Selasa, 10 September 2019

Cara tukar hak milik tanah

Tukar hak milik tanah mempunyai beberapa jenis nya,tukar hak milik tanah atas sebab tanah dijual,atas sebab menerima pusaka,atas sebab pemberian orang tua dan mungkin atas sebab orang suka2 nak beri tanah kat kita,hahaha..kategori ni mmg sgt mustahil tp kemungkinan tetap ada.Yang aku nak citer cara menukar hak milik tanah atas pemberian orang tua aku iaitu mak aku.dikatakan cara tukar hak milik tanah yg ni lah yg paling senang sbb tak byk kerenah,Mula2 sekali pergi kat pejabat tanah,sampai situ terus je tanya kpd pegawai ditempat bertanya tentang urusan kita kat situ,pegawai tu mengarahkan kita kekaunter pindah hak milik tanah,biasanya kaunter pindah hak milik tanah tak lah sibuk sangat,kalau pun sibuk tak lah sesibuk seperti kaunter2 dipejabat pos,sesampai dikaunter yg dimaksudkan kita akan dilayan oleh seorang pegawai,pegawai tersebut akan bagi satu borang yg perlu diisi,kalau tak reti isi kita suruh je pegawai tu yg isi,kita buat lah alasan yg lojik2 kerana tak pandai isi borang,contoh nya kita cakap lah mengeletar sebab pegawai cun sangat jadi nak menulis tulisan jadi huduh tp jangan lah sampai kata2 kita tu seolah2 nak mengorat pegawai tu plk,tp kalau nak mengorat pun apa salah nya,untung2 ada jodoh,dapat kawin dgn pegawai yg cun melecun,(tu pun klu pegawai tu ppuan dan kita plk lelaki,hahaha).Dalam urusan aku ni mmg seorang pegawai ppuan yg sgt cun,sehingga ketar aku tgk..nk mengorat aku tak berani,takut kena tengking..🤣🤣🤣🤣.

Kebiasaan nya pegawai yg bertugas akan isi borang kerana kesalahan yg dilakukan oleh kita klu kita yg isi, akan menyusahkan pegawai tu jgk..
Dokumen yg mesti ada ialah,
Geran tanah.
Kad pengenalan
Salinan kad pengenalan kita dan pemilik tanah

Setelah borang diisi oleh pegawai tersebut kita dikenakan bayaran sebanyak rm40 untuk menukar hak milik tanah berdasar kasih sayang,dalam kategori lain aku tak pasti plk.Kita akan dipanggil semula beberapa hari kemudian,biasanya dalam masa seminggu,kelambatan mungkin disebabkan oleh pegawai nak meneliti semua dokumen kita, kita akan dipanggil  semula melalui nombor talipon yg kita bagi kapada pegawai yg bertugas.

Pada kali ini proses untuk mengambil cap jari melalui cap jari elektronik dan tanda tangan biasa,Pemilik tanah tak perlu kpd cap jari elektronik hanya tanda tangan cop iaitu yg guna dakwat. Setelah semua nya selesai kita perlu bawa dokumen yg diisi lengkap ke jabatan hasil dalam negeri,dipejabat hasil dalam negeri dokumen yg difotostap sahaja yg digunakan,borang asal akan dikembalikan kpd kita untuk proses yg akan datang,tujuan nya untuk menilai tanah kita untuk pencukaian yg akan dikenakan.biasa 1% dari nilai tanah,contoh nya klu rm50000,cukai nya rm500.tapi untuk memurahkan lagi cukai nya kita hendak lah slip kan fotostap surat beranak kita bersama dokumen2 tadi.Setelah semua selesai kita balik lagi kerumah dgn perjanjian selama 3 minggu penilaian tanah kita akan selesai.Pihak jabatan akan panggil lagi kita dlm tempuh tersebut.Walau mcmana pun tempuh yg diberikan seperti dipejabat tanah dan jabatan dalam negeri merupakan proses biasa tp mungkin jgk boleh siap dlm sehari,mana lah tau kut kita ni org bijak atau ramai kenalan dipejabat,tp aku jenis redah je.

Setelah tiga minggu yg dijanjikan,aku terima surat dari pejabat hasil,butiran nya ialah cukai yg dikenakan dan nilai tanah..nilai tanah yg nak dipindah milik berjumlah RM 300 ribu dan cukai yg dikenakan sebanyak RM600,tak sampai 1% pun,mungkin kerana tukar hak milik tanah ni berdasar kpd kasih sayang jadi cukai yg dikenakan sebanyak itu sahaja.Setelah selesai pembayaran dilembaga hasil,aku bawa semua dokumen yg ada kepejabat tanah.Dipejabat tanah semua dokumen yg ada,termasuk geran tanah diserahkan kpd pegawai yg bertugas,pegawai ppuan yg cun,yg telah aku ceritakan..serasa aku mcm nak duduk pejabat tu jer🤣🤣🤣🤣.Disini dikenakan bayaran sebanyak RM40..untuk urusan pejabat katanya..Yg dimaksudkan urusan pejabat,mungkin buat geran baru dan tak mungkin utk pegawai pejabat tanah  utk minum teh.Jadi jumlah bayaran utk tukar hak milik tanah ini sebanyak RM710......SEKIAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan