Selasa, 28 Januari 2020

Mengambil saf solat

Aku tak tau macam mana nak cerita tentang tajuk ini kerana melibatkan hukum hakam,bab hukum hakam mesti  kpd yg arif sahaja mcm ustaz2 dan orang alim, sedangkan aku bukan ustaz tp aku ni jenis kargo je,Tp mcm ni je lh,aku nak citer pengalaman aku mengambil saf ketika solat maghrib disebuah masjid kat Terengganu ni..
Gambar hiasan

Pada satu hari aku berurusan disebuah tempat yg jauh dari kampung aku sehingga terlewat balik membawa kewaktu maghrib.Kalau aku pecut selaju mana pun aku takkan sampai rumah utk solat maghrib di rumah,jadi nak tak nak aku mesti berhenti di mana2 masjid utk menunaikan perintah Allah.

Aku singgah di sebuah masjid yg sgt besar,oleh kerana masjid nya besar tentulah kampung nya besar dan penduduknya ramai.. sesampai aku dimasjid aku dapati solat dah pun didirikan,aku dapati ada tiga orang ahli jemaah,satu imam dan dua makmum,tapi agak pelik dua orang makmum nya berdiri sebelah kanan imam.kedua2nya aku dapati mengambil saf seperti makmum yg berseorangan yakni dekat dgn imam,aku dah jadi gelabah mcm mana nak buat kerana aku makmum yg ke-3,nak tak nak aku ikut je saf makmum yg lain,jadilah saf yg tak ada peraturan.Menjelang habisnya solat maghrib ada dua orang lagi yg datang dan juga mengikut bersolat atas saf yg cacat tadi,jadi ada lima orang makmum sehingga solat selesai, Setelah solat selesai dan imam membaca doa pendek dan berwirid pendek,imam telah tazkirah kami kelima-lima orang makmum yg bodoh itu dan yg bodoh itu termasuk lah aku, hahaha...

Tazkirahnya ialah cara nak mengambil saf,kerana kami makmum yg lima orang dah mcm tak ada ilmu, nampak sangat Kami ni bodoh2 belaka, :) Cara2 nya macam ni,kalau makmum seorang saf nya mesti dekat dgn imam disebelah kanan,tapi kalau makmum yg kedua datang ketika solat didirikan,makmum kedua mesti mengambil saf seperti lazim,tp sebelum mengambil saf makmum yg kedua mesti cuit sedikit makmum yg pertama yg dekat dengan imam,makmum pertama mesti faham dia mesti berundur kebelakang,begitu juga dengan aku makmum yg ketiga,setelah didapati dua makmum yg pertama dan kedua tadi disaf yg berdekatan dgn imam,makmum yg ketiga mesti cuit makmum yg kedua  dan buat saf seperti lazim,dan makmum yg pertama dan kedua mesti faham dan berundur kebelakang,begitu juga bila datang nya makmum ke-4 dan ke-5 dan didapati makmum yg terdahulu buat saf ditepi imam dia mesti cuit yg dihadapan untuk buat saf yg lazim,oleh kerana kami kelima2 makmum tak ada ilmu maka terjadi lah saf bodoh kami tu.Walau mcmana pun saf yg nak dibuat mesti imamnya sentiasa ditengah2,maksudnya makmum mesti pandai atur,kanan kiri kanan kiri,Kalau makmum 5 orang,imamnya mesti setentang dgn makmum yang ke-3. Setelah bagi tazkirah imam tu menangis,dia cakap,sesalah2 kami mengambil saf,salah lagi dia sebagai imam,dia cakap lagi, macamana dia sebagai imam tak boleh perintah kan penduduk kampung nya mendirikan solat dimasjid sehingga terjadi kemalangan mengambil saf seperti kami lakukan.Dia cakap lagi perkara mcm ni tak mungkin berlaku kalau semua orang bersolat di masjid.

