Sabtu, 28 April 2012

Meredah rimba

 Aku dan kelab HTMCC meredah rimba dengan bermotor,Perjalanan dimulai pada pukul 10 pagi dengan dimulai dengan membaca doa olih ketua group,Semua peserta rombongan 38 orang,Motor2 yang digunakan semuanya telah diubah suai mengikut kesesuaian tempat.Tempat yang nak dituju pada kali ini diparas lebih 2000 kaki dari paras laut..



 Sebenarnya pada kali ini selain dari meredah rimba geng HTMCC bercadang berkelah dan memancing,Berkelah maksud nya makan2 stail kampung iaitu makan nasi lauk budu dan cicah dengan ikan panggang yang dipancing huhuhuhu..sedap loooo,



Video ini di-rakam kan semasa peserta makan..

 Big Bos...

Seorang dari dua orang peserta kecik..


Tiga puluh tujuh orang dari tiga puluh lapan orang,Aku tak termasuk sebab snap gambar kat depan semua peserta,Pada minggu depan geng ni hendak meredah kekawasan cengal besar dihulu dungun,Dengan kumpulan yang besar macam ni sangat menyukarkan perjalanan kerana banyak kerenah yang terpaksa dihadapi,terutamanya motor rosak,tayar bocor dan kerenah mehnah yang lain lagi,sekian....

Isnin, 23 April 2012

Mencari telur tuntung

Video ini menunjukan susah payah untuk sampai ketempat tuntung bertelur
Hidup dikampung macam2 perkara bolih dilakukan,tapi kegiatan nya hanya lah berkisar cara kekampungan.Pada bulan tertentu salah satu kegiatan nya ialah mencari telur tuntung,Bulan2 yang menjadi musim tuntung bertelur ialah pada april hingga september pada tiap2 tahun.

Mencari telur tuntung memerlukan keazaman yang kuat kerana pencarinya terpaksa berjaga malam untuk menunggu tuntung naik bertelur,(sangat serupa menungu penyu bertelur di Rantau Abang,terengganu) Kegiatan ini bolih lah dikatakan sebagai hobi sahaja,Menunggu tuntung bertelur dimulakan seawal isyak hingga dinihari,Klau bernasib baik tuntung akan naik bertelur,kalau tuntung tak naik bertelur maka balik mengantuk sahaja lah...


Tuntung  salah  satu haiwan yang dilindungi olih jabatan yang berkenaa,Banyak kawasan yang telah diwartakan sebagai tempat lindungan haiwan ini,Salah satu tempat pembiakan dan perlindungan tuntung ialah dipasir kampung temir kuala berang hulu terengganu
Pada satu malam aku telah diajak olih seorang jiran aku yang sangat mahir dalam pencarian telur tuntung,Memang aku tersangat malas untuk pergi kerana mencari tuntung bertelur bukan lah daari hobi aku tapi untuk mendamaikan keadaan aku ambik hati juga dengan pergi mengikut nya,Tempat yang beliau maksudkan disekitar kampung jiran,walau pun agak jauh,umtuk pengalaman tak salah aku mencuba.


Aku dan jiran aku pergi pukul 10 malam,tempat yang sangat payah kerana terpaksa melalui kawasan rumput yang panjang dan dan banyak pacat,sesampai nya aku ketempat yang dikatakan tuntung bertelur jiran aku dah mula beraksi,terhendap sana dan terhendap sini,satu kerja yang amat memboringkan aku,Pacat dah penuh kepala semasa aku meredah rumput nan panjang tadi,Puas aku dan jiran aku berjalan dimerata tempat diatas pasir yang luas, aku dah mula putus asa kerana tanda2 tuntung bertelur memang tiada berdasarkan tiada bekas seretan diatas pasir. Setelah 3 jam aku berada dikawasan itu sambil menanti,, jiran aku dah pun mengajak aku balik kerana mata dah pun mengantuk,maka selamat lah aku dari menunggu benda yang tak kunjung tiba bak kata pepatah seperti menunggu durian luruh,huhuhu


Kat bawah aku turunkan gambar2 lama dari handphone jiran aku..


Tuntung dalam sarangnya
Telur resing,

Telur tuntung
Sarang tuntung..



