Isnin, 28 Oktober 2019

mengungkap misteri batu kapal.kg gerdong

Batu kapal dah beberapa kali aku pergi.Aku  pergi ke batu kapal antara tahun 2010 hingga tahun 2011.Kali pertama aku pergi kerana menemani pegawai dari KBS.Pegawai tersebut ingin pergi untuk melihat batu kapal.Pada kali pertama pergi,aku dan pegawai tersebut hanya meninjau dari jauh sahaja kerana beliau ingin membuat program dengan orang2 nya untuk sedikit masa lagi..
BATU KAPAL...ada nampak macam kapal tak

Yang kedua aku pergi ke batu kapal dengan pegawai yg telah tersebut tadi,Pada kali ini beliau telah membawa beberapa orang dari kaki tangan nya atau kawan2 nya,Pada kali ini kami masuk jauh kedalam hutan dengan menelusuri sungai yang berada dikawasan tersebut.Sebenar nya kawasan batu kapal tak lah diketahui sangat titik yg sebenarnya,Senang citer raba dalam gelap,yakni takada panduan,panduan nya hanya lah dengar cakap2 dari kawan2 pegawai tersebut.Oleh kerana dah jauh masuk kedalam hutan,keletihan tak dapat dielakan,lebih2 lagi tak bawa bekal,Oleh kerana dah tak larat,kawan baru aku [pegawai]  mengambil keputusan utk keluar sahaja dari kawasan tersebut.Perjalanan dua jam memang sangat meletihkan..Batu kapal tak jumpa..

Kali ketiga juga dengan pegawai tersebut,pada kali ini dia telah bawa ramai dari budak2 nya,mungkin pelatih kut,ada perempuan dan ramai lelaki.Pada kali ini aku lihat persediaan agak mencukupi dari bekal nasi hingga air serta makanan ringan dan peta ringkas.Siap plk dgn baca doa dan ingatan adab2 masuk hutan,Laluan pada kali ini juga ikut laluan yg dulu malah lebih jauh lagi hingga hampir puncak.Sebenarnya perjalanan akan bermasalah apabila ramai peserta.Apabila ramai banyak kerenah nya,ada yang jatuh ada yg takut pacat,kalau gatal2 sikit dah berhenti dan mcm2 kerenah lagi.Oleh kerana perjalanan dah hampir tiga jam,semua peserta diperintah turun kesungai dibawah bukit,ada yg makan bekal dan ada yg tersadai berbaring keletihan diatas batu sungai.Keletihan tersebut mungkin disebabkan mereka pegawai kerana aku yg tak pegawai ni tak letih pun hahaha.

Oleh kerana semua tak larat pegawai tersebut meminta aku untuk mencari batu kapal seorang diri.Untuk tidak menhampa kan permintaan tersebut aku berlari keatas bukit dengan berbekal sebilah benet dan sebotol air,ala ala Rambo lah konon nya,Dalam 20 minit aku berkejar keatas bukit aku dah jumpa batu kapal yg dicari..Sebenar nya mendaki pada mula2 tadi melalui sebelah kiri sungai dan aku sendiri yg keseorangan ikut sebelah kanan sungai sebab cari sebelah kiri lah batu kapal gagal dijumpai,padahal batu dekat sangat dengan laluan semasa mendaki berkumpulan tadi…Setelah pasti itu lah batu kapal,aku berlari semula kebawah bukit untuk  beri tahu penemuan aku.Dimasa tahun 2011  aku masih lagi mampu untuk berlari mendaki dan menuruni bukit tanpa rasa letih,maklum lah muda lagi masa tu,hahaha..

Kali keempat aku pergi dgn kawan aku org johor pada 8-12-2011,Hanya berdua,mendaki pada pukul 3.00 petang dan sampai semula kebawah pada pukul 5.15 petang,Disini menunjukan kalau pergi dgn peserta yg sikit perjalanan jadi cepat,kalau ramai memang jadi lambat.Masa yg diambik utk mendaki hanya sejam 15 minit dan menuruni hanya 30 minit.


Kali kelima pada 23-10-2019 iaitu ikut rombongan orang,Program ni di anjur kan oleh DUN kuala berang bersama pejabat daerah serta kemas kawasan kuala berang,Seramai 60 peserta yg mengambil bahagian dan sebilangan besar mendaki ke batu kapal hanya sebahagian kecik sahaja yg tinggal kerana urusan makan minum peserta.Peserta lelaki 45 orang dan perempuan 15 orang.
video youtube aku pada tahun 2011

Pendakian pada kali ini tak lah mencabar sangat seperti dimasa2 dulu kerana separuh dari laluan telah dibuat jalan,hanya separuh sahaja laluan hutan,jadi banyak masa dapat dijimatkan untuk kebatu kapal.Kalau dulu memakan masa selama dua jam untuk sampai sekarang ni mengambil masa hanya sejam sahaja.

