Sabtu, 21 Mac 2020

catitan hidup seorang restriction..

Wabak virus corona atau covid 19 telah mengubah cara hidup dgn sgt tak disangka2,Bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula..Masa aku tak berfikir tentang covid 19 hanya lah semasa tidor,Dimasa jaga nya mesti terfikir tentang virus ni.punya lah menakutkan .Perubahan cara hidup semua orang disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yg bermula dari 18-3-2020 sehingga 31-3-2020.Semua kegiatan harian tak boleh dilakukan,perintah kawalan pergerakan berkehendakan semua penduduk malaysia ditahan dirumah masing2,tak boleh keluar,kecuali mereka2 yg dihadapan utk menangani kes wabak ini.Oleh itu semua orang mesti tinggal dalam rumah kecuali ada keperluan yg mendesak,Perintah ini juga meliputi semua acara umum dan tak dibenarkan untuk bersolat dimasjid,meliputi solat berjamaah sehingga solat jumaat,Punya lah bahaya kedudukan malaysia dimasa ini.

Kat bawah ni acara hidup aku semasa perintah tahanan yg tak kena tahan dan mungkin orang lain juga..

bangun tidor pada pukul 6.00.
mandi,lepas tu solat subuh.
pergi kedapur,tenguk apa yg ada,
rebus air,Buat air tea.
Buat nasi goreng atau mee goreng.
makan pagi konon nya
lepas tu belek2 talipon,Berfacebook.
Pukul 8 .00 pagi pergi kekebun sekejap,tenguk2.Untuk kekebun aku boleh pergi dengan berjalan kaki sejauh 2km atau naik motor sejauh 4 km,dengan berjalan kaki lebih selamat kerana aku tak jumpa dgn orang,sebab melalui semak dan kebun kelapa sawit orang,oleh itu perlanggaran larangan tak terjadi tapi kalau ikut jalan tar mungkin terjumpa dengan penguatkuasa,macam polis dan tentera.Lebih selamat berjalan kaki.
Pukul 10.00 dah balik,
mandi2,solat dhuha,2 rakaat,4rakaat,kalau rajin 12 rakaat terus.
Masak nasi,rebus ikan,goreng ikan
pukul 11.00 pagi dah makan.
Lepas makan on laptop,karang cerita,salah satu yg dikarang ialah cerita ni.
Pukul 1.30 tgh hari solat zuhur
Lepas solat kalau tak on laptop,tidur.
4.30 solat asar.
lepas solat asar makan plk.makan nasi,makan biskut,makan roti.
Lepas tu duduk2 je sampai maghrib.Nak keluar tak berani.Takut, lagi pun pihak kerajaan suruh duduk rumah.Jangan nak buat bodo,pergi merayau2.baik mampus kalau tak ikut perintah dikala saat yg sangat genting ni..
7.30 solat maghrib,baca sikit2,yasin ke,baca fatihah ke boleh 100 kali,atau baca taba rokalazzi,atau surah al mulk terus.dah nak mati kena buat amal sikit..heeee.
Pukul 9.00 malam solat isyak,terus je solat sunat witir.tapi mmg malas pun,buat je 3 rakaat.
makan nasi,makan mee segera yg pasti nya aku buat sendiri.Nasi aku masak sekali sehari dengan banyak,sekali masak boleh makan banyak kali,heeee.
Pukul 10.30 tidur kalau tak karang cerita dan kebiasaan aku tak kan bangun utk solat tahajjud,Aku mmg lemah bab ni bila dah tidor.

Walau macam mana pun semua acara yg aku tulis ni mesti talipon ada ditangan,jarang2 je talipon letak,tak pegang,Facebook berterusan,kalau tak buat status,baca2 jer status orang.Bekalan mkan aku beli pada 17-3-2020,Beli banyak jugak lah,tapi kat kedai kampung aku jer,malas nak pergi sampai pasar raya,lagi pun masa tu wabak dah menular..
#perintahkawalanpergerakan.
#covid19..
#semogamalaysiaselamat.

Selasa, 17 Mac 2020

Memancing diterengganu mati.

Memancing diterengganu mati merupakan pengalaman yg sangat indah kpd aku dan kawan2.Pengalaman yg sudah berusia dalam 30 tahun yg lalu.Pengalaman ini tak mungkin dapat di-ulang sampai bila2 atas faktor tempat tersebut..Tempat tersebut telah dibina empangan kenyir kedua terengganu..sungai Terengganu mati merupakan hulu kpd sungai Terengganu.
Kawan aku ni bercerita pengalaman mancing disungai terengganu mati,sedang leka mancing,joran nya terjatuh kedalam sungai dimakan ikan,Dia terjun kedalam sungai dan terlucut kain nya,yang tinggal kain dikepalanya,Kain macam serban gitu.Video diambil tiga hari sebelum langkah pencegahan wabak covid nineteen dikuat kuasakan..