Setelah selesai tazkirah oleh imam,kami berkenalan antara kami sebagai makmum,dari situ lah aku ketahui bahawa semua kami bkn dari pemastautin tetap kampung tu,ada antara kami boleh bersolat jamak..kesimpulannya,dimana kah ahli jamaah kampung tu,masjid besar tapi kosong, rupa2nya imam sorang je orang kampung tu,yg lain nya orang musafir termasuk aku..kesimpulannya lagi ialah mengapa kami2 ni bodoh sangat sehingga benda yg basic mcm tu pun tak tau..aduhhhhh. sejak itu aku cuba cari ilmu yg basic yg kita ambik ringan, padahal yg ringan itu lah kita ramai tak tau...untuk makluman,semua makmum solat maghrib kami merupakan orang yg ada2 berdasarkan kpd pakaian dia orang dan kenderaan yg dia orang pakai, seorang tu pakai merc. sekian 

Cengal besar 2020..

Tajuk cengal besar aku dah tulis banyak kali..Aku dah pergi ke cengal besar dah 4 kali dan kawasan tersebut dah berpuluh2 kali,aku tak henti2 pergi kekawasan ni kerana main motor, Walau pun aku telah dikategorikan sebagai tua tp aku tak pernah insaf dari menceburi bidang ini, aku boleh dikatakan sebagai sama naik dgn budak-budak muda, budak2 muda tersebut ialah anak sedara aku sendiri dan beberapa org lagi dari group motocross htmcc.Main moto kekawasan cengal besar merupakan permainan yang sangat ekstrem.laluan yg sgt gila,memerlukan kudrat yg bukan sedikit maknanya bukan kaleng2.Makna nya kalau kurang semangat samada mental dan fizikal mmg tak boleh pergi ke tempat tersebut.

Aku pergi pada 24 dan 25-1-2020..seramai 14 peserta.
Jauh tempat ni mengikut Google map ialah 37km,melalui jalan sejauh 50-60km.melalui jalan tar 22km,38 km lagi melalui jalan hutan sepenuhnya.terletak didaerah Dungun Terengganu.

Perjalanannya
Bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi hari jumaat,melalui felda Mengkawang,sampai sungai kelemin pukul 11 lebih,sungai loh pada pukul 1 tgh hari,solat jumaat di masjid kg jongok batu,bertolak kecengal besar pada pukul 3.30 dan sampai ke camp cengal besar pada pukul 4.15..malam berkhemah dgn jayanya,makan nasi lauk ikan kelah gulai air..keesukan naik kecengal besar pada pukul 9.30 dan sampai pukul 11.30 pagi.balik ke camp dan masak2 makan tgh hari,bertolak balik pada pukul 5.00ptg dan sampai rumah pada pukul 8.30 mlm.perasan suka yg sgt giler.. :)

Pada masa yg terdekat ni aku nak pergi tengok pokok yg terbesar di Malaysia yg terdapat di tasik Kenyir.. InshaAllah..

Gambar2
Melalui sungai kelemin,sungai cetek semasa aku pergi,boleh dilalui dgn mudah..sungai kelemin berkualakan sungai Dungun..
Laluan mcm ni sangat biasa, memerlukan tenaga yang bukan sikit..
Makan malam berlaukkan ikan kelah gulai air..resepi yg sgt mudah..kunyit,bawang putih,bawang merah dan dicampur dgn budu..hahaha,sedap tak terkata.
Sungai loh diwaktu pagi yg sangat damai berlatarbelakangkan lagu love story..
Ni lah pokok cengal besar,ukuran lilitnya 16 meter.dikatakan berusia 1300 tahun
Sekian.

Jumaat, 17 Januari 2020

Pantang larang buat tapai ubi kayu

Sejak aku duduk2 rumah semasa mak aku sakit sejak dua tahun yg lalu,mcm2 benda aku masak sebab mak aku suruh.hehehe.Sehingga skrg mcm2 dah aku buat.Salah satu yg menarik bagi aku ialah buat tapai ubi kayu,(aku tanam ubi kayu kan) Tp bukan sangatlah buat tapai tu,tp tentang pantang larang semasa buat tapai..Pantang larang itu telah diceritakan oleh orang-orang dahulu.Pantang larang ini telah diberi tahu kpd aku setelah bercakap dgn seorang kwn.Apa yg kwn aku cakap ialah:
Ubi yg baik untuk buat tapai sebesar lengan atau yg bergaris pusat satu inci

1)Masa buat tapai hati mesti tenang, tak boleh serabut atau pun tak selesa.

2)Tempat atau dapur tempat buat tapai mesti bersih.

3)Bekas untuk menapai mesti bebas dari unsur2 masam.(kalau ada mempelam,limau nipis mesti dibersih tempat tu.

