Memaparkan catatan dengan label tasik kenyir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tasik kenyir. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Oktober 2014

surau pengkalan gawi

Surau tasik kenyir telah dibina sejak pembukaan pengkalan Gawi pada akhir tahun 80an,itu yang telah diberitahu kapada aku,Sejak itu didapati surau pengkalan gawi langsung tidak berubah sejak pembinaan nya.Agak malang nasib suarau ini kerana ujudnya tak seiring dengan pembangunan tasik kenyir yang sangat giat.Banyak pembangunan yang telah dibuat dan banyak lagi dalam perancangan.Mungkin surau pengkalan gawi dalam perancangan untuk pembinaan baru,Walau macam mana sekali pun surau ini sepatutnya dibina terlebih dulu sebelum mana2 pembangunan hendak dibuat kerana surau sangat penting ditempat peranginan yang sebesar pengkalan gawi.
Disebelah surau pengkalan gawi mempunyai binaan yang memakan belanja mungkin jutaan ringgit,Surau pengkalan gawi tak lah minta belanja yang sebegitu besar,hanya sekadar yang sepatutnya.Harap pihak yang terbabit tak tenguk hanya sebelah mata tempat ibadat orang islam yang ugama islam ugama rasmi negara ini,Jangan sampai surau pengkalan gawi menjadi sunggutan kapada pengunjung pengkalan gawi,Jangan sampai setiap pembangunan yang dibuat dipengkalan gawi menjadi bandingan denga surau nya,SEKIAN



Ahad, 19 Mei 2013

Kenyir Festival

Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar dimalaysia dan juga yang terbesar di Asia Tenggara.Tasik ini terjadi disebabkan terbinanya empangan hidroeletrik Sultan Mahmud kenyir.Luas tasik kenyir hampir sama dengan keluasan singapura.Mempunyai beratus2 buah pulau kecil dan besar,Ia dibina pada akhir tahun 70an dan siap pada pertengahan tahun 80an.Sangat sesuai untuk merasai kelainan dengan berkhemah dipulau2 atau pun menyewa chalet2 yang disediakan.Terlalu banyak pembangunan yang telah dibuat dikawasan Empangan ,Hotel dan chalet telah lama terbina,Tarikan lain ialah taman burung yang dibuat dipulau berhampiran dengan tanah besar,Selain itu tempat peranginan air terjun lasir,gunung bewah,chalet2 dibina diserata tempat, dan pulau2.Banyak bot2 sewa yang sedia membawa pengunjung dari luar dan pengunjung tempatan.Tempat yang patut dikunjungi ialah sintuari kelah disungai pertang,santuari gajah disungai belimbing/ketiar dan kawasan peliharaan ikan sungai como. Jauh dari kuala terengganu 70km dan dari bandar kuala berang ialah 30km..
Pada 16-5-2013 hingga 20-5-2013 telah berlangsung kenyir festival yang diadakan disungai gawi tasik kenyir sempena tahun melawat terengganu 2013.Festival ini telah dirasmikan oleh menteri besar terengganu dato Ahnad bin Said..Festival ini telah diisi dengan gerai2 jualan dan pamiran jabatan2 kerajaan.Pada malam nya telah diisi dengan pertunjukan pemainan kebudayaan dan nyanyian oleh artis2 terkemuka tanah air..Boleh dikatakan sambutan dari penduduk tempatan sangat mengalakan..Gambar2 pengisian festival dipaparkan seterusnya...





















Rabu, 18 April 2012

Sungai como

Sungai Como memang tak asing bagi penduduk disekitar nya,Sungai Como ialah sebahagian dari tasik kenyir cuma fungsinya agak berbeza sedikit kerana disini tempat pemeliharaan ikan air tawar yang dimajukan olih ketengah.

Sungai Como terletak lebih kurang 20 km dari bandar kuala berang.Untuk kesungai como tak menjadi masalah langsung kerana ia dihubungi dengan jalan raya yang baik.Disepanjang laluan nya dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan mempunyai tempat perkelahan yang menarik,cuma tempat2 perkelahan ini agak terpencil  tapi sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga,tidak sesuai untuk datang dengan kumpulan yang kecil kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang tak diingini kerana keterpencilan tempat2 perkelahan ini.
(Sungai como:Sungai como berkualakan tasik kenyir,Airnya yang cetek dan sangat jernih,Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga,cuma tempat ini agak terpencil dipendalaman,Walau macam mana sekali pun tempat ini mempunyai line talipon dan internet).

Sungai como tidak mempunyai apa2 kemudahan awam seperti tandas,surau dan sebagainya kerana tempat ini hanyalah dikhaskan sahaja untuk penternakan ikan.Ia dikunjungi olih orang luar kerana memancing dan ingin melihat sedikit kelainan yang ada ditempat ini.
Kedatangan aku untuk kesekian kali nya, aku telah bertembung dengan penduduk asli yang mendiami berdekatan dengan tempat ini,Jarang diketemui penduduk ini kerana sifatnya yang agak pemalu,Aku cuba jgk untuk berinteraksi dengan mereka2 ini tapi dengan sifat mereka yang seperti itu memang agak mustahil untuk bercakap2 atau bertanya sesuatu.Walau macam man sekali pun rupa mereka agak international kerana sangat menyerupai bangsa negro yang menduduki serata negara didunia.Sekian.



(Ini lah rupa penduduk asli yang aku jumpa semasa aku datang ketempat pemeliharaan ikan air tawar,Sungai como..Awek yang disebelah kiri sekali memang menampakan benar2 orang asli)
(Dalam ramai2 awek orang asli yang aku jumpa, yang pakai baju putih yang paling cun)