Sungai Terengganu mati merupakan tempat yg sgt popular untuk memancing ikan kelah pada tahun2 70an sehingga kpd tahun 2010,selepas tahun 2010 kegiatan pembinaan empangan ke dua Terengganu sedang giat dilakukan,menyebabkan kawasan tersebut telah menjadi kawasan larangan.Aku sendiri pergi memancing diterengganu mati pada awal tahun 1990 sehingga tahun 2008 sahaja.Diantara masa tu aku pergi memancing ditiga buah sungai iaitu Sungai Terengganu mati sungai pertuang dan sungai tembat.Diketiga2 sungai tu,sungai Terengganu mati lah yg paling popular..

Cerita aku berkisar kpd video diatas,Individu dlm video ialah dua pupu  aku dan merangkap kawan juga,Walau pun dua pupu aku,aku memanggil nya pak ngah,mungkin kerana usianya atau pun itu panggilan lazim semua orang kampung aku..Dia antara yg pergi memancing disungai Terengganu mati dan sungai tembat.Oleh kerana dua pupu dan  merupakan kawan jgk, byk ilmu hutan yg diberi kpd aku,terutamanya nama2 pokok/akar kayu yg boleh dijadikan ubat.Walau mcm mana pun kebanyakan yg diberitahu kpd aku hilang dari memory aku,mungkin GB memory otak aku kecik sbb tu terjadi lupa :)  Aku tak ambik port sangat sbb prinsip aku,kalau sakit mesti di-tranffer ke hospital,Jadi tak payah nak berakar kayu sangat lah :)..Perlu jgk diketahui pak ngah seorang yg kelakar,Kalau umur nya muda diketika ini berkemungkinan besar dia boleh masuk pertandingan raja lawak.

Banyak cerita lucu dan cerita yg agak menyeramkan terjadi semasa kami memancing disungai terengganu dan sungai tembat.Dah aku cakap pakcik aku ni suka melawak,Disuatu lubuk,hanya aku dan dia saje  memancing ditempat itu,Untuk sampai kelubuk berkenaan kami mesti melalui laluan yg agak keliru kalau tak benar2 mahir,Aku jalan didepan dan pakcik aku ni berjalan dibelakang aku,aku sebagai penunjuk jalan laa,Sampai kat lubuk aku melabuhkan kail aku dan pakcik aku hendak kedepan sikit,Setelah sejam aku mancing dan dapat lah ikan kelah kejar beberapa ekur,dlm kadar besar lengan,aku ingin ketempat pakcik aku,tp dengan tiba2 pakcik aku muncul kat belakang aku dilaluan yg kami datang tadi,sangat menghairankan sbb apa perkara itu boleh terjadi,Setelah aku tanya dia sebab terjadi demikian,Dia dgn selamba cakap baru balik check kayu balak,Faham lah aku dia telah sesat selama sejam yg lalu,Dengan muka yg calar balar dia cerita kat aku,dia ikut laluan yg agak pelik,laluan tu mcm menesabah utk ke lubuk,last2 sampai atas bukit,Terasa jgk takut katanya..Fenomena mcm ni dipanggil sebagai sesat lenkungan,bahasa kat kampung sebagai disusup oleh hantu..Oleh kerana kejadian yg mcm itu kami memutuskan untuk balik ke khemah,lagi pun badan pakcik aku berdarah2 sbb terkena onak rotan semasa ingin keluar untuk cari laluan yg sebenar..

Dimasa yg lain plk ketika aku pergi memancing disungai tembat,Aku dan pak ngah telah bawa beberapa orang pemancing dari luar,orang bandar.Dia orang ni masih muda,dalam lenkungan umur 20-30 thn,Pak ngah dimasa itu berumur dah 72 thn,jauh sangat dengan budak2 bandar ni.Budak2 muda tentu gagah dan dari bandar plk tu,tentu hebat,Pada permulaan nya mereka lansung tak bercakap dgn kami,mungkin mereka tenguk pakaian kami tak standard kut,tak lengkap mcm dia org,kasut yg kami pakai hanya lah kasut guba sahaja,kasut getah yg dibuat kerja motong getah,,hehehe.

