Jumaat, 29 Jun 2018

cara kirim barang dgn pos laju

Cara mudah untuk menghantar barang ialah dgn mengunakan Pos laju,Barang2 yg nak dihantar atau dipost mungkin barang2 yang menesabah dgn mengunakan perkhidmatan pejabat pos,Mungkin barang2 tu ialah baju kain,buah2an dalam kadar sedikit,buku2 tp boleh dikatakan semua barang boleh mengunakan perkhidmatan pos laju,Cuma barang yg nak dikirim perlu agak2 lah,bkn nak pos kayu balak plk,tentu lah barang2 yg nak dikirim sepadan dgn perkhidamatan...
Barang yang nak dipos mesti lah dibungkus dgn baik,Barang aku seperti dalam gambar tak dibungkus dgn sepatutnya,Oleh kerana barang yg aku hntr ni tak lah berharga sangat aku meminta pegawai kat situ menerima jgk barang aku tu tp pegawai tu cakap risiko aku kena tanggung,maksudnya,klu barang aku tak sampai atau rosak tak boleh marah2 atau dakwa,(mungkin lah) Aku angguk2 je dan tersengeh,Harga barang yg aku nak pos seperti dlm gmbr ialah RM 8.10....

Aku memang tak pernah mengunakan perkhidmatan ni,kalau aku nak guna perkhidmatan pos laju biasa nya aku suruh kawan2 yg buat kerana aku pun malas nak beratur.tapi pada kali ini aku terpaksa berurusan dgn perkhidmatan pos laju kerana kawan tak ada jadi terpaksa lah..Barang yang aku nak post bkn lah apa2 sngt,cuma sejenis anak pokok yang kawan aku dinegeri sembilan nak kenal.Jadi aku tolong lah pos anak pokok tu.
Ni lah borang yg aku maksudkan

Cara2nya mudah sangat.Pergi kepejabat pos dan terus kekaunter,mintak borang pos laju seperti dalam gambar dgn staff kat kaunter atau pun pergi ambik di rak2 yg disediakan tp klu kurang pasti mintak saja dgn staff dikaunter,Setelah itu pergi ambik nombor giliran atau pun isi dahulu borang dan kemudian nya baru ambik nombor giliran,tenguk atas yg sepatutnya,klu pelangan ramai masa tu ambik nombor giliran terlebih dahulu,klu pelangan tak ada perlu isi borang dahulu baru ambik nombor giliran.Diborang hendaklah isi nama kita sebagai penghantar dan isi nama dan alamat penerima.Setelah itu tunggu nombor kita,Bila dipanggil atau pun tertera nombor kita,terus saja kekaunter yg sepatutnya,Selepas itu semua urusan akan dikendalikan oleh pekerja kat situ seperti urusan timbang dan harga yg sepatut dibayar,Kadar bayaran yg dikenakan aku tak pasti.maksudnya sekilo berapa ringgit.Aku rasa bayaran yg dikenakan mmg memadai.Setelah itu pegawai kat kaunter akan bagi lampiran borang utk rujukan kita,Setelah itu urusan selesai.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan