Sabtu, 28 Julai 2012

sambungan internet...


Masalah sambungan internet merupakan masalah biasa bagi negara didunia ke-3,Cakap pemimpin dinegara dunia ke-3 selalunya meyakinkan, tapi biasa nya yang dicakap tak serupa dengan apa yang dibuat,Tak ketinggalan seperti negara aku ini,pemimpinnya bercakap seolah2 tiada langsung cacat dan cela,walhal masalah internet yang sikit pun tak boleh diselesaikan.Yang aku maksudkan ialah sambungan internet nya kadang2 ada kadang2 pulak tak ada..

Baru2 ini kampung jiran aku telah dipasang satu jenis sambungan internet yang aku sendiri tak tau jenisnya,ada yang kata wifi (apa kah menatang nya tuuuu) Ada pulak yang nakal memanggil nya sebagai welfare,,tah apa2,huhuhuhu...Tapi yang paling gah dipandang mata ialah KG TANPA WAYAR,Dengan nama tu seluruh warga internet membuka dada masing2 kerana sangat bangga dengan kemajuan yang ada dikampung mereka,Bagi kampung yang tak ada sambungan internet tanpa wayar ni terasa pulak kecil seperti kuman kurus yang tah berapa bulan tak makan,huhuhuhu...
Ada beberapa kemungkinan sebab2 line internet yang beroperasi beberapa minggu yang lalu telah dihentikan operasinya berdasarkan cakap2 dikalangan penguna internet.
1)Kebanyakan pengunanya dari parti pembangkang jadi kerajaan seolah2 memberi kemudahan kapada penyokong pembangkang..
2)kotor,tempat pelayar2 internet berinternet dikatakan menjadi kotor kerana bahan buangan seperti kotak air minuman dibuang merata2..
3)pihak pustaka ada memberi alasan bahawa talian jalur lebar itu khas utk pengguna pustaka sahaja.. wal hal talian utk pengguna pustakaan desa sudah ada dan dikhas untuk nya sahaja,tetapi yang mendukacitanya apabila seorang pengguna internet membuat aduan terus kepada SKMM, operator memyambung talian itu kepada pihak kontraktor, apabila bercakap mengenai jalur lebar ini kontraktor itu memjawab bahawa dia tidak tahu apa-apa pun berkenaan jalur lebar itu

Tapi bak kata pepatah petitih,harapkan panas sehingga petang rupanya hujan pula ditengah hari,Begitu lah nasib sambungan internet ni hanya berfungsi selama dua week je,lepas tu hampeh,tak boleh pakai...,Nak harap ke kerajaan,kerajaan pulak yang makan padi,selagi tembolok dia orang ni tak penuh jangan harap lah rakyat nak dapat service yang agak baik sikit,Kalau dapat service yang baik sikit dan mula lah nak tunjuk iklan sana sini,pacak situ dan pacak sini...huhuhu...(kerajaan mengangap segala pemberian seperti hak mak bapak MP atau pun adun2,walhal semua itu hanyalah duit yang datang dari rakyat sendiri,sepatutnya kerajaan tak sepatutnya membodoh2kan rakyat sampai mcm tu sekali,tp untuk kepentingan MP serta adun2 mereka mesti mengambil sikap untuk memperbodohkan rakyat)
0leh kerana sambungan internet free dah tak boleh digunakan maka ramai dari penguna internet kat tempat aku telah bertukar kapada broaband,Tapi yang paling malang ialah sambungan broadband sangat lambat dan ramai pelayar internet telah menjadi b0san untuk melayari internet..

Beberapa orang  pakar2  internet kat kampung aku telah mengeluarkan idea mereka,Salah satu idea mereka telah diterjemahkan seperti dalam gambar kat atas,Dengan mengunakan bahan terbuang maka terjadi lah satu kaedah terbaru yang mungkin dituruti oleh penguna internet yang lain khas nya dari malaysia dan am nya dari seluruh dunia,huhuhuhu.....sekian...

Inilah pakar nya,Beliau sebenarnya baru balik dari luar negeri,Setelah kepulangan nya beberapa idea telah timbul dari nya,salah satu ideanya ialah sambungan internet yang beliau majukan seperti gambar kat atas,huhuhuhu...