Kapada mereka yg pernah mancing kat sungai tembat mmg tau sangat tempat permulaan utk kehulu sungai,Mula perjalanan dah pun melalui kawasan berbukit,kecerunan nya dalam 45-60 darjah,punya lah menegak.Semua ahli rombongan berjalan dihadapan,panduan nya hanya lah trek yg selalu digunakan oleh pemancing2,Tak mungkin sesat,Aku dan pak ngah berjalan last sekali,kami bimbang utk dihadapan kerana aku dan pak ngah mmg tak setangkas budak2 muda,klu jalan dihadapan bimbang plk kena potong,malu wehh.Tapi tak sampai 50 meter menaiki bukit ada seorang peserta dah rebah,jatuh tergolek,Muka dah pucat lesi,aku tenguk pun jadi takut,bimbang kut mati kat situ,lagi pun aku mmg tak mahir dalam memberi pertolongan cemas,bkn nak hembus2 mulut kut,klu perempuan lain lah plk rasanya,hua hua hua hua...Aku mmg gelabah giler,pak ngah ambik air dan jaram2 atas muka budak tu,Setelah budak tu sedar telah menjadi masalah plk kerana barangnya nya dia tak larat nak pikul,kawan2 nya yg lain dah jauh diatas bukit,aku panggil tapi mereka tak dgr atau mereka berpura2 tak dengar,Nak tak nak aku dan pakngah yg berumur 72 thn tu  lah yg memikul barang budak tu,Dalam hati aku menyumpah2,padan muka,berlagak sangat,kawan dia pun tak layan..Sampai kat summit,semua kawan nya berkumpul kat situ,tempat kebiasaan kpd pemancing2 lain pun utk berhenti disummit,Sampai disitu aku pun memulakan syarahan,tentang cara2 berkumpulan tentang cara2 berkawan,pakngah dah mula memuncungkan mulutnya kerana dia ni kelakar,sikap nya itu kerana dia suka sangat aku memarahi kawan2 kpd yg tergolek dog tadi,Aku marah pun bkn sebab apa,sebab ingin memberikan bag kawan yg tergolek tadi kpd mereka,biar mereka plk yg rasa,hehehe.

Sebenarnya banyak sangat peristiwa memancing dgn pakngah yg aku nak citer.Aku berhenti setakat ni jer..sekian..
#covid nine teen
#semoga malaysia selamat



Rabu, 11 Mac 2020

pinjam pandai,bayar tak pandai

Dalam sehari dua ni aku telah diganggu oleh seorang perempuan kerana nak pinjam duit dari aku.Peminjam nya seorang wanita berusia,umur dalam 65 tahun.Berkali2 dia mesej aku melalui aplikasi whasaap dan menalipon.Perempuan ni merupakan orang kampung aku sendiri tp duduk di bandar,tp aku sangat kenal,maklumlah orang kampung sendiri.. Perempuan ni merupakan seorang janda lama,seorang peneroka felda,ada dua buah rumah,dibandar dan di felda,ada empat orang anak yg dah berkahwin dan bekerja,dalam erti kata lain dah pun ada cucu.Hendak dikatakan susah,memang tak lah.Mana mungkin seorang peneroka felda susah,ada dua buah rumah plk tu..

Pertama kali wanita haram berjadah ni pinjam duit dari aku pada bulan November tahun 2018 sebanyak Rm 1000.aku bagi kerana percaya sbb dia orang kampung aku sendiri,dia pinjam seribu tu dgn aku tak bertanya bila nak bayar balik kerana aku percaya bila aku nak minta balik duit aku tu dia akan bagi dgn mudah.kerana dia seorang peneroka.

Kali kedua dia pinjam duit aku pada 16-12-2018,Aku ingat tarikh tu sbb semua kawan2 yg pinjam duit aku,aku isi dalam Word laptop aku,lepas tu simpan plk dlm Hard dics,punya lah terkini tempat simpan senarai pemiutang,hehehe. Pada kali ini dia nak pinjam lagi 1500 ringgit dgn alasan yg aku dah tak ingat.Dia plk berjanji nak bayar dlm seminggu,dia berjanji lagi,semua duit aku akan dibagi semua,iaitu sebanyak 2500 ringgit,Aku dgn tak banyak kerenah bagi je lah,jadi selamat lah duit aku sebanyak 2500 ringgit.Seminggu kemudiannya aku Check dlm bank aku,kut2 perempuan tu masukkan duit aku kedalam bank,terdahulunya aku dah bagi nombor akaun bank aku semasa pinjaman yg kedua tp aku dapati mmg duit tak ada, aku mesej dan bertanya kpd makcik tu dan mcm2 alasan yg dibagi..

