Sabtu, 10 September 2022

Komplek gua ikan

Kompleks gua ikan terletak didabung Kelantan,dikomplek gua ikan terdapat beberapa gua yang patut dikunjungi,Gua tersebut ialah gua ikan,Gua gelap,gua keris dan pagar,Sebenarnya dikomplek gua ikan masih banyak lagi gua selain dari gua yang disebut diatas tetapi gua yang lain tu tidak dibuka untuk orang awam disebabkan keadaan gua yang tidak mengizinkan.bahaya...

Pintu masuk ke gua ikan

Banyak juga cerita yg telah diberitahu bahawa gua2 ini ada penunggu,terutamanya gua ikan, diceritakan ada penampakan dua makhluk digua ikan,dikatakan juga makhluk ini penjaga gua ikan,kalau buat sembarangan dengan tempat ni,adalah akibat yang bakal terjadi.Buat sembarangan maksudnya seperti buang sampah,cakap besar dan yang seangkatan.Digua keris pernah jgk terjadi kapada seorang pengunjung, silapnya dia buang air kecik dilopak air didalam gua, akibatnya orang tu meracau-racau apabila sampai diluar gua.Walau mcmana pun perkara tersebut sentel apabila diberitahu kpd guide yg bertugas.

Gua pagar

Yang paling aku nak citer pasal gua gelap..Aku telah masuk ke dalam gua gelap sebanyak dua kali, Yang pertama pada 29-7-2022 dan kali ke-2 pada 7-8-2022 selang seminggu, sebenarnya pergi menjelajah gua dikomplek gua ikan pengunjung mesti melalui 3 buah gua,selain gua ikan tu sendiri, gua2 itu ialah gua pagar gua keris dan gua gelap.Gua2 ini terletak di bukit yang sama,sedangkan gua ikan terletak disebelahnya.Kali pertama aku pergi masuk ikut gua gelap dan keluar ikut gua pagar,Kali kedua masuk ikut gua pagar dan keluar ikut gua gelap.


Gua pagar.

Gua pagar sebuah gua yg besar,kat dalam ni tak ada apa yang menarik tp kehebatan kejadian membuatkan aku takjub,takjub kerana aku belum pernah masuk gua, kalau gua bukit keluang,ada lah aku masuk,gua yang panjangnya 20 meter,tak ada apa lah nak ditakjub sangat..🤗🤗🤗🤗.Tapi gua pagar boleh dikatakan lebar dan panjang jgk..Agak dalam 100 meter.Kira2nya gua pagar merupakan pintu masuk dan keluar.

Dalam gua keris terdapat batu yang menyerupai keris..Keris yg bersarung. 

Gua keris.

Gua keris dinamakan sedemikian rupa kerana dalam gua ni ada batu berbentuk seperti sebilah keris,memang sebiji rupanya,tak tau lah pulak batu keris ni diukir atau memang kejadian alam, yang pasti rupanya macam keris.Dari tiga gua,gua keris paling besar serta panjang.Gua keris tak boleh dibuat main kerana gua ni boleh dikatakan sebagai keras juga,tak boleh cakap sembarangan.tak boleh buang air dengan sesuka hati..Pernah diceritakan ada seorang pengunjung buang air kecik dilopak air dalam gua, dikatakan pengunjung tersebut seperti dadah tp telah dipulihkan oleh bomoh yang duduk di kampung berdekatan.Kalau nak mudah,tahan je kalau nak buang air.Selain bentuk keris, keistimewaan gua keris kerana adanya satu lubang yang tembus cahaya matahari Dimasa tertentu,Rasa hebat bila ambik gambar ditempat cahaya matahari tembus ke dasar gua.


untuk meneroka gua Gelap mesti melalui pintu yg kecik ini,

Gua gelap.

Gua gelap merupakan pintu masuk untuk jelajah tiga buah gua yang disebut.Walau macamana pun Dimasa tertentu,pintu masuk digua pagar dan berakhir digua gelap,panjang gua gelap dalam 40 meter, kelebaran nya antara 2-6 kaki,tinggi dalam 10 kaki atau lebih rendah lagi.Untuk memasuki nya mesti bawa lampu suluh, gua gelap memang sangat gelap sehingga kan tak nampak orang yang dihadapan kita,Pada mula2 aku masuk gua gelap,serasa macam tak boleh bernafas tp itu sebenarnya perasaan sahaja.tak ada apa yang nak dirisaukan tentang ketiadaan oksijan kerana gua gelap tak lah jauh sangat penelusuran nya..Hanya 10 minit dah lepas,tempat yang agak lambat ialah dihujung gua,kerana pintu gua kecik sangat, besarnya tempat ini hanyalah muat badan orang dewasa sahaja.Disini mengambil masa yang agak lama kerana mesti dilalui seorang demi seorang.

GUA IKAN.

Gua ikan terletak disebelah dari tiga gua yg disebut, Dikawasan ini ada tersedia kemudahan asas.Disini juga terdapat banyak gerai makan,Ada surau,tandas berserta dengan bilik mandi, Mempunyai kawasan yg luas untuk santai2 dan berkelah.Istimewa gua ikan ialah dalam gua ada sebatang sungai mengalir, Walau macamana pun sungai ini tak digalakkan untuk mandi kerana di cemari dengan najis kelawar.Gua ikan lah diceritakan oleh orang-orang tentang makhluk ghaib yang menjadi penghuni digua ikan.Diceritakan pernah terserempak dengan orang yang bernasib baik.SEKIAN.

Gua ikan,