Jumaat, 29 Jun 2018

cara kirim barang dgn pos laju

Cara mudah untuk menghantar barang ialah dgn mengunakan Pos laju,Barang2 yg nak dihantar atau dipost mungkin barang2 yang menesabah dgn mengunakan perkhidmatan pejabat pos,Mungkin barang2 tu ialah baju kain,buah2an dalam kadar sedikit,buku2 tp boleh dikatakan semua barang boleh mengunakan perkhidmatan pos laju,Cuma barang yg nak dikirim perlu agak2 lah,bkn nak pos kayu balak plk,tentu lah barang2 yg nak dikirim sepadan dgn perkhidamatan...
Barang yang nak dipos mesti lah dibungkus dgn baik,Barang aku seperti dalam gambar tak dibungkus dgn sepatutnya,Oleh kerana barang yg aku hntr ni tak lah berharga sangat aku meminta pegawai kat situ menerima jgk barang aku tu tp pegawai tu cakap risiko aku kena tanggung,maksudnya,klu barang aku tak sampai atau rosak tak boleh marah2 atau dakwa,(mungkin lah) Aku angguk2 je dan tersengeh,Harga barang yg aku nak pos seperti dlm gmbr ialah RM 8.10....

Aku memang tak pernah mengunakan perkhidmatan ni,kalau aku nak guna perkhidmatan pos laju biasa nya aku suruh kawan2 yg buat kerana aku pun malas nak beratur.tapi pada kali ini aku terpaksa berurusan dgn perkhidmatan pos laju kerana kawan tak ada jadi terpaksa lah..Barang yang aku nak post bkn lah apa2 sngt,cuma sejenis anak pokok yang kawan aku dinegeri sembilan nak kenal.Jadi aku tolong lah pos anak pokok tu.
Ni lah borang yg aku maksudkan

Cara2nya mudah sangat.Pergi kepejabat pos dan terus kekaunter,mintak borang pos laju seperti dalam gambar dgn staff kat kaunter atau pun pergi ambik di rak2 yg disediakan tp klu kurang pasti mintak saja dgn staff dikaunter,Setelah itu pergi ambik nombor giliran atau pun isi dahulu borang dan kemudian nya baru ambik nombor giliran,tenguk atas yg sepatutnya,klu pelangan ramai masa tu ambik nombor giliran terlebih dahulu,klu pelangan tak ada perlu isi borang dahulu baru ambik nombor giliran.Diborang hendaklah isi nama kita sebagai penghantar dan isi nama dan alamat penerima.Setelah itu tunggu nombor kita,Bila dipanggil atau pun tertera nombor kita,terus saja kekaunter yg sepatutnya,Selepas itu semua urusan akan dikendalikan oleh pekerja kat situ seperti urusan timbang dan harga yg sepatut dibayar,Kadar bayaran yg dikenakan aku tak pasti.maksudnya sekilo berapa ringgit.Aku rasa bayaran yg dikenakan mmg memadai.Setelah itu pegawai kat kaunter akan bagi lampiran borang utk rujukan kita,Setelah itu urusan selesai.. 

Selasa, 26 Jun 2018

Pengalaman aku jadi juru kamera dilitar motocross


Yang aku nak citer pada kali ni ialah tentang pengalaman aku ambik gambar di litar motocross,Aku yang bersungguh2 sangat ambik gambar kerana aku salah seorang AJK team motocross yg ditubuhkan ditempat aku,Nama team tu ialah HULU TERENGGANU MOTOCROSS & CUBCROSS CLUB atau singkatan nya ialah HTMCC.Taip saje HTMCC tu di google atau di youtube,keluar lah cerita nya.Club ni sangat kecik dan terdiri dari ahli2 yg miskin2 tp banyak event yang rider nya menjadi juara,Kategori yang paling popular pun hanya lah kategori cap ayam je iaitu Cubcross dan CKD je.Oleh kerana jadi AJK tu lah aku telah diamanahkan oleh pengurusan untuk merakam setiap detik dilitar Motocross.Upah nya ialah puji2 je.heeeee