Atur cara majlis
8-9 pagi         Pendaftaran
9 pagi             Taklimat
9.15                bertolak dengan pacuan 4 roda
9.30                mendaki
10.30              sampai di batu kapal
10.30-11.30    taklimat tentang batu kapal dan bergedik..hehehe
11.30              menuruni bukit---ke titik mula.
12.00              makan tengahari
1.00                bersurai
video youtube aku pada 23-10-2019

Point aku pada pukul 10.30 hingga 11.30,pada masa itu penerangan tentang batu kapal telah diberikan oleh seorang peserta orang tempatan.Beliau telah menerang susur galor tentang batu kapal cuma aku tak ambik endah sangat kerana sibuk ambik gambar,lagi pun aku telah ada sikap aku sendiri tentang batu kapal.

Persoalan aku ialah mengapa kapal yang telah jadi batu itu terdampar kat situ,sedangkan kawasan tersebut jauh dari laut..Ada yg mendakwa ditempat tu laut dimasa dahulu.Kalau kawasan tu laut diketika dahulu,berapa ribu tahun kah,Yg pasti bkn seribu tahun atau 10000 tahun sbb hutan tu sendiri dikatakan berusia beratus ribu tahun.kalau lah hutan tu berusia beratus ribu tahun,masa mana kah lautan tu ujud.Kalau lah benar lautan itu ujud beratus ribu tahun dahulu,memang itu bukan kapal yg menjadi batu kerana keujudan manusia hanya baru 7000-8000 tahun berdasar kpd atikel ini πŸ‘‰πŸ‘‰ https://www.bharian.com.my/node/107926  Maka batu kapal bukan lah kapal yg jadi batu tetapi mmg batu tu hanya nampak mcm kapal.

Andaian yg aku buat hanya datang dari aku sendiri bkn dgr cerita org atau sebagai nya,sekian cerita batu kapal versi aku..

GAMBAR SUNGAI YG ADA DIBUKIT BATU KAPAL.






Pada 23-10-2019 air sungai ni agak keruh,sebab2 keruh mungkin disebabkan hujan yg lebat dimalam hari nya.Dikatakan kawasan ni tiada pembalakan,jadi air keruh bkn sebab kegiatan pembalakan,lagi pun kawasan ni hutan simpan yg akan dimusnahkan pada bila2 masa🀣🀣🀣🀣.

GAMBAR-GAMBAR
separuh dari laluan telah dibuat jalan macam ni,Separuh lagi mengunakan laluan hutan sepenuh nya sehingga ke batu kapal

Peserta dibagi kpd 5 kumpulan kecil utk memudahkan perjalanan,kumpulan belakang tak boleh potong yg depan,last2 potong jgk kerana peserta depan tak larat

Rasanya brother ni tak sampai,berjalan 30 minit dah letih dan dibawah ketempat mula.

Kat sini last laluan selesa,dari sini lah bermulanya laluan denai hutan

Dari sini hanya 250 meter mendaki ke batu kapal

Eksen lebih,biasanya peserta2 baru mesti panjat batu kapal.

Peserta baru mesti berebut nak selfie

Sebahagian dari peserta bergambar ramai2.

catitan:kalau nak ke batu kapal hendak lah pohon permitdari pejabat hutan,Permit boleh dipohon dipejabat hutan kuala berang...Dikenakan bayaran tak pasti..hishhhh panjang betul rencana aku ni,larat tak orang nak baca...huhuhu...

Rabu, 16 Oktober 2019

Buat pulut kuning

Ketika aku nak tidur iaitu pada pukul 10 malam,mak memanggil aku dengar suara yg agak keras,aku terburu2 pergi kebilik nya,pada sangkaan aku mak aku sakit,almaklum lah dia sentiasa sakit,tapi jangkaan aku meleset,rupa2nya dia nak makan nasi kunyit atau pulut kuning,dalam fikiran aku berkata,
"apahal mak aku ni"..
Malam2 buta mana ada orang jual pulut kuning,lain lah kalau dibandar2.Oleh kerana aku merungut payah nak dapat pada waktu malam,mak aku suruh je aku buat pulut tu,dia cakap,bukan payah pun nak buat.Antara aku kompius dgn suruhan mak aku dan kehendaknya makan pulut kuning,aku bergegas kedapur,basuh beras pulut,parut kelapa,tumbuk kunyit hidup dan buat apa yg sepatutnya untuk buat pulut kuning.Bagi aku tak payah sangat utk buat pulut kuning,lagi pun yg nak makan aku dan mak aku je,jadi tak heran kpd aku utk buat pulut kuning.
Beras pulut faiza,mesti mendahului barang bumiputra..

