Selasa, 15 Mac 2022

Banjir besar dalam sejarah dihulu Terengganu

 Assalamualaikum

Dah lama sangat aku tak tenguk blog aku ni,sebab nya kerana aku tak ada apa yang nak di tulis,macam dah bangkrap idea,dah berusia memang otak kurang jalan,sel2 otak dah banyak yang putus..hahaha

Pada pukul 12.00 tengahari.masa ni paling kemuncak,air paling tinggi,pada masa ni juga banjir berpatah surut

Pada kali ini aku nak cerita tentang banjir yang melanda kampung aku,yakni dihulu terengganu,sebenarnya cerita banjir tak ada istimewa kerana sangat kerap berlaku tetapi banjir yang melanda kampung aku ni tersangat luar biasa,tak pernah terjadi sejak beribu2 tahun yang lalu (aku agak je tu)Kalau bukan pun beribu2 tahun yang lalu tapi amat pasti sekurang2nya sejak 100 tahun yang lalu.Ada jgk kawan aku bergurau dengan mengatakan banjir pada kali ini yang kedua besar  sejak bah nabi nuh as.punya lah jauh khayalan kawan aku..walau macam mana pun banjir pada 27-2-2022 yang baru lalu belum disaksikan oleh sesiapa sebab banjir besar ini tak pernah terjadi.Ditanya kapada yang berusia 97 tahun,pakcik ni tak pernah tenguk banjir yang sebesar ini seumur hidup nya.Itu lah gambaran betapa besar banjir yang berlaku.Aku yang hidup dihulu terengganu dah sangat biasa dengan banjir,malah dinanti plk banjir,salah satu kesukaan apabila banjir melanda.Tapi banjir pada kali ini sangat menakutkan.Tak boleh nak fikir macam mana boleh terjadi banjir yang sebesar itu dihujung musim tengkujuh.

Di-PPS,masa ni pukul 3.00 petang,makan nasi putih ditemani seekor ikan Selayang singgang

BANJIR BESAR

Banjir bermula pada 25-2-2022,Pada masa itu banjirnya tak lah besar sangat malah tiada yang menghirau keadaan banjir,Air sungai tinggi sikit dari paras normal,begitu juga pada hari berikut nya,tapi pada 26-2-2022 air sungai dah melimpah tebing sungai namun boleh dikatakan kecik lagi banjir nya walau pun dah melimpah tebing sungai,Namun keadaan mula berubah pada petang 26-2-2022,hujan turun dengan lebat malah sangat lebat,seperti nak runtuh atap rumah.Keadaan dah mula berjaga2 bimbang banjir terjadi tapi situasi ini tak lah bimbang sangat sebab banjir besar memang dah jadi kebiasaan,malah pada subuh pagi 27-2-2022 air sungai cuma  besar pada kebiasaan dan sebesar itu banjir nya memang tak membimbangkan tapi pada pukul 7.00 pagi 27-2-2022 yakni sejam selepas subuh keadaan banjir berubah total,Air sungai melimpah dengan sangat cepat sehingga tak ada apa yang dapat diselamatkan,pada 8 pagi air banjir dah memenuhi rumah dan dimasa itu hujan turun dengan lebat dengan kilat sabung menyabung,guruh berdentum kuat,Dimasa itu juga dah kedengaran orang menjerit,meminta berpindah,dijalan raya yang ada air banjir,orang ramai dah mula panik,berpindah hanya menyelamatkan nyawa,tiada apa yang boleh diselamatkan,aku sendiri dapat mengalihkan kereta aku ketempat yang agak tinggi yang kemudian nya dilimpahi air banjir juga.Yang aku dapat selamatkan ialah,kereta aku,dua laptop,dua kamera dan peralatan nya.Lain tak ada..Sebelum itu aku membawa emak aku berpindah ke pusat perpindahan sementara disekolah kat kampung aku,Aku duduk dengan mak aku jer kan.

Banyak kenderaan yang tenggelam kerana air naik dgn tiba2.

Dipusat perpindahan sementara (pps) seramai 230 orang mangsa ditempatkan.Penduduk kampung yang lain berpindah ke rumah saudara mara yang lain dan ada yang berpindah ketempat tinggi,Kat kampung aku ada bukit,dah nama pung kampung bukit gemuroh, tentu ada bukit kan...huhuhuhu...

tempat ni tak pernah banjir tp pada 27-2-2022,kawasan ni telah dipenuhi dgn air banjir,kedalaman air dalam 8 kaki,dah cukup utk memusnah..

