datang tadi,Masuk darah memerlukan masa selama 4 jam bermula dari pukul 2 pagi sehingga pukul 6 pagi.Mak aku ditahan di wad selama 3 hari setelah masuk air 3 bag dan 2 bag darah jenis O.yg heran aku sebagai anak darah dlm kumpulan A,bkn O seperti mak aku,tp tak kisah.

Balik dari wad pada isnin 29-7-2019 dgn keadaan mak aku sihat sejahtera cuma pada mlm nya mak aku mengalami gatal2 seluruh badan akibat dari kesan sampingan kerana masuk darah,aku bawak mak kehospital setelah menalipon doktor yg bertugas diwad,setelah dicocok,mak aku ok dan dah tak sakit apa2 lagi sehingga kehari ini 5-8-2019 mak aku sedang menjahit sarung bantal nya.hahaha.

Persoalan aku ialah mengapakah doktor yg bertugas semasa aku bawa mak kespital pada 24-7-2019 tak dapat kesan penyakit mak aku yg kekurangan darah,mengapa kah doktor dispital membuat keputusan yg mak aku ok,tak sakit apa2 sedangkan mak aku meraung sbb terlalu sakit,dan mengapakah doktor dibilik kecemasan boleh buat keputusan yg mak aku kekurangan darah,adakah doktor2 ni berbeza kelulusan mereka,Mcmana doktor harian tak dpt kesan penyakit mak aku,sedangkan doktor dibilik kecemasan boleh buat keputusan yg sgt mudah dgn mengatakan mak aku kurang darah,keputusan doktor dibilik kecemasan hanya dalam setengah jam sahaja,dia org tak rujuk kemana2 doktor2 yg lain.perkara itu lah yg aku tak puas hati.mungkin sejak setahun yg lalu mak aku mmg kekurangan darah sbb tu lah selalu sakit dada,lemah seluruh badan dan tak ada selera makan..akhir kata mak aku sihat sehingga hari ni 5-8-2019,Sekian.

Sabtu, 20 Julai 2019

Over dose

Lama btol aku tak berblog,yg aku yakin blog aku ni mmg tak ada peminat,tak ada yg tertunggu2 penulisan aku.tak ada penting nya baca blog aku ni,hahaha..Sebab2 aku kurang benar menulis kerana mungkin tak ada apa yg nak ditulis kerana kekurangan idea,Sebab2 lain aku tak menulis  kerana aku serabut disebabkan mak aku sakit,orang tua apabila sakit tentu banyak kerenahnya.maklumlah dah tua.Sentiasa inginkan perhatian terutama nya dari anak2.Mak aku sakit sejak setahun yg lalu dan sejak itu mak aku mula berulang alik kehospital.Pada mula2 jatuh sakit mak aku tak lah inginkan perhatian sangat tetapi sejak tiga bulan yg terakhir ini kesihatan nya sangat merosot,memerlukan kita sentiasa ada disisi.nya terutama ketika ingin kebilik air,dibimbangkan takut jatuh,klu jatuh lagi lah parah keadaan nya.oleh kerana aku satu2nya anak mak aku yg tak kawin2 jadi tugas menjaga mak, seolah2 diserahkan kpd aku.jadi suka tak suka mesti bertanggung jawab.Sejak setahun yg lalu aku lah yg masak untuk aku dan untuk mak aku.Memasak memang tak jadi masalah kpd aku,memasak pun sekadar masak nasi,rebus ikan,goreng ikan,sayur plk aku suka sayur air,lemak santan ni aku tak suka,tetapi klu gulai daging atau ayam mmg santan kelapa mesti digunakan,susu mmg aku tak suka klu masak gulai,Jaga mak plk sejak dari pagi hingga malam,dari malam plk bawak sampai pagi,pendek kata 24 jam.walau mcm mana pun 24 jam tu bkn lah aku duduk rumah je tp sempat  jgk kekebun,Dikebun plk aku tanam macam2,dari kangkung,ubi keledek,sawi,ubi kayu dan lada,punya lah rajin aku ni  hahahaha..Waktu aku kekebun anak sedara aku yg tamat sekolah  tolong tgk kan tok wan mereka tu pun tak sampai 2 jam aku dipanggil utk balik..Sejak mak sakit ni aku mcm malas nak meneruskan aktiviti berkebun aku,cuma layan2 je klu kekebun..Tentang belanja hari2 bkn lah masalah sgt sbb adik2 aku yg bekerja tolong hulur2 utk aku buat belanja.Sebab2 hulur2 ni lah yg menjadikan aku malas utk bekerja.
Kebun ubi kayu aku