4) Seseorang yg ada benda (ilmu ghaib Kut) tak boleh ada tempat buat tapai.org mcm ni dipanggil org bisa dikampung aku,bisa maksud nya org ada ilmu,ilmu apa,aku pun tak tau.

5) Tak boleh sama sesekali makan sireh masa buat tapai (org tua2 je ni) tapai akan jadi merah.

6) Berwangi-wangian mmg tak boleh sebab boleh terjejas mutu tapai.maksudnya kita bersih mcm biasa je,bkn wangi2 mcm nak gi ngorat plk..:) :)
direbus sehingga 3/5 masak,untuk kenal ubi masak dgn baik ialah bahagian yg dikerat,ubi nya terbuka sedikit...

Alasan yg diberikan kerana buat tapai menggunakan ragi atau yis..ragi menyebabkan unsur2 lain yang ada seperti masam akan mudah berjangkit kpd tapai kita..itu bahasa aku,bahasa dia org cakap mcm ni...,,"buat tapai dia mudah berjangkit kpd benda2 yg ada dekat2 dgn kita," Enam senarai kat atas seperti diceritakan oleh kawan aku yg juga merangkap pak cik kpd aku..Pakcik ni tak percaya benda2 yg diatas tp dia cerita jgk,hahaha.

Oleh kerana byk sangat pantang larang buat tapai ubi ni,aku cuba buat sendiri.Cara2 membuat tapai aku tanya mak aku dan tanya pakcik Google,dgn panduan itu lah aku buat tapai..Cara2 aku ni senang sgt:
ragi yg ditabur mesti serata,untuk dapat hasil yg baik

Kerat ubi kayu ikut kita suka,dua inci Kut,lepas tu bersih dan toskan..kalau yg besar boleh belah jadi kecik.Lepas tu rebus air,sehingga mendidih,setelah mendidih masukan ubi kayu,tunggu sehingga 3/5 atau 3/4 masak,setelah masak 3/5,angkat dan sejukkan.sejam Kut..setelah sejuk aturkan/susun ubi kayu dlm bekas besar yg berlapik/alas dgn daun pisang.aku guna periuk yg ada tudung,Setelah disusun selapis taburkan debu ragi/yis sehingga rata diubi kayu,tabur jgn byk sgt,sederhana byk..cara mudah untuk tabur ragi dgn menggunakan tapis teh, hancurkan ragi dlm tapis dgn mengeset2.Selepas itu ubi disusun lagi dan ulang sehingga penuh bekas,tak penuh pun tak pe..setelah selesai,lapisan atas letak daun pisang dan tutup dgn tudung periuk kalau guna periuk,kalau guna mangkuk,tutup je dgn apa2,pinggan ke..selepas tu bungkus dgn kain,simpan dlm almari selama dua hari..selepas dua hari biasanya tapai masak.
.kat kampung aku nama ubi kayu ni ubi kayu pulut,warna kuning lembut

Aku dah enam kali buat tapai ubi,hasil nya sangat menjadi,manis leting kata orang terengganu,Tapi tapai aku yang keenam tak menjadi lansung,masam seperti limau masam.Aku sangat hairan sebab terjadi demikian,sedangkan aku buat sangat serupa dari yg pertama sehingga yang keenam.Tapai yang keenam kali tu aku buat pada akhir disember 2019 yg baru lalu.Setelah dah tak menjadi aku dah tak buat tapai...jadi malas hahaha...Nak kata ada orang bisa yg tenguk aku buat tapai memang tak ada pun,Nak kata tempat aku buat tapai ada unsur2 masam tak jugak kerana aku dah clear tempat tu.Bagi aku mesti ada sesuatu yg aku terlepas pandang atau pun itu semua dah kehendak Allah,hahahaha.

Kesimpulan aku,aku tak pasti sama ada pantang larang buat tapai sesuatu yg fakta dan tak pasti plk ia nya mitos,mungkin ya dan mungkin tidak...Mungkin kecacatan nya semasa mengisi ragi,mungkin aku tak sedar ditangan aku ada unsur2 masam..Mungkin laaa.
Sekian cerita pantang larang buat tapai dan cara2 aku buat tapai..