Untuk.memudahkan kerja aku utk masak pulut kuning,aku guna dapur letrik je,walau pun aku tau masak pulut sangat cerewet,isi air banyak akan jadi lembek,isi sedikit tak masak plk.
Masih dlm periuk letrik,apabila periuk ni off,nasi belum masak,sbb tu lah dimasak ke dapur biasa plk.

Cara aku buat senang sangat..
Mula2 basuh beras pulut dan tos kan.
Perah kelapa parut menjadi santan.
Masukan sedikit garam kedalam santan.secukup rasa.
Tumbuk/ blender kunyit yg secukupnya,kalau banyak sangat nanti tak sedap plk.kemudian tapis..
Santan dan tapisan kunyit tadi dicampur,kalau nak kuning lagi campurkan pewarna kuning,yg aku buat ni tak ada lah campur2 dgn pewarna,hentam saja dgn tapisan kunyit.
Pulut yg ditoskan tadi dimasukan kedalam periuk letrik bersama santan berkunyit.kadar santan hanyalah tengelam saja beras pulut.kalau banyak akan jadi lembek.
On je periuk letrik dan tunggu..
Setelah swiss periuk off (jetak) ambil periuk dan letak keatas dapur gas,buka api yg paling kecik,sambil itu balik2kan nasi sehingga masak,biasanya dalam 15 minit atas dapur gas,nasi nya masak..
Masa yg diambil untuk memasaknya dalam sejam bermula dari parut kelapa dan ini lah hasil nya.Sebenarnya pulut tu elok mcm tu kerana aku nak snap gambar je,lakunan je tu.🀣🀣🀣

Setelah masak dalam pukul 11 malam,aku kejutkan mak aku yg tidur,berselera dia makan nasi pulut kuning aku dgn ikan rebus.Tu cerita pulut kuning aku yg dibuat pada 10 malam,16-10-2019,sekian.

Aku ni kan,semua pandai,masak pandai,main motor pandai,buat rumah pandai tp mendirikan rumah tangga aku tak pandai..hahahaha.
πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Catitan:beras pulut 3 cawan dan santan semangkuk sedang.

Rabu, 9 Oktober 2019

AIR TERJUN SUNGAI CIH

Air terjun sungai cih merupakan satu dari cawangan sungai berang.Untuk masuk ke sungai ni memerlukan kudrat yg bukan sedikit,memerlukan ketahanan yg tinggi kerana utk mencapai nya perlu mendaki bukit dan meredah paya,baru lah sungai ini boleh dilihat dgn mata,kalau tak hanya dilihat digoogle map sahaja.
Ada dua jalan untuk masuk kesini,yg pertama melalui jalan balak selepas felcra kuala embong dan yg kedua melalui tempat perkelahan belukar bukit,Sungai cih terletak sebelah kanan sungai berang iaitu dihulu tempat berkelah,Klu nak kesini mulut jgn cabul nanti tak jumpa jalan balik.Senang cerita kena kidnapped oleh bunian.
Jalan bukit yg aku cerita untuk kesungai cih iaitu selepas felcra kuala embong memerlukan masa lebih dari 3 jam berjalan kaki dgn laluan yg sentiasa menaik,Waktu menurun nya apabila kita sampai ke air terjun sungai cih,Perjalanan sgt sukar kerana terpaksa meredah jalan balak yg dah sembuh,dgn paya yg menakutkan..mcm cerita seram jer🀣πŸ˜₯🀣.

Melalui tempat perkelahan belukar bukit aku tak tau masa yg diperlukan untuk mencapai air terjun sungai cih kerana aku tak pernah mengunakan laluan tersebut,Kalau ada yg nak tau pergi lah sendiri,jgn tanya org,hahaha.

Sekian cerita air terjun sungai Cih.
Sungai cih di-google map

Video air terjun sungai cih,hasil karya aku sendiri,lihatlah kecantikan air terjun nya.