Isnin, 26 November 2018

kawasan perkelahan Kampung Talung

Kawasan perkelahan kg talung terletak didungun terengganu,Kawasan perkelahan nya terletak berhampiran dengan kampung talong.Kampung Talong merupakan sebuah kampung yg jauh dari bandar,Bandar yg paling dekat ialah bandar durian Mas atau bandar al muktafil billah shah atau AMBS.Untuk kekampung talung kita mesti mengambil masa kerana kampung ni kampung yg terletak jauh dipendalaman.

Ada dua laluan untuk ke kampung talong,Kalau datang dari kuala terengganu jalan masuk nya ialah dikampung jerangau sungai,Kalau dari kuantan jalan masuknya ialah di bandar durian mas.Boleh juga masuk melalui simpang berdekatan dengan kampung paya lawas atau berdekatan dengan kampung dendang,tp laluan yg paling senang masuk ialah melalui simpang dikampung jerangau sungai.Dari simpang dikampung jerangau sungai untuk sampai kekampung talong memerlukan pemanduan sejauh lebih kurang 20km,melalui jalan yg baik tp hampir kesemua nya laluan didalam hutan dan tanah rancangan kelapa sawit serta dua buah kampung,Kampung yg pertama ialah kampung tepus dan kedua kampung minda dan kampung talong merupakan kampung yg paling hujung.
Mempunyai pemandangan yg cukup indah

Kerbau yg meragut rumput

Sekitar kg talong

Masjid kg talong

Aku kekampung talong pada 24-11-2018 kerana race motocross dilitar kampung jerangau sungai,dah sampai kesitu aku ambik peluang untuk kekampung talong pada sebelah paginya.Aku memang tak pernah sampai kekampung ni kerana tak ada keperluan.Untuk kekampung ni mmg terpaksa memgambil masa kerana kampung talong bkn laluan kemana2 kerana kampung terletak dipenghujung jalan.Melalui jalan nya mmg sgt aman dan tenang kerana sepanjang jalan jarang bertembung dgn kederaan lain walau pun didalam kampung yg dilalui,cuma jalan nya dibina agak sempit.

Sampai dikampung talong hanya setengah jam memandu dgn kelajuan yg santai2,kg talong sebuah kampung yg aman damai,tiada keresahan,penduduknya sgt ramah apabila diajak bicara,sgt hormat kpd pengunjung mcm aku,Payah jgk untuk aku terjemah kedamaian kampung ini,Mempunyai kerbau yg berkeliaran membawa maksud kedamaian,tidak kerisauan jgk bermaksud kedamaian,ada sungai yg mengalir disisi kampung jgk bermaksud kedamaian,cuma aku tak sempat minum nescaffe dikedai kampung ini kerana mengejar masa,dikedai kopi lah kita dapat merasa ketenangan disatu2 tempat kerana disitu lah segala perkara akan jadi perbualan,yg koman sedikit ialah line internet nya tak ada dgn mengunakan line umobile,mungkin mengunakan celcom line internet nya ok.itu aku tak pasti.Dari cakap2 dgn penduduk kampung ni lah aku telah diberitahu ada tempat perkelahan.

Video kekampung talong

KAWASAN PERKELAHAN KG TALONG:
Aku pusing balik untuk ke kawasan perkelahan kg talong iaitu jalan untuk datang ke kampung talong,lebih kurang satu kilometer melepasi kampung dan mengambil simpang kekiri,yang jauh nya lebih kuran 300-400 meter akan sampai kekawasan perkelahan kg talong,Kawasan perkelahan ini tak lah macam kawasan perkelahan yg lain,Jauh sekali untuk menyamai kawasan perkelahan sekayu iaitu kawasan perkelahan ditempat aku,Kawasan ni tak ada air terjun tp merupakan sebatang sungai,yg ada cuma dua binaan iaitu tandas dan wakaf,itu sahaja yg ada.Apa yg aku dapati kawasan ini agak luas dan masih sangat baru,mungkin hanya beberapa tahun tempat ni dibuat untuk berkelah kpd penduduk tempatan,kawasan ini jgk merupakan jalan utk kekebun penduduk tempatan.Walau macam mana pun sungai kelemin,nama sungai ditempat perkelahan ini cukup jernih airnya,sesuai benar utk mandi manda

Video dikawasan perkelahan

Tempat yg sunguh memdamaikan,sgt sesuai untuk camping setelah dimaklum kpd AJK kampung.

Sungai kelemin airnya cukup jernih untuk mandi manda,termasuk kanak2,kesini mungkin perlu datang beramai2 kerana tempat ni sgh sunyi.

Kawasan nya cukup luas

Salah satu binaan yg ada

Wakaf untuk rehat2,memadai untuk kawasan perkelahan baru.