Khamis, 16 Januari 2020

Penguatkuasaan larangan merokok

Penguatkuasaan larangan merokok bermula pada 1-1-2020.Semua tempat awam merupakan  lokasi larangan.Semua kedai makan atau warung2,tak kiralah di kampung2 atau bandar merupakan tempat yg dikuat kuasa.Aku sendiri tak ada lah nak komen apa tapi aku ingin merakamkan kisah pekedai kat tempat aku akibat dari larangan ini..

Seorang tuan punya warung makanan telah bercerita kpd aku yg pelangan sgt berkurang sejak larangan merokok dikuatkuasakan.Pelangan biasanya datang lepak kat warungnya sambil merokok,tapi sejak larangan merokok,kedai nya dah tak ada pelangan yg datang,berkurang dlm 50% katanya.Tuan kedai belebe (berleter) panjang mengutuk penguatkuasaan oleh kerajaan.Aku diam je,tak boleh nak komen apa,sbb kata2 pekedai ni mcm ada benarnya,Tuan punya kedai tu ckp kerajaan saja buat mcm tu supaya peniaga warung mcm dia ni mampus bahan tanah (kasar bahasanya) alasannya dgn pelangan dah tak ada maka pendapatan nya berkurang,last mesti tutup warung (aku tak jangka sampai mcm tu sekali) Tuan kedai berhujah lagi,kalau perokok tu nak mampus bahan tanah pun kerajaan tak perlu susah sbb ramai lagi orang yg akan lahir,dia cakap lagi kerajaan buat mcm tu kerana nak punggut duit je,bukan nak jaga rakyat sgt pun, kalau betul rokok tu membahaya,sepatutnya pihak kerajaan mesti haramkan kilang rokok,Dia meneruskan lagi maki hamunnya dgn mengatakan,kalau nak kuat kuasa pun agak2 lah,tgk tempat, kalau kampung terpencil tak payahlah bersungguh sangat. banyak lagi dia membebel,aku sengih je..hehehe.
Kepada aku lah... zaman telah berubah byk,jadi pemikiran rakyat mesti berubah dari segenap sudut, kalau zaman dulu dlm hospital pun boleh merokok,dizaman skrg dalam kawasan hospital pun tak boleh merokok.mesti tingkatkan mutu hidup..tentang penguatkuasaan plk aku pikir kerajaan kena mengambil sikap yg sederhana,mungkin kawasan kampung penguatkuasaan kena slow,kerajaan tak lah boleh tunjuk sgt kuasa nya..
Makan mee atas tembok kerana takut kpd penguatkuasa.(•‿•)(•‿•)(•‿•)(•‿•)

Satu hal lagi penguatkuasaan ini hanya sbb politik bukan lah sbb penyelamat sgt,pihak melayu telah kena main oleh org china,perlu jgk diketahui,Malaysia skrg telah diperintah sepenuhnya oleh china kafir,melayu yg berkuasa merupakan boneka sepenuhnya oleh bangsa china,Kena main yg bermaksud pegawai penguatkuasa melayu dan dimangsakan jgk melayu,dgn berbuat begitu akan memecahkan melayu,benci2 akan terjadi,yg untung ialah China kafir yg memerintah Malaysia skrg.Tangan2 ghaib telah bermain dgn byk cara Utk memecah-belah melayu,sejak dari 1-1-2020 telah dikuasakan dua perkara yg agak tak menesabah iaitu kereta cermin gelap dan kerusi utk bayi dlm kereta,dgn penguatkuasaan atas perkara tersebut dgn angkuh pegawai2 melayu menjalankan tugas tanpa menyedari mereka hanya alat semata2 utk memenuhi kehendak org politik atas sbb2 keuntungan dia org.

Kesimpulan aku ialah kerajaan mesti adil kpd semua,iaitu mesti tutup kilang rokok utk beri keadilan kpd mereka yg merokok..Dengan penutupan kilang rokok baru lah penguatkuasaan boleh dijalankan,Dengan tutup kilang rokok kerajaan boleh kuatkuasa undang2 disemua tempat samada dlm rumah dlm kedai,tepi sungai tempat berkelah,pendek kata setiap inci bumi ni adalah kawasan larangan merokok..tentang cermin gelap plk,kjaan jgn lah sampai menyaman tuan punya kereta yg dipandu oleh orang lain,nmpk sgt kjaan ni jenis jahat..sekian..:) :) :)