Isnin, 29 Mei 2023

Bukit Bidong darat.

 Pada 24-5-2023 aku telah daki bukit Bidong darat iaitu lepas hari raya.Baru lagi,lepas raya yang benar-benar 🤣🤣🤣🤣.Bukit Bidong darat terletak di daerah Setiu iaitu di kampung merang.Bukit ni sangat menarik untuk didaki kerana bentuknya .Bentuk nya seolah2 piramid.Bersegi dan curam.Satu hal yg sangat mengesalkan tentang trek pendakiannya ialah, boleh dikatakan tiada persediaan apa2 kemudahan walaupun seutas tali tempat untuk berpegang.Terjadi demikian dimungkinkan kerana tiada minat kpd orang setempat atau bukan bukit popular disitu.Kapada aku bukit ni sangat menarik untuk didaki..Aku tahu tentang bukit ni apabila Tenguk satu short YouTube.Aku memang tertarik sebab Tenguk segi bukit yang sangat mengamit untuk didaki..

Bukit Bidong darat yg tingginya 183 mdpl

Aku pergi dua kali kebukit Bidong darat.. yang pertama gagal untuk cari jalan masuk,aku bertanya juga kepada makcik tuan kedai kat kampung tu..dia juga tak tau..mak cik yg aku panggil kakak sempat juga menyakat aku tentang bukit tu,dia cakap bukit tu ada mainan juga dari makhluk kat situ,dia cakap ada yang pernah tersesat,tak jumpa jalan keluar,kepada aku itu hanya gurauan semata-mata kerana setiap hutan memang ada makhluk yang mendiami nya, sekurang-kurangnya babi..Selain itu aku juga bertanya kat abang polis yang sedang melakukan latihan menembak kat situ tetapi mereka pun tak tahu kerana mereka bukan lah datangnya dari kawasan berdekatan..

Dari kawasan pintu terowong ni lah aku memulakan pendakian

Pada kali kedua pada 24-5-2023 aku sekali lagi ke bukit ini,aku dah nekad untuk daki bukit Bidong darat walaupun tak jumpa laluan masuk.Aku nekad untuk redah je bukit ini.Aku pergi hanya berdua..Aku daki pada pukul 9.00 pagi.. Aku mula dari arah barat..iaitu bersetentangan lapang sasar PDRM,iaitu disebelah sana nya,pendakian sangat memenatkan kerana kecuramannya,punya lah curam,dari tempat mula mendaki puncak bukit nampak..punya lah tegak..Pendakian mengambil masa satu jam lebih hingga ke puncak tipu-tipu..kelambatan disebabkan tercari-cari laluan..Laluan yang aku ambil tu memang tak siapa yang guna/daki kerana disitu bukan trek yang sepatutnya..Dipuncak tipu-tipu ini lah dijumpai trek yang selalu digunakan.

Curam nya tak nampak sangat

Dari puncak tipu-tipu dan untuk kepuncak bukit Bidong darat hanya 10 minit perjalanan..Duduk sebentar di batu Beirut,Aku bertolak balik dengan menggunakan laluan sebenar yang digunakan oleh pendaki daki lain..Perjalan balik mengambil masa 56 minit sehingga kebawah.Sekian..


Pemandangan dari jendela pandang nya


Puncak bukit bidong darat 183 mdpl