Sabtu, 21 April 2012

parking bertingkat


Ketika  ke kuala teremgganu  masalah parkinglah yang mesti dihadapi,Puas round2 baru lah terjumpa tempat parking, itu pun parking yang sangat jauh dari tempat untuk kita berurusan.Dengan bayaran yang tertentu kita tinggalkan kereta kita tanpa ada jaminan apa2,sama ada orang nak curi tau pun yang seankatan dengan nya.Olih kerana Darul Iman nya Negeri Terengganu maka kecurian kederaan mungkin payah jugak berlaku,walau macam mana sekali pun penguna mesti jugak berhati2,terbimbang kejadian buruk  akan berlaku..
 Hari ini aku kekuala terengganu untuk saja berjalan2,Untuk melihat negeri aku yang aman dan damai yang penduduknya amat ramah tamah,Aku sengaja ketempat yang paling sesak dikuala terengganu iaitu jalan sultan Ismail.Sesampai disitu aku dapati jalannya yang sangat sesak dan untuk berhenti minum dan makan2 agak mustahil kerana masalah untuk parking.Dua tiga kali aku pusing bandar kuala terengganu yang sempit itu aku ternampak tempat parking yang pelik pada biasa iaitu parking bertingkat,Aku masuk je kat situ untuk merasa kelainannya dan terus parking atas platform yang disediakan,jurumudi(juru parking) yang ada kat situ terus je datang untuk bagi taklimat macam mana nak menurunkan kederaan apabila aku nak keluar nanti dari tempat tu.Terteleng2 aku apabila tenguk kereta aku dah pun dinaikan ketingkat yang paling atas,TERSENGEH AKU,huhuhuhu....
Aku rasakan tempat parking ni adalah yang paling selamat untuk digunakan apabila kita perlu parking dalam masa yang agak lama.Bayaran pun agak menesabah juga iaitu rm 2.50 untuk jam yang pertama dan ditambah Rm 1  untuk jam yang berikutnya.Makna nya kalau diparking 2 jam maka bayarannya Rm3.50.Sekian............


Jumaat, 20 April 2012

Simpang Gaung


Simpang gaung atau simpang jagung terletak dikampung gaung berhampiran bandar kuala berang,Sebenar tak ada apa yang menarik atau pelik dengan simpang ni,cuma simpang jagung sangat popular dengan jualan jagung digerai2 yang disediakan olih majlis bandaran,Jagung yang dijual disini hanya lah hasil dari petani dikampung itu sendiri dan kualiti nya tak lah setanding dengan jagung2 yang dijual di Cameron highland,Walau macam manasekali pun aku dapati jagung2 yang dijual disini agak murah kalau nak dibandingkan dengan jagung2 yang dijual ditempat lain..
Yang jadi menarik simpang jagung kapada penduduk tempatan kerana gerai jualan jagung serta buah2anya.Ianya merupakan simpang untuk  ke Kota bharu kelantan dan simpang ke empangan sultan mahmud kenyir..Cerita yang agak menarik tentang simpang jagung ialah kedai makan yang menyediakan menu ikan kelahnya,Aku dengar ramai juga pelangan dari luar yang terkena tentang harga menu ini yang mahal,Aku rasa bukan salah pekedai,mungkin salah pelangan sendiri yang tidak menjangkakan harga nya yang agak mahal.Selain itu simpang jagung hanya lah tempat menjual buah2an biasa yang ada dimana2..sekian................








Rabu, 18 April 2012

Sungai como

Sungai Como memang tak asing bagi penduduk disekitar nya,Sungai Como ialah sebahagian dari tasik kenyir cuma fungsinya agak berbeza sedikit kerana disini tempat pemeliharaan ikan air tawar yang dimajukan olih ketengah.

Sungai Como terletak lebih kurang 20 km dari bandar kuala berang.Untuk kesungai como tak menjadi masalah langsung kerana ia dihubungi dengan jalan raya yang baik.Disepanjang laluan nya dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan mempunyai tempat perkelahan yang menarik,cuma tempat2 perkelahan ini agak terpencil  tapi sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga,tidak sesuai untuk datang dengan kumpulan yang kecil kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang tak diingini kerana keterpencilan tempat2 perkelahan ini.
(Sungai como:Sungai como berkualakan tasik kenyir,Airnya yang cetek dan sangat jernih,Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga,cuma tempat ini agak terpencil dipendalaman,Walau macam mana sekali pun tempat ini mempunyai line talipon dan internet).

