blog ini aku catitkan sekadar ingin berkongsi apa yang aku lakukan,apa yang aku dengar,apa yang aku faham,apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir, tiada berhajat kapada apa-apa kecuali ingin kepuasan diri semata-mata....
Khamis, 28 Januari 2021
berkayak disungai tersat
Sabtu, 23 Januari 2021
mak aku dan ubat sakit lutut..Doxte joint
Aku pernah cerita tentang sakit mak aku pada penulisan yg lepas,sakit nya ialah sakit kurang darah atau anemia,Tanda2 sakit kurang darah ialah lesu seluruh badan atau tak larat,mencucuk2 disebahagian badan,Cara mengubatnya sangat senang iaitu dibawa ke hospital dan masukan darah.Setelah masuk darah,semua nya ok..untuk mengekalkan darah supaya cukup,pemakanan mesti dijaga,dengan memakan makanan berkhasiat,Yang berkhasiat ni lah yg aku tak faham,aku pikir makan dgn banyak itu pun boleh menyokong sakit kekurangan darah..Walau macam mana pun sakit kekurangan darah merupakan satu jenis penyakit,makan banyak atau makan sikit dan makan berkhasiat atau tak,penyakit ni mesti akan datang kembali,bukti nya mak aku dimasuk darah pada bulan 7 tahun 2019 dan dimasukan darah plk pada bulan 7 tahun 2020,Makna nya setahun sekali,untuk tahun 2021 ni tak sampai masa lagi,lagi 6 bulan.
Isnin, 18 Januari 2021
hiking bukit jalin..
Bukit jalin terletak dikampung lebak..Kampung lebak terletak diulu terengganu.Tinggi bukit jalin hanya 133 mdpl.Diceritakan kawasan bukit jalin kepunyaan pusat daging tersat tapi ada juga yang cerita bukit jalin kepunyaan jabatan bekalan air negeri terengganu.Mana satu yang betul walahuaklam,Pening kepala kalau ambik cerita dari sumber yg tak pasti..Dibukit jalin ada sebuah tangki air yg dibuat sejak lama dahulu,Kalau dari segi lojik,bukit jalin kepunyaan Jabatan bekalan air terengganu berdasarkan tangki air yg dibina dibukit tersebut...Untuk kebukit jalin mesti memerlukan perkhidmatan guide dengan bayaran yg dipersetujui oleh kedua2 belah pihak,mungkin bayaran yg dikenakan untuk dimasuk kedalam tabung MPKK kerana pengurusan bukit jalin dibawah MPKK kampung lebak dan mungkin sebahagian lagi dibayar kpd guide yg berkhidmat...
Rasanya tak payah sibuk pasal owner bukit ni yg penting bukit jalin salah satu distinasi baru untuk yg suka mendaki secara kecil2an..Bukit ni merupakan sebuah hutan yg masih mempunyai pokok yg besar,Salah satu pokok yg dikenali sebagai meranti,besar dan gagah berdirinya,Rasa juga pelik sebab apakah bukit jalin tak diambil kayu balak nya sedangkan bukit dan kawasan disekitar nya telah habis dilicinkan..
Aku kebukit jalin pada 12-1-2021 iaitu sehari sebelum pkpb diwartakan dinegeri terengganu,Seramai 10 orang peserta termasuk guide memulakan pendakian pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 9.40,dalam 40 minit..Pendakian mula seperti bukit2 lain juga,Menaik dalam 30 darjah sehingga membawa 60 darjah apabila nak sampai kepuncak nya,Kat kecerunan ini lah boleh dikatakan agak leteh juga,Sampai puncak kegiatan yg seperti biasa,iaitu bergambar,Pemandangan dipuncak boleh dikatakan menarik juga.Duduk dipuncak dalam 40 minit dan turun balik pada pukul 10.30 pagi.Sesampai dibawah bukit dalam 20 minit sahaja dan semua peserta berihat di pengkalan jerat semata..Pengkalan jerat semata seperti pengkalan mandi kat kampung2..Dibina mungkin untuk kemudahan kapada pendaki bukit jalin untuk mandi manda.Pengkalan ini juga boleh dijadikan tempat berkelah dimasa2 tertentu,contoh nya dimasa air sungai kecik.Untuk kepengkalan ini harus datang beramai2 kerana tempat nya agak tersorok walau pun berdekatan dengan kampung.Sekian cerita bukit jalin..
Gambar2
Ahad, 17 Januari 2021
hiking bukit ajil
Bukit ajil terletak di kampung ajil baru dihulu terengganu.Tinggi bukit ni sekitar 292 mdpl..Kebanyakan tanah dibukit ajil dipunyai oleh penduduk sekitar nya..Kebanyakan dari seluruh kawasan perbukitan ditanam dengan pokok buah2an..Terkenal dengan dusun durian nya dan kebun duku,boleh dikatakan penduduk sekitar bertanam pokok buah2an.
Sejak pkp berlansung bukit ajil telah menjadi tempat beriadah oleh penduduk hulu terengganu,Sangat dikenali kpd peminat mendaki,Boleh disertai pelbagai peringkat umur,Sangat sesuai sebagai tempat latihan mendaki sebelum mendaki gunung yg tinggi..Untuk daki bukit ajil memerlukan guide kerana untuk memudahkan pendakian,dengan ada guide memudahkan perjalanan program kerana tempat yg nak dilalui melalui tanah pesendirian,tanah pesendirian memerlukan kebenaran dari tuan tanah.Bayaran yg dikenakan sebanyak 10 ringgit untuk satu orang.Panjang trek ialah 2 km sehingga puncak.
Aku kebukit ajil pada hari pertama tahun baru iaitu pada 1-1-2021,Seramai 26 orang peserta telah mengambil bahagian,Kebanyakan nya ialah dari family aku sendiri.Bermula pada pukul 8.30 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi kesemua peserta tapi ada peserta yg sampai lebih awal lagi iaitu pada pukul 9.30..Ada peserta yg lambat disebabkan oleh kurang stamina,cepat letih dan kebanyakan peserta lain dan guide terpaksa ikut rentak peserta lambat,Selambat mana pun, guide tetap layan sehingga semua peserta sampai ke puncak..Sebenarnya mendaki bukit ajil tak lah mengambil masa yg lama,sekadar dalam 45 minit sahaja untuk perjalanan 2 km.Kalau dah 2 jam untuk sampai puncak yang sejauh 2 km,itu menunjukan betapa amaturnya peserta.
Setelah bergambar sepuas hati dipuncak,pada pukul 11.00 pagi semua peserta bertolak balik,sampai bawah bukit sekitar pukul 11.30 pagi,Sekian
GAMBAR2 DAN VIDEO