Sebenarnya aku dah lama kerja ambik gambar kat litar motocross,sejak tahun 2011 lagi,kira lama lah tu,Masa tu aku hanya guna camera compact dan camera talipon,Kamera compact jenis canon dan kamera talipon berjenama nokia express muzik.Kira boleh tahan jugak lah gambar dgn menguna kan kamera jenis ni,Talipon nokia memang mempunyai gambar yg baik,Masa tu jgk aku memang tak pandai edit mengedit,pakai hentam jer.Pada masa sekarang plk aku pandai jgk hal edit2 ni tp aku tak edit plk,Malas,Klu edit lawa2 pun bkn boleh hadiah,jadi aku pakai gambar yang tak pernah aku edit. Lagi pun aku kurang mahir sangat menguna kan sorfware yg ada dlm laptop untuk edit2. Kalau nak edit jgk,sekadar guna camera 360 darjah yg berlambak di play store.bkn hebat sangat pun.Dengan camera compact tu jgk aku ambik video untuk youtube,memang koman lah guna camera ni tapi apa boleh buat,harta tak ada,macam mana nak beli kamera yang mahal2,Jadi bertabah je lah guna kamera yg koman macam tu..

Masa awal aku ambik gambar kat litar motocross terasa sangat malu kerana kamera yg aku gunakan.Kamera kecik gitu,orang lain bapok kamera nya walau pun tak ramai yg guna kamera bapok2 dan berjenama mahal.Aku hanya duduk ditepi2 litar sahaja,Nak masuk kedalam litar memang tak berani,kut penganjur marah,Tempat yg paling awal aku ambik gambar ialah diCheneh kemaman,litar nya terletak dijalan mak langam,sekarang ni litar tu dah tak ada,tempat tu telah dibangunkan projek lain dan itu lah event yang paling last dan pertama dilansungkan dilitar tersebut.

Tempat yang paling jauh aku pergi ialah negeri perlis diutara dan Johor diselatan.Boleh dikatakan semua negeri aku dah pergi sebab ambik gambar race motocross,tempat yg aku belum sampai ialah pulau Langkawi sahaja.Sebab2 utama tak pergi kerana kos dan rider team aku pun tak pergi.

Selain tu di-pusat pentadbiran malaysia di putra jaya dan selangor,Dilitar pantai barat team kami sering dihina kerana mempunyai jentera yg buruk,ketika itu kami bertandang dilitar sungai besar selangor.Diputra jaya juga kami menerima nasib yg sama tetapi kami dapat patahkan kesombongan mereka dgn menjadi juara dilitar tersebut,Team yang menghina slow2 angkat moto meninggalkan litar,(Padan muka) Selepas dari tu tak ada dah yg nak hina2 ni

Sesuatu hal yg telah dibagitahu kapada aku,Kalau yg datang itu dari terengganu dan kelantan biasanya orang2 disebelah pantai barat sangat cenderung untuk merendah2kan orang pantai timur,itu yg telah dibagi tahu kpd aku,boleh dikatakan dalam semua bab bukan dalam acara motocross sahaja.Sebab tu kalau kepantai barat aku sgt berhati2 dari segi percakapan dan sikap,mesti puji2 orang2 kat pantai barat.Dah melalut jauh...heeeee.

Sampai dilitar biasa nya aku pergi ambik pass untuk masuk kedalam litar,Dengan ada pass tersebut kita boleh masuk kesemua tempat yg dirasa sesuai untuk ambik gambar,kecuali tempat yang membahaya,maklum lah rider2 moto ni bawak laju2 giler,silap2 kita yg kena,Tapi biasa nya aku tak masuk pun kedalam litar sekadar diluar litar je,Biasanya aku guna dua kamera yg diambil oleh dua orang,kemudian nya gambar2 akan disambung untuk dijadikan video penuh Gambar2 yg aku maksudkan ialah gambar video.

Kadang2 ada juga aku buat live kat facebook untuk memenuhi permintaan kawan2 yg tak datang tp biasanya aku tak layan benda2 mcm tu,kawan lain biasanya lebih berminat dlm live di facebook jadi kawan tu yang buat.Tempat last aku pergi ambik gambar ialah dilitar baling kedah pada 1-5-2018 baru2 ni,

Litar yg paling menonjol bab event motocross ialah litar teluk mak nik kemaman,Pengurusan litar teluk Mak Nik boleh dikatakan yg terbaik dari banyak segi terutama nya dari segi pemberian hadiah tetapi litar yg paling tinggi hadiah nya dilitar tasik kenyir tetapi litar tasik kenyir telah tak menjadi penganjur lagi setelah 10 tahun menjadi penganjur yg menjanjikan hadiah yg paling banyak,Penganjuran lain yg menjanjikan hadiah yg lumayan ialah malaysia motocross series dan FIM Asia,Lain2 penganjur merupakan penganjuran biasa sahaja..Dalam semua event tersebut aku telah menjadi jurufoto untuk club htmcc.sekian