Isnin, 2 Julai 2018

pokok geli-geli

Geli-geli,gali-gali atau nyambing sejenis tumbuhan herba,Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebusnya dan dicicah dengan sambal belacan budu dan cencalok atau cecahan yang lain,Rasa nya lemak sedap seakan2 rasa asparagus.Perhatian perlu diberikan kerana daun geli-geli mengandungi sedikit toksid dan perlu direbus sehingga masak dahulu jika ingin dimakan dan tidak boleh dimakan mentah...<<<<< aku copy paste dari wikipedia
Ni lah pokok geli-geli,tenguk pelepah nya yang berduri

Cerita aku tentang pokok geli-geli>>>>>> Pokok ni aku tak kisah sangat sebenarnya,Yang aku tahu pokok ni ada dijual untuk dibuat sayur,Ada perniaga jual kat pasar sabtu kat tempat aku,Aku tenguk pelepah pokok ni berduri2,tak ada selera aku nak makan kalau dah dibuat sayur dengan rupanya mcm pokok kelembang atau pokok keladi,kalau diamat-amati pokok geli-geli memang tak sama dengan pokok kelembang,daun pokok kelembang berbentuk love gitu,daun pokok geli-geli bercabang2 yg seperti dalam gambar.Pelepah  dan batang pokok geli-geli berduri tetapi daun dan pelepah pokok kelembang tak ada duri,Pokok geli-geli tak gatal,pokok kelembang sangat gatal,
Ni lah pokok geli-geli yg besar tu,tgk video kat bawah,aku agak beratnya dalam 5kg

Bahagian pokok geli-geli yang boleh dimakan atau dibuat sayur ialah bahagian pucuk mudanya.Aku tak pernah dengar batang pokok geli-geli boleh dimakan atau dibuat sayur yang aku dengar hanya lah pelepah mudanya..Cara untuk dibuat sayur adalah seperti sayur2 yang lain,senang cerita buat sayur air yakni dicampur dengan bawaang puteh dan bawang merah,Aku tak pasti sangat cara nak dibuat sayur,Menurut wikipedia hanya dibuat ulam dengar direbus atau dicelur
Batang pokok geli-geli yg telah aku kerat2,bertambun

Pokok geli-geli tumbuh ditanah berpaya atau ditepi2 sungai dan alur,Maksudnya tanah yang agak basah.Pokok geli-geli mempunyai struktur yg kasar kapada tiga bahagian iaitu isi atau batang,pelepah dan daun,mempunyai akar yg kasar dan akar yang beserabut halus,Batang nya menjulur didalam tanah yg berpaya dan dibahagian2 yg tertentu mengeluarkan pokok geli-geli,Pokok  yang aku jumpa ni mempunyai batang atau isi yg panjang nya lebih kurang enam kaki dan ukur garis pusat nya dlm dua inci dan mungkin pokok geli-geli yang terbesar didunia,hahahaha.

Pada kebiasaan nya pokok geli-geli mempunyai batang atau isi hanya sebesar ibu jari tangan, Pokok geli-geli tumbuh bertempat atau satu group atau satu kumpulan dan kadang2 sepokok sahaja.Dikatakan juga pokok ni mempunyai khasiat yg tersendiri untuk perubatan tradisional,Aku tak tahu plk apa khasiat nya kerana bagi aku bila sakit mesti pergi hospital jadi malas lah aku nak ambik tahu potensi nya dalam perubatan...Macam karut je tp mana lah tau kan..
Saiz pokok geli-geli yg biasa

Sebab2 aku menjadi galak gatal sangat ambik tau yg berkaitan dengan pokok geli-geli ni disebabkan oleh seorang fren facebook aku telah buat status diwall nya meminta carikan pokok geli-geli,aku plk jadi gatal tangan tulis dalam komen status nya bahawa kat kampung aku pokok geli-geli banyak sangat sehingga boleh dimuat lori.Fren facebook aku telah menghubungi aku dgn mengunakan mesenger dan bertanya benarkah aku boleh cari pokok ni.Tanpa teragak2 aku jawab boleh,Setelah aku cari pokok nya tau lah aku banyak kawasan berpaya telah ditimbus untuk tanam kelapa sawit dan hal2 lain,jadi sedikit susah nak memenuhi permintaan kawan aku ni,aku terpaksa berjalan diseluruh kampung aku untuk cari pokok ni dan ada juga aku jumpa seperti dalam gambar.Jadi tak berbohong lah aku kpd kawan aku,SEKIAN ADA NYA CERITA POKOK GELI-GELI.. :)

5 ulasan:

  1. Lama tak nampak encik azram menulis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ni jenis xde idea,mcm xde apa yg nak ditulis,mudah ckp bangkrap idea,hahaha..

      Padam
  2. Pernah tengok pokok ni tapi tak pernah ambil tahu apa fungsi pokok ni.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada org ckp air rebusan batang pokok geli2 ni dpt mengubat penyakit kansel,wlau mcm mana pun semua tu mesti jd amalan,maksudnya hendaklah minum air rebusan nya berterusan,mungkin sebulan sekali atau seminggu sekali,wallahualam...

      Padam
  3. Khasiat dia bagus untuk org sakit gout atau buah pinggang, malah digalakkan untuk dijadikan amalan utk minum seisi keluarga,xde pantang....

    BalasPadam