Isnin, 21 Ogos 2023

Pengalaman pertama kali masuk hospital

 Pada hari Ahad 23-7-2023 merupakan hari yg paling bersejarah kpd aku kerana pada hari tersebut buat pertama kalinya aku dirawat di hospital secara rasmi.Aku pernah juga dirawat di hospital tetapi dalam kes seperti digigit lipan, seperti bawa mak aku untuk rawatan tiga bulan sekali,dan beberapa sebab lagi aku ke hospital...kes seperti ini tak perlu sangat kpd pendaftaran di kaunter cuma masuk dan terus dibagi rawatan..tak perlu sangat kpd pertugas kaunter cari kad aku.tetapi pada kali ini aku terpaksa ke kaunter dan menerima rawatan seperti pesakit lain..Kat kaunter,pertugas mcm tak percaya aku tak punya kad hospital,mengambil masa juga lah pertugas terbelik-belik kat almari kad disimpan.. Setelah memang yakin aku tak ada kad hospital,petugas kaunter buat buku baru.. Hospital yang aku pergi bernama klinik kesihatan Kuala berang


Setelah itu aku diarahkan untuk pergi ke bilik ambik darah..disitu suhu badan tekanan darah serta check paras gula telah dibuat..Didapati tekanan darahnya agak tinggi iaitu 180/101,serta merta darah di ambik untuk pengecheckan.Dan serta merta juga pihak hospital telah bawa aku untuk dirujuk di hospital Tengku ampuan Zahirah Kuala Terengganu.Diketika ini aku dah rasa bahawa sakit aku ni boleh dikatakan serius sbb cara pengurusan nya seperti dalam keadaan cemas dan terburu-buru seolah-olah kecepatan rawatan mesti menjadi keutamaan.

Aku dibawa dengan ambulans pada pukul 9.30 pagi ke Kuala Terengganu,jarak antara Kuala berang dan hospital besar ialah 45 km.45km memerlukan masa sekitar satu jam untuk sampai ke destinasi.,iaitu hospital Tengku ampuan zahirah,dengan laluan sibuk traffic light sebanyak 20 tempat merupa gejala-gejala yang melambatkan perjalanan diparahkan lagi dengan kesesakan lalu-lintas.Sampai diwad kecemasan kuala Terengganu,baru lah aku ketahui sebab-sebab aku dirujuk di sini, rupa-rupanya kepala aku nak discan,nk tengok apa kah penyakit nya..Kat wad ni memang lama menunggu, sebab pesakit ramai mesti ikut giliran..Bilik inilah aku ditanya dengan lebih terperinci lagi,sebab2 datang kehospital,Di wad ini darah diambil lagi,untuk gula dan disedut dengan picagari,s suatu yang sangat menakutkan.Kerana memang aku takut sangat dengan jarum , dalam sejam aku duduk kat wad menunggu darah aku diambil berkali-kali, Terfikir juga aku apa yang dia orang nak buat dengan darah tu, macam nak minum je.Setelah menunggu hampir sejam aku dibawa pula untuk CT scan,setelah di scam di x-ray plk ,selesai kerja tu aku dibawa pula ke wad menunggu ,disini lah keputusan diambil samada aku boleh balik atau ditahan diwad.keputusan nya aku ditahan di wad.

Aku dimasuk ke wad dalam pukul satu tengah hari,diwad aku lagi teruk diperiksa,doktor bertanya macam-macam benda, serupa pertanyaan mereka seperti doktor-doktor yang mula-mula tadi.Dan diwad darah aku sentiasa diambil untuk ujian,kata dia orang..Setelah puas sesi bertanya doktor beritahu bahawa penyakit aku bernama "bells plasy" apakah binatang nya,aku pun tak tau..Diwad dihari pertama aku hanya diperiksa hanya sekali oleh doktor yang bertugas tapi sehingga malam sentiasa layan jarum,tah apa yang dia orang nak buat,aku pun heran.

Pada malam hari aku memang tak boleh tidur langsung kerana kerenah pesakit yang ramai.Pada esuk hari aku telah diperiksa oleh doktor dan aku dimaklumkan boleh balik..tapi amalan ambik darah masih berterusan sehingga masa aku benar-benar boleh keluar wad.sepanjang pagi hari kedua aku telah diberi dua pil.Setelah itu tiada apa-apa pemeriksaan lagi..aku benar-benar dicharge keluar pada pukul 4 petang..

Sekian cerita aku pergi hospital untuk kali pertama...