Setelah itu aku hanya mendiamkan diri,dah tak tanya2 dah,tapi beberapa bulan kemudian nya mak cik tu mesej aku kerana nak pinjam duit lagi,macam2 alasan yg diberi tapi aku dah menetapkan aku dah tak bagi pinjam dah kpd nya sehingga selesai hutang yg terdahulu.Yang terkemudian nya ialah sejak seminggu yg lalu,minggu pertama bulan 3 tahun 2020 sekali lagi dia nak pinjam duit dengan janji nya akan bayar semua duit aku yg terdahulu.Begitu lah berturut2 hari dia mesej sehingga pada hari ini 11 mac 2020 dia masih lagi mesej nak pinjam duit aku,aku agak dia ni dah gila..hari pertama nya dia nak pinjam seribu,lepas tu turun plk jadi 500,lepas tu turun lagi jadi 300,last sekali jadi 200 sahaja,Walau pun 200 aku tetap tak nak bagi,sehinggakan aku balas mesej nya macam ni,

"kalau mu nak kena bunuh sekali pun,aku tak kan bagi,"

 Cakap aku pun dah kasar dah,kalau dulu bertertib jugak sbb perempuan tu jauh lebih tua dari aku tapi sekarang dah ber mu mu dan beraku aku dah.Setelah aku cakap mcm tu,dia tak balas mesej aku,mungkin dia yakin aku tak nak layan dah,mungkin dia cuba cari orang lain untuk jadi mangsa nya...Sehingga kini dia berhutang dgn aku selama 14 bulan lebih,Janji nya hanya habis lama pun seminggu sejak tarikh 16-12-2018...

Kesimpulan aku macam ni,kita tak sepatutnya bagi duit kita kpd seseorang walau pun yg nak pinjam tu terbit nanah dari mata nya atau terbit kapal terbang antonov 225 mriya dari mulut nya sebab menangis nak pinjam duit kita,kecuali dia bagi cagaran,mcm geran tanah,rantai emas,Jangan kita bagi walau pun kita percaya kpd nya,kecuali kita memang bersedia utk dimungkiri janji,kita bersedia menyedekahkan duit kita kpd nya,
Tertanya2 juga aku,anak2 nya mana,menantu nya mana yang tak boleh tolong mak dia orang,

AKU TAK TAU LAH PENULISAN AKU NI SEPERTI MEMBUKA AIB ORANG ATAU TAK  TAPI AKU TAK SEBUT NAMA DAN INDENTITI..SECARA UMUM JER AKU TULIS..TAPI CITER AKU BENAR 100%.JANGAN LAH PLK KATA AKU NI ALONG KE APA,CUMA AKU NI ORANG BIASA YANG TAK PUNYA DUIT TAPI ORANG MASIH NAK PINJAM..HAHAHAHA...AKU TULIS NI PUN SEBAB PANAS HATI YG AMAT..
SEKIAN...............

Selasa, 10 Mac 2020

Hantu jadian

Hantu jadian yg aku maksudkan ialah mcm ni,benda tak ada tp mcm ada,ada tiga cerita ttg hantu jadian.

CERITA 1
Anak jiran aku telah kerasukan pada satu malam,sebagai jiran aku pergi lah tengok,kut2 ada yg boleh ditolong dan memang ada pun,aku disuruh pergi cari bomoh yg pandai berubat benda ghaib ni..aku ditemani oleh abang kpd yg dirasuk,yg dirasuk adik perempuan nya,umur dlm 18 tahun.rumah jiran aku agak jauh sedikit kedalam dan semak samun,Masa berjalan utk kejalan raya,aku dapati abang kpd pesakit berjalan berganding dgn aku,sepatutnya dia berjalan dibelakang aku kerana laluan semak memang sgt kecik,aku tanya kpd nya,
"sebab apa ni,"
Dia jawab,
"Kat sini lah aku jumpa hantu tadi,"
Aku mengekeh suka,
"Hahaha,mu jangan nak mengarut lah,"
Dia jawab lagi,
"Sumpah,hantu putih dan bermuka hitam,"
Aku abaikan kata2 nya dan terus kerumah bomoh..
Esuk nya pecah lah cerita abang kpd pesakit yg dirasuk terjumpa hantu kat laluan semak kerumah nya, sebenarnya dia telah diusik oleh kawan nya sendiri,kawan nya telah berpakaian ppuan solat.kawan nya bertujuan utk suka2 sahaja tp abang pesakit yg kena rasuk bermatian mengatakan bahawa yg dilihat adalah hantu kerana pada penglihatannya benda tu ghaib didepan matanya..