Kemuncak mak aku sakit pada 2.30 pagi 25-6-2019.pada awal malam,mak aku tercicir kerana tak sempat kebilik air,terbuang air besar dan air kecil.Sebelum tu pada 24-6-2019 aku telah bawak mak aku kespital kerana pada sebelah malamnya dia sakit2,balik dari spital mak aku sakit lutut yg amat sgt mendorongkan aku bawa mak keklinik disebelah malam nya pada 24-6-2019.Doktor cocok sejarum tp dia sgt lemah bila  balik dari klinik.Oleh kerana keadaan nya sangat tenat pada pandangan aku,aku memanggil adik2 aku,dimasa itu lah.mak aku tak sedarkan diri,nyawa pun sgt lemah,aku telah kejutkan semua adik beradik aku yg berdekatan dan memanggil adik2 aku diluar dari terengganu dgn mengatakan mak dah tak ada.Semua ipar duai dan cucu2 yg ramai tu telah datang.Semuanya baca yasin sehingga lewat pagi,ipar aku yg pandai berurut,tekan situ tekan sini kat badan mak aku tiba2 mak aku memanggil aku utk dekat dgn nya,Aku melompat kesisi nya,dia mengatakan sgt letih..Alhamdulillah mak aku sedar setelah keadaan nya sgt tenat tadi..Tenat yg dimaksud ialah senyap seperti tak bernyawa dan bacaan alat tekanan darah tak berfungsi lansung.Keadaam nya begitu sehingga subuh dan adik aku yg tinggal jauh dan pun sampai kecuali yg dijohor,dari johor keterengganu mengambil masa lapan jam utk sampai,tapi aku tak kisah sbb mak mcm dah ok...
Kebun lada

Jadi dimana over dose nya..Pada 24-6-2019 aku kespital kerana mak sakit seperti yg disebut diatas,sepatutnya rutin bulanan nya pada 30-6-2019,ubat masih ada lagi enam hari tp oleh kerana kespital awal,doktor telah bagi ubat sebulan seperti biasa,Balik dari spital mak aku telan semua ubat yg baru dan yg lama,sepatut makan sebiji tp dah jadi 2 biji untuk tujuh jenis ubat nya,ditambah plk bila dicocok sbb sakit lututnya,Aku sendiri tak tau apa2 tentang ubat2 ni,disedari termakan terlebih setelah kakak aku yg bekerja kat spital memeriksa ubat yg mak aku makan,dari situ lah kami semua sedar yg mak aku over dose kerana terlebih makan ubat,Mak aku yg tenat pada malam tu kerana ubat yg dimakan nya...Dalam masa empat hari mak terlebih makan ubat, telah membawa dia berhalusinasi,mak aku cakap ada org dlm bilik air,pakai baju warna merah tp bila org tu keluar berbaju hitam plk..Aku tak rasa apa2 cuma bila mak ketakutan,aku heret katil jauh dari bilik air dan aku sendiri terconggok tunggu kut2 ada makhluk tu muncul, mmg tak ada punya,Oleh kerana sikap mak aku mcm tu,aku panggil tok bomoh utk jampi serapah,hasil nya mmg mak aku dah tak takut lagi,walau mcmana pun hari tu jgk kakak aku periksa ubat nya dan mak aku makan ubat ikut yg sepatutnya..mmg antara ulama fekah dan ulama tasasuf payah nak bertemu..hua hua hua hua...

Yg untung nya bila mak aku sakit ialah perubahan penjagaan,Pada siang hari ipar2 aku serta adik beradik dan anak2 sedara aku bergilir2 jaga mak aku.Hanya waktu malam sahaja diserahkan kpd aku bahagian penjagaan walaupun begitu ada juga anak2 sedara aku yg datang tidur dirumah tok wan mereka,begitu jgk tentang makan,aku dah tak payah masak2 lagi dah cuma sesekali aku buat jgk mee goreng dan nasi goreng pada waktu malam,tu pun klu mak aku meminta nya..Oleh kerana perubahan penjagaan,aku boleh bebas utk kekebun dan buat benda yg sepatutnya disiang hari...

Begitu lah cerita aku tentang ovedose...