Selasa, 11 Ogos 2020

Doktor pakar

Pada hari ni 11-8-2020 aku berjumpa dgn doktor pakar yg berkaitan dgn sakit mak aku.Maksudnya ada temu janji,Sejak setahun yg lalu untuk kali kedua nya sejak itu mak aku dimasukan ke wad sbb sakit nya,iaitu sakit talasemia,Talasemia merupakan satu kumpulan penyakit yg menghalang badan dari menghasilkan jumlah darah yg mencukupi utk badan..Aku malas nak citer hal sakit mak aku tp lebih kpd cerita betapa takutnya aku nak jumpa doktor pakar,Bunyi pakar dah mengeletar,Aku bimbang banyak hal,bimbang penyakit mak aku dalam keadaan yg teruk.Selain dari tu aku tak tau mcm mana nak berurusan dgn doktor pakar,maklum lah pertama kali aku berurusan,aku ni plk jenis yg kurang benar berurusan dgn jabatan kerajaan dan jabatan yg aku paling kerap ialah dgn kementerian kesihatan,Lain2 pejabat tu mmg lah ada tapi sgt jarang,Orang cakap jarang2 sekali.

Oleh kerana temujanji tu pukul 8.30 pagi,aku pergi ke hospital pada pukul 7.30 pagi,Nak tenguk keadaan,Biar lah cepat datang dari aku ketinggalan temu janji dengan doktor pakar..Pukul 7.40 aku dah sampai hospital,Sedang aku berdiri kat tepi kereta aku,Ada seorang misi tegur aku,Misi yg baru sampai utk bertugas.Kalau bahasa orang sekarang ialah nurse,Nurse lah sangat,hehehe..Oleh kerana aku memerlukan situasi yg macam ni aku cepat2 buat petah bercakap dengan memberi tahu urusan aku,Misi tu mintak dokumen yg aku ada dan dia mengiyakan urusan aku,Aku disuruh ke klinik pakar berdekatan untuk daftar dan tunggu urusan seterus nya...Jadi senang lah kerja aku kerana dah ada panduan...Cara2nya ialah..

1) Daftar..Kad pengenalan mesti diletak bersama dengan surat temujanji kedalam bakul yg disediakan..

2) Nombor giliran akan dibagi..Aku dapat nombor 3 iaitu 2003

3) Tunggu diklinik pakar sehingga di panggil.......Agak serupa dgn klinik harian yg aku pernah pergi,tp kerenah diklinik ini lagi senang,tak ada lah nak check darah,ambik tekanan darah dan sebagainya...

Hanya tiga perkara itu sahaja yg perlu aku lakukan,Kalau sebelum aku sampai kat klinik pakar,fikiran aku mcm2 fikir,payah lah,takut lah,.......Walau mcm mana pun aku belum lagi berjumpa dengan doktor pakar,Aku memang bimbang juga apa yg akan berlaku samasa bertemu doktor,bimbang doktornya bengis atau tak wellcome,Maklum lah aku ni memang pemanas,Kalau lah doktor tu bercakap dgn lebih kurang,memang makan maki aku lah dan itu sebenar2nya kelemahan aku,Mudah nak memaki2 kalau orang buat lebih kurang.

Oleh kerana musim pandemic covid 19 yg masih lagi menular,pemakaian mask dimestikan,Pesakit2 plk org tua belaka,Rawatan pada kali ini hanya 20 org shj

Aku masuk berjumpa doktor apa bila nombor mak aku di panggil,Yang aku dapati ialah doktor tu seorang doktor perempuan,Muda sangat lagi,Macam tak lojik plk doktor tu seorang pakar,biasanya kalau pakar tentu lah dah berusia,bak kata orang,kalau dah tua tentu banyak pengalaman nya..dah tu plk doktor tu sangat peramah,dipanggil mak aku sebagai mak,bkn nya mak cik,Aku dah perasan bahawa doktor tu syok kat aku sbb tu dia panggil mak aku sebagai mak,hahahahaha...Tapi tak ada lah,gurau je tu..Memang sikap seorang yg baik hati akan menyenangkan rasa hati orang tua,Atas sebab2 tu lah doktor pakar ni bersikap macam tu  terhadap mak aku.

Setelah mak aku diperiksa,temu janji baru telah diberikan,sebelum dari  mak aku diperiksa dgn teliti,aku banyak bertanya masalah permakanan mak aku,apa yg boleh dan apa yg tidak,Bagi aku sgt berpuas hati dgn layanan doktor pakar ni,Puji aku bukan sebab doktor tu cun tp memang dia menunaikan tanggung jawab nya dgn baik..Sekian