Jumaat, 17 Januari 2020

Pantang larang buat tapai ubi kayu

Sejak aku duduk2 rumah semasa mak aku sakit sejak dua tahun yg lalu,mcm2 benda aku masak sebab mak aku suruh.hehehe.Sehingga skrg mcm2 dah aku buat.Salah satu yg menarik bagi aku ialah buat tapai ubi kayu,(aku tanam ubi kayu kan) Tp bukan sangatlah buat tapai tu,tp tentang pantang larang semasa buat tapai..Pantang larang itu telah diceritakan oleh orang-orang dahulu.Pantang larang ini telah diberi tahu kpd aku setelah bercakap dgn seorang kwn.Apa yg kwn aku cakap ialah:
Ubi yg baik untuk buat tapai sebesar lengan atau yg bergaris pusat satu inci

1)Masa buat tapai hati mesti tenang, tak boleh serabut atau pun tak selesa.

2)Tempat atau dapur tempat buat tapai mesti bersih.

3)Bekas untuk menapai mesti bebas dari unsur2 masam.(kalau ada mempelam,limau nipis mesti dibersih tempat tu.

4) Seseorang yg ada benda (ilmu ghaib Kut) tak boleh ada tempat buat tapai.org mcm ni dipanggil org bisa dikampung aku,bisa maksud nya org ada ilmu,ilmu apa,aku pun tak tau.

5) Tak boleh sama sesekali makan sireh masa buat tapai (org tua2 je ni) tapai akan jadi merah.

6) Berwangi-wangian mmg tak boleh sebab boleh terjejas mutu tapai.maksudnya kita bersih mcm biasa je,bkn wangi2 mcm nak gi ngorat plk..:) :)
direbus sehingga 3/5 masak,untuk kenal ubi masak dgn baik ialah bahagian yg dikerat,ubi nya terbuka sedikit...

Alasan yg diberikan kerana buat tapai menggunakan ragi atau yis..ragi menyebabkan unsur2 lain yang ada seperti masam akan mudah berjangkit kpd tapai kita..itu bahasa aku,bahasa dia org cakap mcm ni...,,"buat tapai dia mudah berjangkit kpd benda2 yg ada dekat2 dgn kita," Enam senarai kat atas seperti diceritakan oleh kawan aku yg juga merangkap pak cik kpd aku..Pakcik ni tak percaya benda2 yg diatas tp dia cerita jgk,hahaha.

Oleh kerana byk sangat pantang larang buat tapai ubi ni,aku cuba buat sendiri.Cara2 membuat tapai aku tanya mak aku dan tanya pakcik Google,dgn panduan itu lah aku buat tapai..Cara2 aku ni senang sgt:
ragi yg ditabur mesti serata,untuk dapat hasil yg baik

Kerat ubi kayu ikut kita suka,dua inci Kut,lepas tu bersih dan toskan..kalau yg besar boleh belah jadi kecik.Lepas tu rebus air,sehingga mendidih,setelah mendidih masukan ubi kayu,tunggu sehingga 3/5 atau 3/4 masak,setelah masak 3/5,angkat dan sejukkan.sejam Kut..setelah sejuk aturkan/susun ubi kayu dlm bekas besar yg berlapik/alas dgn daun pisang.aku guna periuk yg ada tudung,Setelah disusun selapis taburkan debu ragi/yis sehingga rata diubi kayu,tabur jgn byk sgt,sederhana byk..cara mudah untuk tabur ragi dgn menggunakan tapis teh, hancurkan ragi dlm tapis dgn mengeset2.Selepas itu ubi disusun lagi dan ulang sehingga penuh bekas,tak penuh pun tak pe..setelah selesai,lapisan atas letak daun pisang dan tutup dgn tudung periuk kalau guna periuk,kalau guna mangkuk,tutup je dgn apa2,pinggan ke..selepas tu bungkus dgn kain,simpan dlm almari selama dua hari..selepas dua hari biasanya tapai masak.
.kat kampung aku nama ubi kayu ni ubi kayu pulut,warna kuning lembut

Aku dah enam kali buat tapai ubi,hasil nya sangat menjadi,manis leting kata orang terengganu,Tapi tapai aku yang keenam tak menjadi lansung,masam seperti limau masam.Aku sangat hairan sebab terjadi demikian,sedangkan aku buat sangat serupa dari yg pertama sehingga yang keenam.Tapai yang keenam kali tu aku buat pada akhir disember 2019 yg baru lalu.Setelah dah tak menjadi aku dah tak buat tapai...jadi malas hahaha...Nak kata ada orang bisa yg tenguk aku buat tapai memang tak ada pun,Nak kata tempat aku buat tapai ada unsur2 masam tak jugak kerana aku dah clear tempat tu.Bagi aku mesti ada sesuatu yg aku terlepas pandang atau pun itu semua dah kehendak Allah,hahahaha.

Kesimpulan aku,aku tak pasti sama ada pantang larang buat tapai sesuatu yg fakta dan tak pasti plk ia nya mitos,mungkin ya dan mungkin tidak...Mungkin kecacatan nya semasa mengisi ragi,mungkin aku tak sedar ditangan aku ada unsur2 masam..Mungkin laaa.
Sekian cerita pantang larang buat tapai dan cara2 aku buat tapai..

1 ulasan:

  1. Masam mungkin tercemar bakteria yang menghasilkan cuka ..

    BalasPadam