Yang paling sedih bila memindahkan sepupu aku yang sakit tenat.Sepupu aku ni tak boleh makan seperti biasa,ada wayer yang dimasukkan kedalam hidung untuk makan,makan pun hanya minum susu sahaja..Dalam keadaan yang macam tu dia dipindahkan ke PPS dengan mengunakan kayak,ditengah hujan yang sangat lebat.Nasib baik tak ada apa2 yang terjadi..

Keadaan dalam rumah aku,pada hari ke-2 banjir

bantuan dari bomba gombak,datang dgn team ustazah Asma harun

Dari atas bangunan sekolah kami mampu tenguk kereta kami yg tengelam serta atap rumah yg separuh tengelam.Sebenarnya pihak penyelamat lansung tak bersedia kerana banjir kali ini lansung tak disangka2,jadi penduduk terpaksa menyelamatkan diri masing2 tanpa bantuan dan banjir yang datang dengan tiba2.Tapi tepat pada pukul 12.00 tengah hari,banjir dah menampakan surut,terasa lega dimasa itu kerana kesusahan tinggal di PPS tentu lah tak lama.Pada hari itu makanan pertama hanya lah nasi putih berlaukan seekur ikan selayang singang pada pukul 3.00 petang,kira2 dah memadai dari tak ada makanan lansung.Nasi tersebut telah diusahakan oleh penduduk yang tak kena banjir dan dibiayai oleh mereka sendiri..Sebenarnya bekalan makan memang telah dihantar oleh pihak berkuasa tetapi bot yang dinaiki telah karam,Sejak ada yang karam pihak polis tidak benarkan masuk untuk bagi bekalan sehingga banjir boleh dilalui dengan selamat..Bekalan makanan dari luar telah masuk bertalu2 dalam pukul 5.00 petang.Ada yang hantar air mineral,nasi bungkus,mee goreng,buah limau,pisang,air kotak,air teh O dan macam2 lagi,tak tersebut,mewah sangat dalam keadaan yang macam tu..

Pembersihan didalam rumah


video ni pada 5-3-2022,kesibukan macam ni dalam 9 hari
,

Pada pukul 10 mlm pada hari kejadian,banjir dah pun surut pada kadar nampak jalan raya,aku dah siap ambil kereta aku yang hampir tengelam,Kereta ok,air tak masuk dan karpet tak basah..Aku tidur dalam kerata pada malam tu,Malas nak bersesak2 kat PPS.Dimasa itu yakni pada malam itu masih lagi banyak tempat jalan raya tak boleh dilalui..


pengunjung dari luar tak putus-putus datang

BERSIH RUMAH

Bahagian ini merupakan suatu yang biasa bila banjir terjadi,Tapi pada kali ini iaitu diketika banjir melanda dengan sangat besar tentu lah kemusnahan nya juga sangat besar,Pada dasar nya kehilangan harta benda ialah 100%,Orang cakap total lost,Tak ada yang tinggal,semua dihanyut banjir,Cuci rumah mengambil masa yang lama,hari pertama mesti bawak keluar semua barang dari dalam rumah,Ambil masa sehari suntuk,Kalau nak cepat mesti buat secara bergotong royong..Dalam masa tiga hari siap bahagian bersih rumah dan tak perlu tidur di PPS lagi,Walau macam mana pun bagi pihak aku telah dapat pertolongan dari team ustazah Asma harun iaitu ustazah yang popular itu,selain itu dari jabatan bomba yang datang nya dari jauh dari selangor.Dari jabatan polis,adik beradik yang balik kampung.


Sebenarnya banyak jabatan serta NGO yang datang membantu,seperti jabatan amal malaysia,pejabat daerah,Group facebook,Group whasaap,team kontraktor,memang banyak,tak pandai nak sebut..hahahaha.Pada dasarnya,pembersihan ini mengambil masa seminggu juga untuk siap sepenuh nya..

Bantuan yang paling tak disangka2,Awek ni bagi sandwich
datang dari manir terengganu.tak disangka2 kerana sandwich payah untuk dibuat,memerlukan masa,nak belek2.semoga pemberi bantuan dimurahkan rezeki,selamat dunia akhirat.