Sungai como tidak mempunyai apa2 kemudahan awam seperti tandas,surau dan sebagainya kerana tempat ini hanyalah dikhaskan sahaja untuk penternakan ikan.Ia dikunjungi olih orang luar kerana memancing dan ingin melihat sedikit kelainan yang ada ditempat ini.
Kedatangan aku untuk kesekian kali nya, aku telah bertembung dengan penduduk asli yang mendiami berdekatan dengan tempat ini,Jarang diketemui penduduk ini kerana sifatnya yang agak pemalu,Aku cuba jgk untuk berinteraksi dengan mereka2 ini tapi dengan sifat mereka yang seperti itu memang agak mustahil untuk bercakap2 atau bertanya sesuatu.Walau macam man sekali pun rupa mereka agak international kerana sangat menyerupai bangsa negro yang menduduki serata negara didunia.Sekian.



(Ini lah rupa penduduk asli yang aku jumpa semasa aku datang ketempat pemeliharaan ikan air tawar,Sungai como..Awek yang disebelah kiri sekali memang menampakan benar2 orang asli)
(Dalam ramai2 awek orang asli yang aku jumpa, yang pakai baju putih yang paling cun)

Khamis, 12 April 2012

SEKAYU:bahaya dan hantunya

Air terjun sekayu memang tak payah dipekenalkan lagi,Ianya sangat masyhur diterengganu dan dimalaysia sendiri,Sangat menjadi keinginan untuk mengunjungi tempat ini,Tempat ini sangat terkenal untuk berkelah, trekking,camping dan yang berkaitan dengan beriadah,tapi disebaliknya ada cerita lain yang jarang orang mengambil peduli iaitu bahayanya dan misteri disebalik Hutan lipur Sekayu...
Bahayanya:
Beberapa hari yang lalu di-air terjun sekayu telah terjadi satu kemalangan lagi ia-itu kematian akibat lemas ketika mandi-manda,Cerita pengunjung hutan lipur sekayu yang mati lemas adalah perkara biasa sahaja yang tak menjadi ketakutan keatas ramai pengunjung nya,buktinya setiap kali hari kelepasan am atau hari jumaat maka berbondong2 lah pengunjung akan datang ketempat ini dengan pelbagai sebab,sama ada untuk berehat dihari cuti atau memang sengaja kesitu kerana tempat itu ialah tempat untuk berkelah dan yang paling malang ada yang datang kesini  hanya lah untuk buat maksiat semata2,di-ulang,HANYA UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT SEMATA-MATA...
Dikawasan ini lah kemalangan mati lemas selalu terjadi akibat dari suka yang amat sangat dan kurang berhati-hati pengunjung.
Seingat2 aku sejak hutan lipur sekayu dibuka kapada umum pada pertngahan tahun 70an banyak sangat kematian yang dicatatkan,sama ada mati lemas atau mati lemas kerana akibat fenomena kepala air dan yang paling terbaru melibatkan seorang pembantu kedai letrik yang berasal dari dungun terengganu,pada 4hb april yang baru lalu..Kemalangan yang paling trajis pada ingatan aku apabila 3 orang pengunjung telah mati lemas dan berpuluh2 yang lain cedera akibat fenomena kepala air.
Di-air terjun ini lah yang biasa terjadi pengunjung mati lemas,Dijatuhan air terjun ni kedalamannya sekitar 1 meter sahaja,Dimasa-masa yang lalu aku dan kawan2 sekampung menjadikan tempat ini hanya lah tempat untuk menunjukan kemahiran terjun,Kami terjun dari atas air terjun dan jatuh kebawahnya dan terus mengelunsur terus kekolam yang dibawah,.Seingat2 aku tiada kematian atau malapetaka yang terjadi dimasa itu..
Sebenarnya pada saban tahun air terjun sekayu seperti menagih mangsa seolah2 kematian atau pun musibah mati lemas diair terjun ni menjadi kemestian,seolah2 cerita dongeng tapi itu lah hakikatnya.Satu hal yang agak pelik ialah mangsa yang lemas tidak melibatkan penduduk tempatan, semua nya penduduk luar dari tempat itu.Kapada semua pengunjung yang ingin datang ke hutan lipur sekayu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati.Bak kata orang-orang tua,jangan terlalu suka kerana terlalu suka mungkin musibah yang akan menanti.