Cerita kedua2nya boleh dipercayai,kawannya memang bertujuan utk mengusik tp mungkin benda ghaib telah menumpang semasa kejadian itu menyebabkan apa yg dilihat oleh abang kpd yg dirasuk sgt berlainan.Asas nya ialah adik ppuan yg dirasuk telah mengejek2 abangnya semasa dia tengah dirasuk dgn mengatakan,
"Mu penakut,aku usik sikit je tadi,"
Sedangkan dia tak tau sikit pun cerita abangnya terjumpa hantu tadi..

CERITA 2
Pada satu masa dahulu lebuhraya Kuala berang ke-gua musang yg melalui pengkalan Gawi Terengganu dikejutkan dgn cerita penemuan lembaga putih.Penemuan lembaga itu telah menyebabkan terjadi nya kemalangan.Cerita tersebut telah diberitahu oleh kawan aku yg tinggal berdekatan dengan lebuhraya tersebut.Antara lojik dgn tak lojik aku pergi ke lebuhraya berkenaan utk melihat apakah sebenarnya,Aku pergi ke tempat tersebut bukan kerana berani tetapi lebuhraya tersebut tempat mainan aku sejak tahun 90an lagi,Semenjak lebuh raya itu belum dibina.lebuh raya ini dibina pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2010..Sebab2 aku kesana kerana memancing ikan di ulu sungai Terengganu,Qleh kerana dah biasa dgn tempat tu aku jadi tak kisah..

Aku pergi selepas solat asar,dalam pukul 6 ptg,jauh tempat yg aku pergi dlm 60km dari rumah aku..tempat yg aku pergi lebih kurang 20 km dari pengkalan Gawi iaitu tempat yg dikatakan hantu sentiasa muncul.sesampai ditempat yg dimaksudkan hari dah pun hampir maghrib.Berhampiran dgn satu simpang, aku dapati mmg ada hantu sungguh ditepi jalan,hantu tersebut berupa mcm hantu bungkus,aku berhenti dan ambik hantu tu dan buang kebawah bukit,Semasa aku memegang benda tu,mmg terasa sgt seram,sehingga kan aku tak berani memandang mata nya,maklumlah masa tu dah remang2,antara nak masuk maghrib dan hari hampir gelap..Boom aku campak kat bawah bukit benda tu,aku harap tak akan ada lagi pemandu yg terkejut melihat benda ni hingga terjadi nya kemalangan.Setelah aku humban patung yg berupa hantu bungkus kedalam cerun bukit,aku  memandu balik dan berhenti solat maghrib di surau pengkalan gawi.Sejak itu tak ada plk aku dgr hantu muncul tetapi diceritakan di blog2,lebuh raya berkenaan sangat berhantu,Tak tau lah aku kebenaran nya.

CERITA 3
Cerita yg ke-3 ini berkaitan sangat dgn gambar orang-orangan seperti dalam gambar kat atas,Orang-orangan ni dipanggil layut dikampung aku..Layut ni dibuat utk menakutkan musuh tanaman.Yang nak jadi cerita ketika aku melalui tepi kebun ni hampir waktu maghrib,masa tu dah nak gelap kerana tempat tu dilindungi oleh pokok2 besar.Oleh kerana tiba2 aku tertenguk benda tu,menyebabkan aku terkejut seru sekian alam,terkejut giler,Tempat tu plk berhampiran dengan kawasan perkuburan,tentu bayangan pertama nya ialah hantu, Yg nasib baik nya terkejut aku tu lah sampai aku pengsan atau pun terbelalak mata,cuma terkejut dan cepat2 kawal diri dgn memastikan benda tu bukan hantu...

Kesimpulan aku ialah,hantu ni kadang2 hanya lah perbuatan atau perasaan kita je dan tak menolak hantu tu wujud dan boleh menampakan diri,seperti banyak dalam youtube dan video dalam facebook..Cerita hantu jadian aku ni berkait sangat dengan perasaan kita dan mungkin juga hantu2 tu memang melekat seperti cerita aku yg nombor 1 tu..Yg menenguk percaya tu lah hantu padahal kawan nya yg mengusik dia..Sekian,,..