Semua barangan yang rosak mesti diletak ditepi jalan,Semua sampah akan diangkut oleh lori dari majlis pembandaran dan kontraktor yang `dilantik,Majlis pembandaran yang datang dari marang,majlis bandar raya kuala terengganu,besut dan hulu  terengganu sendiri.,Sehingga sekarang,dah 14 hari bencana menimpa,masih lagi sampah2 diangkut..Dalam minggu pertama banjir,kampung aku menjadi sangat sibuk dengan kedatangan pengunjung2 dari luar,yang aku tenguk dari bendera yang dikibar datangnya dari seluruh semenanjung kecuali johor,mungkin masa tu dia orang nak PRN,sibuk nak kempen2 (tak nampak bendera dia orang,mungkin aku terlepas pandang)
Pemberian dari sorang youtuber,seorang youtuber dari pahang..#rajabaung

BANTUAN BANJIR

Bantuan diterima seawal hari pertama banjir,Bantuan yang diberi oleh NGO,orang perseorangan,Jabatan kerajaan seperti JKM.Se-faham aku semua jabatan mmpunyai sayap kebajikan masing2.Kalau kerajaan  ada jabatan kebajikan masyarakat,kalau bomba ada badan kebajikan nya sendiri,Begitu juga dengan group whatsapp,dia orang ada permaufakatan mereka sendiri.begitu juga dengan group Facebook,Dengan adanya badan2 serupa ini,maka bantuan tak henti2 diterima bermula pada hari pertama bencana sehingga lebih dua minggu bencana berlalu.Antara barangan dan makanan yang diberikan,mengikut hari dan keperluan,Permulaan benda yang boleh dimakan terus seperti air mineral dan  nasi bungkus,nasi bungkus dibekalkan selama 9 hari,Seawal hari ke-5 dah ada yg bagi beras,gula, gandum,teh,nescafe,kopi,roti,sardin,mee segera,biskut malah bermacam jenis biskut,susu,minyak masak,kueh bahulu, sadwich,pisang,buah limau,kicap,sos tomato,sos lada,sos tiram,telur berkampit2 selepas itu berderet-deret bagi periuk letrik,kipas angin,cerek letrik,baldi,besen,almari baju,dapur gas,mesin basuh,sabun basuh,sabun mandi,berus gigi,ubat gigi,mask,tuala,kain pelikat,kain batik,toto,gebar,ada yang bagi power bank,bantal tilam,sanitizer,mesin basuh diberi kpd yg ada anak ramai, selipar tuala,baju,baju seluar ni ada dua jenis yg dibagi yg pertama dgn dilonggok disatu tempat,dipilih yg sesuai,kedua,dihantar kerumah terus dengan baju baru yang masih dalam plastik.Kalau nak sebut bantuan memang tak tersebut,banyak sangat,malah ada yang bagi duit..Dimasa tu aku sendiri sampai mengeleng kepala,sangat kagum dengan yang bagi bantuan,tak terkata dengan sangat pemurah mereka2 semua,pelik rakyat Malaysia ni..sangat perihatin.Benda2 yg aku sebut kat atas tu bukan lah sikit2,banyak sangat,contoh nya tepung gandum,buka sekilo dua,tapi berkilo2 begitu juga dgn gula dan benda lain lagi seperti mee segera,air mineral berdozen2..Sebab tu aku cakap rakyat Malaysia ni gila,Gila bersedekah..Hairan gila aku...terima kasih banyak2 yang tak ada hingganya...

Video ni diambil pada hari ke-9 banjir,masih lagi sibuk


KESIMPULAN NYA

Banjir besar yang melanda kampung aku ni sesuatu yang sangat luar biasa,kerana banjir ini tak pernah terjadi dimasa2 yang lalu.Lokasi banjir ini ialah dimukim tersat dan mukim hulu berang iaitu dua mukim dihulu terengganu,Kedua2 mukim ni terletak dibahagian hulu sungai,Yang jadi pelik banjir nya seolah2 hilang apabila kebawah dari mukim aku,Kebiasaan nya kalau banjir besar terjadi di bahagian hulu maka bahagian hilirnya lebih besar lagi,Yang sangat pelik,seolah2 banjir besar ini diletak hanya dikedua2 mukim ini,ditempat2 lain tak ada banjir,bukan tak ada lansung tapi macam banjir biasa sahaja.Jabatan yang terlibat ialah,JKM,polis,bomba,tentera,JKR,TNB.Jabatan bekalan air,majlis daerah,dan macam2 jabatan lagi yang aku sendiri tak pandai nak sebut malah yang bagi bantuan plk aku sendiri pertama kali tenguk syarikat dia orang...

Semoga banjir ni memberi banyak kesedaran.. SEKIAN.