Khamis, 21 Oktober 2021

CATITAN PERJALANAN KE-PULAU KAPAS,SELEPAS PKP TAMAT

Pada mula nya aku nak bagi tajuk makan angin ke pulau kapas,dalam bahasa inggeris,bila aku guna google terjemahan,maka nyer terbit perkataan ni,EAT  THE WIND OF THE COTTON ISLAND,Macam pelik je terjemahan tu,jadi aku bagi tajuk seperti yg diatas,hehehehe...

Pulau kapas terletak dalam daerah marang terengganu,Jauh pulau kapas dengan tanah besar sekitar 6 km sahaja,Pulau kapas panjang nya dalam 2.4 km dan lebarnya 1 km tempat yg paling lebar,bentuk pulau kapas macam karipap yg kena goreng,hehehehe.

Untuk sampai ke pulau kapas hanya mengambil masa sekitar 10 minit dengan menaiki bot laju yang disewa dari pengusaha bot kepulau kapas.Pulau kapas merupakan salah satu tempat perlancungan yang terkenal. Pulau kapas merupakan sebuah pulau yang tiada penghuni.Banyak juga kemudahan yang disediakan oleh syarikat2 yang diberi amanah untuk perlancungan.Ada chalet,Ada surau,wakaf2 disediakan,tempat berkhemah,ada kedai makan yg  mahal jualan nya,Kalau orang miskin memang tak payah pergi kepulau ni,Kalau nak pergi juga mesti bawa bekalan dari rumah,Kalau tak bawa bekal dari rumah memang tak mampu nak beli makanan kat pulau ni,Kebulur lah nanti..Mahal disini hanya kapada aku sahaja mungkin tidak kapada orang lain.

Pendapat aku tentang pulau kapas ialah,kita tak sepatutnya pergi sampai dua kali kepulau ni,sebab tak ada mender pun,Yang ada hanya pantai putih,air laut tu je yg ada,kemudahan macam nak tak nak sahaja,wakaf  hanya ada beberapa buah sahaja,kemudahan tandas memang menyakitkan,tak ada air yg cukup..

Selain itu kemudahan untuk hiking tak ada lansung,Pulau kapas ada tempat hiking yang agak terkenal iaitu batu singa dan batu kapal,Tempat ni memang sangat curam,ada laluanya sehingga 80 darjah tapi tak ada tempat berpegang sama ada tali atau pagar,Mungkin juga tempat ni tak digalakan untuk pergi, sebab tu lah kemudahan tak dibuat,Bagi aku lah tempat mcm ni mesti dibuat kemudahan kerana tempat ni sangat laris untuk dikunjungi.

Tambang bot pula berdasarkan kapada pakej yg kita ambik,Pada asas nya tambang bot ialah RM50,Pakej lain yg ditawarkan ialah snorkling,hiking dan beberapa lagi perkhidmatan,Setiap perkhidmatan itu dikenakan bayaran sebanyak RM10..,Syarikat bot yg aku ambik ialah Ombak kapas...ok perkhidmatan nya..Selain itu harga chalet untuk sewaan bergantung atas kecik besar chalet,mewah dengan yang biasa,mewah pun tak lah sekian mana,..

Syor aku ialah,sepatutnya pihak pengurusan buat trek untuk hiking dari sepanjang puncak pulau kapas yg panjang 2.4 km.Bina tempat persinggahan setiap 500 meter untuk berehat,selain tandas dan surau...Tu je lerrr dari aku..

Pada 16-10-2021 aku pergi kepulau kapas,Pergi pun hanya daytrip je,Aku pergi dengan team one family,One family ni team keluarga aku yang terdiri dari ahli keluarga aku sendiri,Seramai 18 orang peserta telah ambik bahagian..Team one family ni bukan sekadar pergi tempat2 macam ni je tapi daki gunung,main motor,Main air sungai seperti berkayak dan sebagai nya yang berbentuk bermain....Pada pukul 8.00 pagi naik bot,8.15 pagi sampai,selepas tu kegiatan bebas,ada yang mandi ada yang hiking..Pada 5.00 petang bertolak balik..

SEKIAN                                                                                                                                                                             

GAMBAR2 DAN VIDEO2