Khamis, 19 Julai 2012

gua dan sungai

Kalau kita pergi ketempat orang biasanya kita akan mengeluarkan belanja yang tinggi untuk semua keperluan kita dalam bentuk apa saja dan kita tak akan kedekut untuk memngeluarkan belanja walaupun apa yang kita keluarkan rasa2 seperti sangat melampau...Kalau kita berada dirumah atau kawasan sendiri biasa nya kita tak menghiraukan sangat tentang nilai yang ada,padahal apa yang kita ada sangat jauh bernilai dari keberadaan kita dirumah orang..
Baru2 ini aku menjejakan kaki aku kesebuah kawasan perkelahan dinegeri pahang ia-itu disungai pandan,Pancing Pahang...Aku sangat dikejutkan dengan bayaran  untuk memasuki kawasan perkelahan tersebut,Bayarannya rm 5 untuk dewasa dan rm 2 untuk kanak2,sewa untuk parking ialah rm 2 untuk kereta,Jadi kalau kita berempat, bayaran yang dikenakan ialah rm 22..Punya lah mahal...Oleh kerana mahal bayaran dan tempat untuk parking dah tak ada, aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki tempat perkelahan ini,Aku telah diberitahu tempat perkelahan ini mempunyai air yang sangat cetek,jadi menambah  rasa kurang untuk aku memasukinya...
Tempat untuk mengambil tiket mempunyai 2 buah kerusi dan sebuah meja,Tak padan dgn harga yang mahal untuk memasuki tempat ni...Aku telah diberitahu oleh penjaga tiket bahawa kawasan perkelahan sudah pun penuh..

At last aku berkelah sahaja dalam kebun kelapa sawit diluar kawasan perkelahan sungai pandan,Bayaran pun tak kena,air kat dalam dan kat luar sama sahaja,Tak ada bezanya,Formulanya tetap H2O,huhuhuhu
___________________________________________________________________________________

Setelah aku berkelah ditempat  orang tak berkelah aku ingin kesatu tempat lagi iaitu gua charah,Gua ini aku kesan semasa kedatangan aku kesungai pandan tadi,Aku dapati ada bukit yang tinggi menjulang disebelah kanan jalan,Nama gua ini aku ketahui sesampai nya aku ketempat tersebut...
Tinggi gua ini dikatakan 1000 meter dari paras laut,Aku juga telah diberitahu bahawa gua yang terjadi disisi nya tembus sehingga kepuncak..Pandangan dari jauh tak memberi apa2 makna kapada aku tapi setelah aku mendekatinya aku dapati zaman seolah2 berubah dari dunia moden kapada dunia yang tak ada peradaban,Sesampai nya aku,aku dapati seperti berada di lost world,macam dalam cerita lost world pulak.Bila aku benar2 dekati gua tersebut baru lah aku ketahui tempat ini merupakan sebuah tempat ibadat orang india iaitu kuil hindu..Jadi aku batalkan saja niat aku nak kepuncak,Malas nk lalu depan kuil,lagi pun pemandu arah tak ada.Dengan pemandu arah tak ada berkemungkinan aku boleh sesat kat dalam gua tu.....
Setelah aku keluar dari tempat tu aku telah buat2 ringan2 mulut bertanya penduduk disekitar tempat tu tentang keadaan dalam gua tersebut,Ada macam2 versi yang aku dengar,Yang sangat menarik pada pandangan aku ialah tentang cerita dalam gua charah,Dikatakan didalam nya terlalu purba,seolah2 masa tak bergerak langsung..
Dipintu gua ini lah aku ingin sangat nak pergi, mungkin disatu hari dan ketika aku akan sampai jugak..

Isnin, 16 Julai 2012

sungai lembing





 Sungai lembing,Pahang.Nama besar pada suatu ketika yang lalu,Lombong bijih yang terdalam didunia pada ketika itu.

Baru2 ini aku sempat pergi kepekan ini,Apa yang aku ingin sangat untuk lihat pekan ini ialah bandarnya,Bandar nya dikatakan tidak pernah berubah sejak ia dibina beberapa dekad yang lalu

.Dua puluh tahun yang lalu aku pernah kesini kerana melawat saudara mara aku yang tinggal dipekan yang dikatakan sangat popular pada dekad2 yang lalu.

Pekan sungai lembing terletak lebih kurang 35km dari bandar kuantan ia-itu bandar pusat pertadbiran negeri Pahang darul makmur

 Ditengah2 pekan nya,Pokok ara yang menjadi teduhan kapada pekan ini masih lagi wujud dan salah satu aku kepekan ini ialah untuk melihat pokok ara ini..

Kat bahagian ini aku rasa tiada perubahan langsung seperti kedatangan aku 20 thn yg lalu..

 Dikatakan pekan ini dibiarkan tanpa kemajuan hanyalah ingin mengekalkan  mood lamanya dan dikatakan dapat menarik pelancung datang.

Muzium sungai lembing menempatkan semua sejarah sungai lembing sejak ia dibina...

Bangunan pertadbiran yang telah beberapa kali dibaiki tapi masih dalam mood lamanya..
Dipekan sungai lembing banyak rumah tumpangan yang dibina untuk menampung pelancung yang datang dihujung2 minggu.,.



Jambatan gantung ni menimbulkan banyak kenangan kapada aku.Jambatan ini akan jadi terhoyong hayang bila kita berjalan atau pun menunggang motosikal diatas nya,Tinggi jambatan ini dalam 20-30kaki dari aras air sungai lembing..

Masjid nya..