Hantu-nya...
Tajuk ini agak mundur kebelakang,primitif!! seperti kaum asli yang menyembah pokok kayu,HANTU!!!!lucu dan sukar untuk dipercayai,Sukar untuk dipercayai kerana mungkin kita tak pernah menjumpainya,Tapi kalau kita belum pernah menjumpai nya adakah pendapat kita makhluk  ni tak ujud,Sekurang2nya kita mesti mempercayai tentang ujudnya makhluk seperti Jin dan Iblis dan disinilah permulaan kapada ujud nya hantu.
Biasanya ketika hujan renyai-renyai makhluk halus ni kelihatan dengan rupa yang agak mengerikan.
Telah ramai yang menceritakan kapada aku tentang penemuan makhluk ni dihutan lipur sekayu.Ada bermacam2 versi yang aku dengar.Ada yang berbentuk bebola api yang datang menerangi kawasan perkelahan dan ada yang menjumpainya dalam bentuk perempuan yang rambut terhurai dan duduk diatas batu sambil menyikat2 rambutnya tapi bila dipanggil atau ditegur biasanya makhluk itu akan berpaling dan menunjukan wajah nya yang tiada wajah.Agak menyeramkan apabila dibayangkan situasi yang seperti itu.Pada kebiasaan nya kemunculan makhluk ini pada waktu petang dan selepas hujan renyai-renyai dan statement aku kat atas tu sangat menepati tentang cerita2 hantu yang aku dengar dan baca didalam buku2 cerita.

Dikatakan juga makhluk2 ni akan muncul sebelum kemalangan atau kematian akan terjadi dan itu merupakan sesuatu yang agak pelik seolah2 kemunculan nya seperti meminta korban.Walau macam mana pun kita tak perlu percaya hubung kaitnya antara kemunculan makhluk2 dengan kemalangan yang terjadi,anggaplah semua nya ini hanyalah kebetulan sahaja...
Abang ni dah beberapa kali terjumpa dengan makhluk ALLAH yang berupa bebola api berlegar ditempat beliau berehat dibilik pengawal...

Aku sendiri sudah beberapa kali mengunjungi kawasan perkelahan hutan lipur sekayu pada masa tiada pengunjung langsung,Masa2 yang tiada pengunjung biasanya pada bulan disember atau pun pada musim tengkujuh.Tujuan aku kesitu hanya lah untuk menghayati hutan lipur sekayu ketika tiada langsung pengunjung dan maksud aku yang tersirat ialah mungkin terjumpa dengan makhluk2 itu,hehehe...
Mungkin kah begini rupa makhluk yang pernah dijumpai dihutan lipur sekayu.

Adakah cerita2 ini hanya karut semata-mata?.Itu terpulang lah keatas budi bicara masing2 serta Ilmu yang ada didada masing-masing,walahualam.



Isnin, 9 April 2012

tuntung

Beberapa hari lalu aku pergi memancing di Sungai terengganu berhampiran dengan tempat pembiakan tun tung,Aku sangat tertarik dengan nama tun tung, satu nama yang agak menarik kerana sangat menyamai dengan pangkat orang2 besar iaitu tun.Sangat melucukan kerana tun tung hanya nama sejenis binatang yang bertelur dan disini lah tempat pembiakan nya supaya tidak pupus..

Terletak dibukit paloh,kampung dusun kuala berang hulu terengganu,Hanya 12 km dari bandar kuala berang dan bolih berkereta terus ketempat konservasi...

Niat asal hendak memancing sudah terbengkalai kerana ada subjek penting didepan aku,Aku cuba ketempat jaga ditepi pagar untuk masuk kedalam nya tetapi tidak dibenarkan atas sebab2 yang keliru,Olih itu aku sekadar berlegar2 diluar pagar dan mengambil beberapa keping gambar dari luarnya dan gambar2 yang lain nya hanya lah bersumberkan internet sahaja

Aku juga telah diberitahu olih jaga dipusat ni bahawa pusat penetasan dan pembiakan tun tung tidak dibuka untuk pelawat jadi pelawat biasa tak dibenarkan masuk untuk meninjau dan melihat proses dan cara2 pembiakan tun tung dijalankan.

Sungai terengganu yang sangat lebar dan besar serta kuantiti airnya yang banyak  dan disungai ini lah habitat asal tun tung.Diseberang sungai ini tempat tun tung bertelur,tempat itu namanya pasir kampung temir
Rupa telur tun tung yang sangat menakjubkan,kalau panjang sikit saiznya seakan2 telur ular,huhuhuhu...(aku tak ada selera nak makan telur ni ,beralasan induk tak bolih dimakan tapi telurnya pula dibolihkan kita memakannya,Tapi hukum ugama tak bolih didakwa dakwi)
 
Rupa tun tung: Tun tung seakan sama jenisnya dengan penyu,resing,labi2,kura2 banir dan beberapa jenis yang lain,sekian..